Amalina Peter in Intagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 29 Oktober 2013

Pengalaman Bersalin kali ke-2

Bismillah.

Pengalaman Bersalin Kali Pertama: http://amalina-peter.blogspot.com/2011/06/kelahiran-asiyah-abqari.html


Most of us would think, "Alah, kalau dah pernah beranak sekali, 2nd one InsyaAllah lagi senang." Well, actually, in my case, it was more challenging sebenarnya. 


WHY?


Because we have expectations. 


Expectations on the pain.


Expectations on what the doctor and nurses will do step by step.


Expectations on everything. Every single detail. In my case, even I was a little distracted bila tgk pergerakan doktor tak sama dengan first one dulu. Eh dulu time Asiyah waktu2 macam ni doktor dah pegang gunting kat tangan? Ni mana guntingnyaaaa?- gila detail otak sampai ke tahap tu aku compare. Sebab cuak sangat.


We have the memories to compare. "Tapi dulu? Tapi dulu?" Which actually make things harder. Kalau bahasa orang Herbalife kata, dah mula pandai, dah mula 'I think I know everything', dah mula tak teachable. Perghh cerita nak beranak pun boleh masuk term-term focus group lagi.


15hb merupakan Hari Raya Haji. All my family was leaving for 5 days of high level training in Bangkok. Kami qualify, tapi terpaksa stay di Malaysia kerana doktor memang dah expect aku akan bersalin 2 minggu awal, which in on 16th October. 


Besoknya, 16th, aku dan Abang pun pergi ke klinik maternity seperti biasa, nak check up baby. Takde confirmation pun yang aku akan beranak lagi. So doktor check up macam biasa, tapi muka doktor berubah lain macam sikit. So doktor suruh aku masuk ke labor room untuk check heart beat baby. 



My Fear. Labor Room. T__T


Labor room!! We meet again!! Hah rasa macam jumpa musuh lama. Musuh yang tak boleh di elakkan. Untuk dapat sesuatu yang berharga iaitu anak, kena lalui Labor room dulu. Oh myy. 


Lepas 30minit check CGC, doktor pun masuk. 


Doktor ambil glove. --- Makin berdebar sebab aku tau bila doktor ambil glove tu, sakit level pertama aku akan bermula. 



Rasa macam thriller movie yang kite nak pejam mata sambil peluk suami tu, bila tengok doctor dah mula pakai gloves. Except, this one is real. Movie is not!!!

"Oke Amalina, kita check bukaan kat bawah kejap k." -Oh I hate this part!!! It is so discomforting and it triggers painful contraction that lasts for few minutes!

"Oke, dah bukak 5cm. You are not going anywhere. This labor room is yours. Pergi check in ward sekarang, makan lunch dalam ni je, pastu kite bagi ubat buang najis, dan pecah air ketuban."


This is it. 


Syukur Alhamdulillah kena seluk bawah tu tak sia-sia sebab dah 5cm. 5cm means half way to go. 


Rekod sejarah bersalin Asiyah;

2-6cm, 2 jam.
6-10cm, 30 minit.

So bila doktor kata 5cm tu, memang anytime lah kan. Nasib tak pergi ke Bangkok. Kalau tak Baby Amra keluar kat Bangkok lerr -__-"


Sementara nak tunggu pecah air ketuban tu, tiba-tiba bestfriend aku mesej nak luahkan sesuatu. Dalam banyak-banyak hari, harinilah dia tiba-tiba nak fefeeling pulak. Itu namanya bestfriend. Heheh. Dapat rasa lain macam letteww..




Tengah cuak2 tu senyum-senyum la jadinya aku me-reply mesej kawan yang sorang ni kat dalam labor room.

Bukan Amira je sebenarnya yang contact aku. Ada jugak customer yang call urgently nak produk. Kelakar betul. Dalam banyak-banyak masa, kenapa kena sekarang? Hahah. Hadoii. The only moment when you have to ignore your customers sekejap: dalam labor room.






Pecah air ketuban adalah antara moment yang mengerikan. Nurse akan masukkan tangan dan ada tool ke bawah dan buat sesuatu yang aku tak tahu apa untuk memecahkan air ketuban. Kalau kejap je takpe jugak. Ni sekali seluk seminit. Cuba-cuba pecahkan tak berjaya. Pastu dikeluarkan balik tangannya. Pastu dia cuba lagi. Process repeated until air ketuban berjaya dipecahkan. 

In my case, anak pertama sekejap je. Tak sampai 30 saat. Anak kedua ni 4 kali kauuu. Setiap kali kena seluk triggers contraction. FAHAM TAK SAKIT??? Lepas tu, perlahan-lahan kita mula rasa katil kita basah, sebab air ketuban. Dan mulala tak selesa dan sejuk kan di tempat yang kita baring tu. Third, lepas pecah air ketuban la segala sakit yang maksimum akan bermula. 

SAKIIIIIIIITTTT contraction!!! 

Apa guna pagar besi tepi katil hospital?



Untuk ibu yang tengah sakit contraction nak bersalin pegang kuat-kuat sambil jerit sampai hampir patah. Nasib tak patah je. Nak tau sakit contraction macam mana? Bayangkan je kalau holder tepi katil tu kita pegang sampai boleh patah. (kecuali sebab besi so tak patah) Macam tula sakitnya.

Kalau dah letih pegang tangan suami, atau pegang baju suami, nak tukar angin kejap, pegang la pagar besi katil tu. 

Apa guna suami dalam bilik bersalin? Pentingkah kewujudan suami??



Unacceptable la kalau suami takdeeee. We are in a war, and they are part of it. Fungsi suami adalah sebagai;

1- Pasukan penyorak. Nak beranak ni perjuangannya lagi dasyat daripada perjuangan Cristiano Ronaldo. So if your husband can cheer for CR7, wajiblah dia bersorak untuk isterinya jugak!!  

2- Breathing assistance. Kat dalam labor room tu, cara bak bernafas pun kita akan lupa tau sebab sakit sangat. Sekali contraction datang, segala benda yang kita dah  menelaah selama 9 bulan kat youtube tentang cara pernafasan bersalin dan sebagainya, semuanya kita dah lupa. Yang nak kena assist kita nanti suami kita la. Dia yang kena bernafas sebelah kita, kita dengar kita akan automatik ikut.

3- Communicate with nurse, doctor, and our family. Yang nak bagitahu mak kita dah buka berapa cm, yang nak tanya nurse "Takpe ke macam ni?" Yang nak tanya doktor, suami kita. Kita menjerit kesakitan je. 

4- Teamwork. This is our child together. This is not something a wife have to go through alone. A caring husband is the most wonderful thing sejak hari kita mengandung, suami kita dah provide kita dengan keperluan yang secukupnya, ambil berat dan berikan kasih sayang selebihnya, diakhiri dengan perjuangan bersama-sama di labor room. Labor room is the best ending story of teamwork in pregnancy. Of course lepas tu ada sambungannya, "Teamwork in growing children". Heheh.

"I AM PREGNANT" she TOLD her MAN... he SMILED and KISSED her LIPS and said "CORRECTION my LOVE, we ARE pregnant. FOR that CHILD in YOUR womb is HALF of ME and HALF of YOU; and I will NOT let YOU go THROUGH the PREGNANCY alone... I may NOT carry OUR child BUT i WILL carry YOU and OUR child IN my HEART and CARE. I WILL be THE best FATHER to OUR child... WE are PREGNANT!" ♥ Now that's a REAL MAN.


5- Our comfort zone. Bila contraction pain hilang beberapa saat, we need to smell his scent, we need his kiss, we need to kiss him. We need him. He is the only comfort he have in the room.


3.30pm, mula pecah air ketuban. Still 5cm...

4.30pm....still 5cm...

Ya Allah, dah 1 jam!! Hukuman apa kah ini?? (Tengah-tengah bersalin tu memang over sikit minda.)

Ingat balik time bersalin Asiyah record aku gini:
2-6cm, 2 jam.
6-10cm, 30 minit.

Jadi aku agak trauma bila 1 jam berlalu tanpa ada penambahan 1cm pun. Dah tu nurse dan doktor dan suami semua boleh g solat Asar ramai-ramai kejap sebab tengok aku cool je tak jadi apa2. Hoishhhh kalau tiba-tiba nak beranak acane niiiii. Nasib semua solat kejap je. 

Bila semua dah masuk balik, bukaan aku dan 8cm!! Haaa kan aku kata mencuakkan. Abang  pulak kata tiba-tiba buka laju sebab semua solat Asar dulu tu. Eheh :'D

5pm, mula cecah 9cm.

"Oke Amalina, kalau dah ready, boleh PUSH."

Homayyyy this is it. 

T__T


PUSH Story

Lain macam sikit 10cm kali ni. Dulu punya 10cm, aku dah mula rasa NAK BERAK yang teramat. Tak boleh nak ditahan dah. Perasaan "nak berak" tu sebenarnya adalah perasaan yang Allah jadikan untuk ibu "PUSH". Tapi kali ni, sakit contraction je lelebih, perasaan nak berak nya TAKDE!! Ya Allah...benda kecik macam tu je Allah jadikan, boleh effect senang susah nak bersalin.

Aku push 3 kali tak jadi apa-apa jugak. Doktor suruh rehat 5 minit. Jangan push. Time tu aku dah nangis-nangis. Ya Allah...Ya Allah... Apa ujian apa ni?? (Over sikit fikir) Doktor Zana pun banyak kali istighfar suruh aku ikut. Aku tenangkan diri istighfar je. 

Push kali ke 4 dan 5 pun fail lagi. Time ni air mata dah mengalir-ngalir. Doktor kata "Boleh!! Jangan kata tak boleh!!." Aku jawab, "Takkk...takk bolehhh." Dalam hati nak je doktor potong perut terus sebab tak tahan dah. Punyalah tak waras. Doktor sergah kata, "Jangan kata tak boleh!! You can do this!! Come on one last time!!". Perrghh memang warrior spirit lah doktor.

Bila nak datang 6th contraction tu, aku pun tekad pada diri. Motivasikan diri kejap. 

"I am a Presidents Team. This is one last PUSH I'm gonna give to myself. Whatever it takes, sakit macam mana pun, I'm gonna push till the end, until Baby keluar. No more chance dah lepas ni. THIS IS MY FINAL PUSH, AND I AM GOING TO FINISH IT STRONG."

Motivasikan diri sekejap. Sempat wooo. Tak larat dah nak nangis-nangis.

Contraction datang.

"Rabbi Yassir wala tuassir. Astaghfirullahalazim."

Tarik nafas--- PUSHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.

Aku rasa 5-6 kali curi nafas, tapi tak berhenti push. Sakit semua memang aku tolak tepi, sebab dah ubah mindset. WARRIOR SPIRIT!!!

5.30pm, baby is out Alhamdulillah.

Total 2 hours from pecah air ketuban to birth. Alhamdulillah.

Macam biasa nurse terus pasang azan dalam labor room. Dengar suara baby menangis. Aku terus terbaring sayu. Curi-curi tengok baby. Dari labor room aku juga dapat dengar suara kakak Asiyah yang sedang menangis dalam bilik ward menunggu Mama dan Papa nya kembali. Drama sangat waktu tu. Macam tengok drama. Tak sangka semua perjuangan dah berakhir. 

Aku terbaring, and I spent the next 1 hour crying...dari tadi kena tahan, lepas baby keluar baru lepaskan semua tangisan... ofcourse lah sambil kena jahit kan. Kali ni doktor jahit aku dalam keadaan sedar. T__T Senyum-senyum je doktor tiap kali aku membebel sakit. Mesti doktor dah biasa handle patient mengada-ngada macam aku. 

7pm, aku dihantar balik ke bilik. Jumpa Asiyah, baby pun ikut balik bilik.

Asiyah excited sangat dengan kehadiran insan baru dalam keluarga. Dijaganya penuh kasih sayang. Terus nampak sifat kakak semula jadi yang ada dalam dirinya. LOL. 

Insan pertama yang visit aku kat klinik bersalin ni adalah.....



Cik Sakinah Ridzuan. Kemain spesel lagi jadi orang pertama yang tengok baby. PERTAMA tauuuu. Heheh. Sakinah ni downline aku. Tapi dah tak macam downline. Adik paling manja pulok dohhhh dalam team. 

Tengok lah tu datang melawat baby tapi asyik tengok handphone je hahah. Nampak sangat instag2 dan whatsapp2 je kerjanya. Nilah anak remaja zaman sekaranggg -__-


Kenapa tak tunjuk gambar baby??

"Penyakit Ain"

Dari Aisyah rodhiyallohu anha, Rasulullah SAW bersabda: Mintalah kalian perlindungan kepada Allah dari ain (mata jahat) karena sesungguhnya ain itu haq (benar) (HR ibnu Majah)
Apakah penyakit ain itu?
Penyakit ‘Ain adalah penyakit yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata,yaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.
Penyakit ‘ain tidak hanya disebabkan oleh orang yang iri dan dengki terhadap sesuatu yang dipandangnya. Bahkan setiap mata yang memandang takjub terhadap sesuatu dengan izin Allah juga bisa menyebabkan pengaruh buruk ‘ain walaupun orang tersebut tidak bermaksud menimpakan ‘ain. 


Oke tak reti sangat nek bebel panjang bab ni. Tapi untuk mengelakkan penyakit ain ni, buat sementara waktu, aku tak upload la dulu gambar baby. Safety reason. Siapa nak jumpa boleh la datang STS Pullman bulan November InsyaAllah pantang den dah habis time tu. :D



NOT OFFICIAL TESTIMONIAL PHOTO YET





As a summary 2nd pregnancy with Herbalife ni memang badan sangat best. And Alhamdulillah takde complication pun berbadan slim ketika pregnant kalau dapat nutrition secukupnya. Ofcourse lain orang lain badan, lain pregnancy lain result. Yang penting, JANGAN LOSE WEIGHT/ON DIET ketika mengandung. 


Just eat healthy calories banyak-banyak. Apa healthy calories? Google ler sendiri. Hehe



Sekian sahaja entri bersalin. All preggers yang sedang counting days, be safe!! Baca doa banyak-banyak. Susah senang bersalin semua aturan Allah je. :)



Jumaat, 25 Oktober 2013

Who is Amra?

Bismillah.

How we got Asiyah's name aku cerita kat entry 'Jewel of Jannah' ni.


InsyaAllah harini kita cerita pasal Amra. Siapa Amra?



Amra binti Abdur Rahman.



Amra bint Abdur-Rahman was amongst the greatest of the female Successors, of the second generation, the generation that came after that of the companions of the Prophet Muhammad SAW. She was a jurist, a mufti, and a Hadith specialist.



Amra was a student under Aisha bint Abu Bakr, the Prophet’s wife and an influential trasmitter of ahadith transmitter. Aisha opinion carried more weight than many other authorities so that there are records of her revering decisions by other judges. In fact Aisha was regarded as the prime authority on legal concerns including that of agriculture.   
Amra was actually the grand daughter of one of the companions of the Holy Prophet (pbuh) by the name of Asad ibn Zararah Ansari. She had a special relationship with Aisha (RA) and according to the scholar Iman Bukhari (RA) acted as her secretary responsible for all of Aisha's correspondence. It is also believed by what the scholar Ibn Habban has taught, that Amra was the person to have received the best knowledge of ahadith from Aisha (RA)

The great Caliph `Umar ibn ‘Abdul-`Aziz used to say: "If you want to learn Hadith go to Amra." Imam Zuhri, who is credited with compiling the first systematically edited compilation of Hadith used to say: "Go to Amra, she is the vast vessel of Hadith."


During that time, the Judge of Madinah ruled in a case involving a Christian thief from Syria who had stolen something. The judge had ordered that his hand be severed. When Amra bint Abdur-Rahman heard of this decision, she immediately told one of her students to go tell the judge that he cannot severe the man’s hand because he had stolen something whose value was less than a single gold coin (dinar). As soon as he heard what Amra had said, he ordered that the man be released, unharmed.

He did not question her authority, nor did he seek a second opinion from other scholars, who were quite numerous in Madinah at the time. They included the likes of Sa`id ibn Al-Musayyib. This incident is recorded in the Muwatta’ of Imam Malik, and this ruling is also his opinion in such cases. 

Amra exemplified a tradition of scholarly excellence among women, which continued throughout the centuries.



*     *     *     *     *     *     *     *     *     *
Mamanya tak habis belajar, tapi nama Amra ni kemain high level education nya. :p. InsyaAllah, you just be what you wanna be my girl! ;)
Asalnya dah ada queue nama lain kalau pregnant anak perempuan lagi. Tapi biasalah, time pregnant tu jiwa ibu kita dah mula rasa siapa anak kita ni, apa strength dia, apa specialty dia. Taklah specific pun, tapi rasa something. Tak boleh nak explain. Macam Asiyah tu macam Asiyah yang aku ceritakan di entry Asiyah. Yang baby kali ni... haa punyala deep sampai nak express pun tak reti.
Situasi yang sama, dugaan yang agak besar melanda kami suami isteri sekali lagi. Second wave la kira. First wave time pregnant Asiyah. Second wave time pregnant Amra. Tapi penerimaan aku berbeza. Kali ni aku sangat full of....


PATIENCE

WISDOM

Macam... kau nak cakap apa pun kat aku cakapla... akal aku lagi besar dari mulut kau InsyaAllah. Ala-ala gitula. Kak Ain kata aku macam malaikat, dan dia stress tengok aku. Oke aku pun stress bila ingat balik cane entah boleh fikir macam tu.

Sakinah pun tanya aku, "Kenapa Kak Mel nampak relax je? Kak Mel simpan dalam ke?" Oh tak dik. Akak memang relax. Ececeyy. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan macam tu. Tenang sungguh jiwa.


Jadi aku cari cari cari nama seorang Muslimah Legend yang bijak,  of course yang paling famous Khadijah Khuwailid dan Aisha Abu Bakr, both isteri Rasulullah. Dan both pun nama cukup femes zaman sekarang. Ramai sangat heheh -__-"


Kawan aku Nani pun baru bagi nama anak Aisha. Macam main tiru-tiru nama je kang. 


Cari cari cari lagi jumpalah second generation of Muslim. Kalau first generation tu zaman-zaman sabahat Rasulullah SAW. Zaman Khulafa Al-Rasyidin. Masuk second generation ni yang dah kerajaan Bani Umayyah. 


And as mention above, Amra is the closest to Aisha Abu Bakr. 


Macam tau-tau je aku nak yang macam Aisya. Jumpala Amra. Alhamdulillah.


Nama baby officially Amra Aliya binti Muhammad Abqari


Nama Aliya tu takyah nak elaborate sangatlah. Semua orang pun tau kan makna nama Aliya apa. Since nama Amra ni tak berapa common, takut pulak kang ada orang ingat nama laki ke perempuan ke kang. (kot kot laaa). Nak bagi simple sekali dengar orang tak pelik sangat, sambungkan jela Amra Aliya. 


Sama ada Asiyah Permaisuri Firaun, atau Amra binti Abdur Rahman, masing-masing ada personaliti yang perlu menjadi inspirasi kita, sebagai wanita, yang kita perlu muhasabah untku menjadi lebih baik. Dalam pada menyebut nama puteri puteri ku setiap hari "Asiyah" dan "Amra", InsyaAllah kita akan beringat sendiri jenis Muslimah apa yang ada dalam diri kita, dan jenis Muslimah apa yang kita mendoakan anak kita setiap hari. InsyaAllah. 


Bukan hanya nama... 

Bukan hanya harapan ibu terhadap puterinya... 
Tetapi juga peringatan ibu untuk diri sendiri. 

Semoga Allah membimbing kita dan keluarga kita setiap saat, hingga ke syurga. 





Kepada all preggers yang masih menghitung hari, keep it strong!!! Good luck!! Heheh 

~aku yang dah bersalin Alhamdulillah lega~



Lose weight/Gain Weight/Earn Extra Income 0136280513 inalen056@gmail.com

Rabu, 9 Oktober 2013

Life Lesson from the story of Musa AS

Bismillah.

As seen in instagram/twitter, we went to a 2 days course of Tafsir Surah Taha by Syeikh Yahya Ibrahim. Alhamdulillah, memang banyak sangat knowledge gained. And today I'm just gonna share with you how is it from the story of Musa AS I can relate to my daily life, my business, my leadership challenges, and etc. Kiranya, aku hanya akan relatekan dengan Dunia untuk entry ini. Dunia aku mostly. Heheh. Takkan nak bebel pasal dunia orang lain pulak kan?


Huraian-huraian tentang Akhirat sudah tentu banyak, tapi aku bukanlah orang yang layak untuk menghuraikannya lagi. Untuk diri aku sendiri pun aku perlu masa untuk absorb dan terus memperbaiki diri sebelum nak touching-touching kan orang lain tentang akhirat. T__T. So entry ini bukan tazkirah agama, tetapi tentang adaptation kisah Nabi Musa dengan perjalanan hidup kita di dunia.


Kisah Nabi Musa memang banyak sangat sangat mentioned in Quran. Kerana obviously kisah Nabi Musa paling fit untuk menjadi lesson Rasulullah SAW dan umat Rasulullah iaitu kita. 


Perasan tak kalau kita bukak je Quran selalu akan terjumpa sesuatu yang berkaitan dengan journey kita waktu tu? Perasan kan? Betul-betul miracle lah Quran ni Subhanallah. 


Waktu zaman sekolah dulu kalau baca Quran selalu terjumpa ayat tentang "Berbuat baik terhadap orang lain.". Lepas tu bila besar sikit jumpa ayat tentang "Hikmah-hikmah cabaran dalam kehidupan". Selepas achieve President's Team ni, bila aku bukak Quran je aku akan jumpa kisah Nabi Musa. Like really, for now aku dah 10 bulan as a Presidents Team, and really sepanjang 10 bulan ni aku asyik baca kisah Nabi Musa je. And last April Yasmen Mogahed datang ke Malaysia pun dia huraian kisah Nabi Musa. Zap terkena lagi. Yang latest sekali Surah Qasas yang aku ulang-ulang baca pada bulan Ramadhan. Memang aku jadi terfikir-fikir kenapa asyik baca kisah Nabi Musa ni? Jatuh cinta plak. Ececey.


Dahla anak aku nama Asiyah (Nabi Musa's guardian). Lagila sebak sebak bila baca kisah Nabi Musa ni. 


Yang miracle nya pada 2 hari kelas tafsir dengan Syeikh Yahya ni, pada 2nd day, pukul 12 sampai pukul 5pm, dia hanya huraian tentang "Leadership of Musa and Harun AS". And it stikes like thunder to our head. LEADERSHIP. Solid leadership lessons. Amazing what Allah has prepared for us in the Quran. 



LIFE LESSONS


1. Be precise and practical in your dua. 



29. "And appoint for me a helper from my family,
30. "Harun (Aaron), my brother;
31. "Increase my strength with him,
32. "And let him share my task (of conveying Allah's Message and Prophethood),

ketika Nabi Musa AS berdoa untuk Allah berikannya seorang pembantu, Nabi Musa was being precise yang dia mahukan pembantu daripada keluarganya sendiri, dan even, he mentioned the name Harun. "Appoint for me a helper from my family, Harun my brother."

He was being precise dalam berdoa. But most importantly, he knew WHY he wanted Harun. 

Dalam berdoa untuk sesuatu, kita perlu betul-betul jujur, buka hati kita pada Allah tentang apa yang kita nak. Dan kita sendiri perlu CLEAR KENAPA KITA NAK sesuatu tu. 

Aku suka sangat part ni sebab aku selalu mention benda ni kat team dalam focus group. 

They asked me: "Kak Mel, macam mana nak serious dalam Herbalife?"
Me: "You have to know what you want, and you have to tell Allah what you want and present to Him why you wanted it. And ask from Him the strength to achieve it."

Beza doa orang yang nak President's Team tapi tak tahu kenapa, tak tahu nak buat apa pun dengan duit tu, berbanding orang yang dah jelas dengan MISI nya kenapa dia nak jadi Presidents Team, dan apa yang nak dibuat dengan duit tu bila achieve Presidents Team.

Tapi kalau tak tahu WHY pun boleh tanya Allah mintak Allah datangkan WHY. Kekuatan kita kan dari Allah.

PRECISE and PRACTICAL. 


2. Setiap sesuatu cabaran yang hadir dalam hidup kita adalah persediaan untuk cabaran lebih besar di masa hadapan. So always be prepared, overcome the challenges knowing "Allah is training me".

Jangan patah bila dicabar. Jangan patah bila melalui kesulitan. It is a test. Kalau tak pass, tak boleh move next level. 

Aku suka term "Allah is training me". Bila kita menghadapi cabaran je, cuba bayangkan yang Allah sedang melihat kita, Allah sedang train kekuatan dalaman kita, sebab lepas ni akan ada benda lebih besar yang kita kena lalui.

Inilah dunia. Tempat persinggahan. Cabarannya takkan berhenti, dunia bukan tempat kita berehat. Bila kita dah pass cabaran level 1, cabaran kita akan naik level pulak. Therefore Giving Up is not an option. Rest is not an option. Retire is not an option. Sampai bila kena lalui cabaran demi cabaran? Kadang-kadang aku pun terfikir jugak, Sampai Bila? Tapi remind balik diri sendiri, Allah taknak bagi rehat ni...

I fear most, that after all the sufferings we have to go through in this world, but we don't end up in Jannah. Na'uzubillah. Tak berbaloi... 


Kalau kita jelas tentang "Every challenges is a training from Allah" InsyaAllah kita takkan spend banyak masa pun untuk give up, down, sedih, melayan emosi sendiri, dan sebagainya. Sebab kita tahu dunia ni hanya sementara, and every strength we use to get back up InsyaAllah counted as good deeds in front of Allah. 

And if we are aware that every challenges is a training from Allah, kita akan always turn to Allah before we turn to any other makhluk bila berhadapan dengan kesusahan. Semoga Allah bimbing kita...


3. Every Muslim represent Allah and Rasulullah. Therefore, think of every steps we choose in life, because we are representing Allah and Rasulullah. Look at ourselves, is this the best we can do for Allah and Rasulullah? T__T

4. "The aim of a Believer when facing challenges IS NOT FINDING THE EASIEST EXIT. But to FINISH IT WITH THE HIGHEST LEVEL OF SOLUTIONS. (Bahasa mudahnya, "is to finish it and finish strong). Trust Allah for the result"

Sentappppp. So when we are facing challenges, it is easier to just stop. Easy to just give up on our mission. Atau bila tak give up pun, kita buat ala kadar jelah. Tunggu momentum naik. But as a Believer, we have to keep walking and walk better.

Contohnya bila business down, terus taknak fikir pasal next level. Nak ikut flow je. "ada rezeki aku qualifyla vacation tu..." "Ada rezeki dapatla next level."

Mark Hughes pun cakap, "When things went right, work hard. When things went wrong, work  10 times harder!!" *not exact word*


5. If you have fear, and you let your fear reach your heart, and it prevents you from achieving your mission, then you haven't put Allah in your heart yet. 

Ni pun sentappp. 

Dah tu lepas balik kelas Tafsir semalam ada downline mesej, "Akak, macam mana nak jadi confident? Saya rasa tak confident." Dah sudah apa lagi aku terus share apa aku belajar, "Syeikh Yahya kata, kalau betul-betul berpegang pada Allah dan Quran, pasti akal dan hati kita juga kuat."

Another reason to finish something strongly, kan? Because we have Allah.

"There are 2 types of Fear. Fear of a Believer: it doesn't hinder you from accomplishing your task. And Fear of a Non-Believer: it will stop you from accomplishing your task."

"The reason of you not accomplishing great things in life is the lack of Iman."

Mudah untuk kata "Aku beriman". Tetapi sukar untuk membuktikannya dengan perjalanan dunia kita. 

Tatau nak hurai macam mana dah. Aku ternganga bila dengar Syeikh cakap benda ni. Disebabkan aku distributor Herbalife, terus aku rasa Presidents Team ni benda kecik je. Sebab as Presidents Team, jujurnya misi aku belum 10% pun tercapai, itu pun aku dah rasa letih kadang-kadang. Biasanya manusia. Tapi bila misi aku belum 10% pun tercapai aku dah rasa letih, mana Iman yang kita katakan dengan mudah "Aku beriman pada Allah"?

Misi lain orang lain. Aku cakap pasal misi aku. Korang janganlah compare dengan level dalam Herbalife kalau misi korang bukannya level.



6. ACTION

"It is in our determination to do more and choose the highest rank of reward." "Have you choose which level you wanna be in Jannah?"
"Choose, and act upon it."

Huraian Syeikh mengenai DECISION AKHIRAT kita. Tapi as mentioned above aku takkan hurai bab ni as aku sendiri perlu berubah ke arah ini. 

But we can again put it in our world. Even in Islam, even in Quran, pun dah tekankan everything starts with a DECISION. Our action is lead by DECISION of what we want. Have you decide what you want in the next 1 year? DECIDE, and ACT UPON IT.

Semua benda bermula dari keputusan kita. Perjalanan mendaki kejayaan ni umpama menaiki tangga. NO ONE CAN PUSH YOU IF YOU ARE NOT WILLING TO CLIMB. Sometimes kita rasa semua jawapan untuk kejayaan kita ada pada upline kita. Dan setiap salah silap upline itu merupakan penyebab kegagalan kita. Tapi tangga itu adalah tangga kita. If you are not willing to climb, no one can help you. 

If I hold your hand while you are sitting, and I tried to lift you up, you will be a very heavy burden if you don't lift yourself up. (boleh cuba praktis ni dengan kawan untuk faham maksud aku). But if you sendiri lift yourself up, while I pull you up, both of us can be on top. 

Now, ASK YOURSELF, HAVE I DECIDE ANYTHING FOR MYSELF? HAVE I BEEN A BURDEN OR A GOOD TEAM TO MY LEADER/PARENTS/ETC?

YOU are the most important factor of your own success. Good Luck. May Allah guide us.


7. About WEALTH.

Ada few kata-katanya yang bagus untuk orang Kaya. 

(A) "Allah's Messenger say, "Allah love the pious wealthy man who is inconspicuous (his piety is hidden)." [Muslim]

Orang suka kata tentang orang kaya... 

"Susah masuk syurga." "Susah nak ingat Allah." "Selalu bad attitude" "Selalunya tak ikhlas." "Mengejar dunia"

Macam-macam label yang diberikan pada orang yang dilihat berharta. Padanlah orang Islam takut nak jadi orang kaya. 

Bila Syeikh Yahya mention Hadith ni... Allah suka pada  orang yang kaya, beriman, and yet keimanannya sangat tersembunyi yang ia hanya antara dia dan Allah.- ooohh okey so I will only work on that. Lantakla apa orang nak fikir.

(B) "It's okay to be wealthy, if you souls know when to say 'That's enough'"

Oke ni aku boleh share sikitla dari sudut orang yang berduit. Bila kami mula earn income yang tinggi, ofcourse kita akan mula membeli benda-benda yang kita impikan untuk beli selama ni. Benda-benda ni tak salah pun. Kereta yang lebih selesa. Rumah yang lebih selesa. Every item at home, semuanya kita pilih yang berkualiti dan membantu keselesaan. Alhamdulillah. 

The 2nd phase after buying all things yang kita nak dan memang gunakan, adalah kita akan mula teringin untuk terus membeli, dan terus membeli, dan terus membeli. Oke ini bahaya. Siapa yang boleh hentikan? Duit ada beb. 

This is the moment when I stop myself from entering shopping mall in quite sometimes. Kalau pergi pun, memang dah niat dan selawat dan doa gila-gila untuk Allah pelihara kita dari bisikan syaitan. 

And Alhamdulillah, we manage to control our "Hunger".  

And Syeikh sambung lagi, "When you take away worldly desire from your heart, Iman will flourishes it." 

And from that day onwards, hati kami sangat tenang melihat dunia dan harta di dalamnya. Tiada apa yang kami kejar melainkan misi kami sendiri. Thank you Allah.


8. Make istighfar.

Astaghfirullah.... "With Astaghfirullahalazim, He will open the heaven for you and give you rain. He will give you prosperity in terms of children, wealth, and etc." 

*Mama selalu pesan janganla sebut Astaghfirullah sebab nak mintak rezeki retail/volume/next level je. It is more than that*

Kenapa Astaghfirullah ni penting lagi satu? (oke ni huraiain akhirat sikit sebab macam simple je hehe)

"Because of One word, you can be pulled down into hell fire. Because of ONE word, when dipped into an ocean, it can pollute the entire ocean. So say Astaghfirullahalazim to prevent it."


LEADERSHIP OF MUSA AND HARUN AS.
(Sesuai untuk TAB Team keatas hehe)

1. People cannot be left at early stage, when they still need to be nurtured. People need to be nurtured step by step, to guide them to the right paths.


2. There are 3 kinds of people don't do well in organisation: 

1st group: People who do not believe in the future, in their dreams, in success, or etc. (Kalau dalam Islam, tak percaya pada janji Allah). They are "Weak in Iman".
If we don't believe, we are weak in Iman.

2nd group: People who believe, but they need guidance. They need someone to guide them. They are not strong enough to walk strongly alone. They need a mentor, need a coach, need someone to remind them, hold their hands. They believe, but they need to depend on someone stronger.

3rd group: People who believe. They know it is true. But they purposely do not follow. Out of what? Tak tahu. But they purposely choose another road. And in the matter of our Iman, Musa mentioned "Corrupted souls". 

A leader must not give up on their people. Because most of them just don't make it not because they bad person, but because they couldn't see it (group 1) or they need close guidance (group 2).


3. Example is more important than any words. What you do matters more than what you say. What you allow matters more than what your forbid.

Nabi Harun AS kata pada Bani Israil "Follow my example, and listen to what I say". Dia kata FOLLOW EXAMPLE dulu sebelum LISTEN. It means, Example first, and then baru mengajar.


4. When you are a leader, you are responsible on their mistakes. T__T  

5. Unity of an organisation depends on the decision of a leader.

6. Don't give up on your people.

"I would rather remain attach with the sinful people and become inspiration, rather than running away and just protect my own self." -Nabi Harun AS. (Syeikh Yahya emphasise, apply this only when you are a leader and kita tidak cepat terpengaruh dengan orang malah kita merupakan orang yang lebih berpengaruh.)

Kalau dari sudut leadership dunia nya, when things went tough, when an organisation is tested, as a leader, don't leave our people and just take with us siapa yang kita nak je. Remain attached with all of them, yang berjaya mahupun tak tidak berjaya. Yang kuat mahupun lemah. 

It is easy for a leader to leave the team in hard times. And HARD TIMES dalam kisah Nabi Harun ni adalah Bani Israil REJECT him (imagine our team reject us openly, hurt our feelings). Memang taknak dengar cakap Nabi Harun. Kiranya hard times ni sendiri datang daripada team sendiri, bukannya hard times yang team kita baik-baik dengan kita. They reject him, they choose to disobey him, but he choose to stay attached and become inspiration.

Mesti ada yang tanya, "Maknanya kalau team kite degil/taknak dengar cakap, kita still kena jumpa dan focus group dan etc diorang ke?"

Tapi ayat huraian di atas tu jelas. Dia TIDAK kata, "I would stay and keep teaching them." He said,  "I would stay and become inspiration". Maknanya stay - buat yang terbaik untuk diri sendiri, let them be inspired and choose who to follow. 

Powerful kan MasyaAllah leadership Nabi Harun? Tak boleh berhenti berfikir tentang benda ni. T__T



7. Di dalam sebuah organisasi, memang hanya akan ada 1-2 orang sahaja yang betul-betul berkualiti. Yang lain tu semua hanya akan contribute pada kuantiti. But if we do it rightly, if we lead everyone correctly, these 1-2 people in the team akan shine brightly and they also bring shines to the whole group. 

"Let the Quality influence the Quantity." Tanggungjawab kita as leader adalah polish Quality people tu. 

Janganla kita as leader nak analyze pulak siapa diamond siapa tak. Sebab hakikatnya kita memang tak tahu siapa diamond. Tapi yang aku dapat kat sini, janganlah kecewa kalau ada team member yang tak serious. Relax. It happens!! 


IMPORTANCE OF QURAN

1. Quran releases your burden that you will carry till the day of judgement. Duniya is a heavy burden, but Quran lighten the burden. 

2. Semua pengajaran kehidupan Allah dah berikan di dalam Quran. Read it. Absorb it. 

3. Al-Quran is for us to know Allah better. So we have humility inside us, so we can feel broken in front of Allah, so we can feel in need in front of Allah. Because we know Allah well. 

"You can be illiterate in the knowledge if Islam, but you know Allah.
You can be PHD in the knowledge of Islam, but you don't know Allah."

4. Unburdened yourself from trusting other than Allah.

Bila kita perlukan seseorang, dan kita cari makhluk untuk membantu kita sebelum Allah, kita sebenarnya menambahkan beban kita. So unburdened yourself, by seeking Allah. Trust Allah. TAWAKKAL. 

Ramai orang suka tanya macam mana nak doa kat Allah. "Macam mana nak mintak kat Allah kalau kita nak mcm ni mcm ni mcm ni?". Bukan seorang dua je yang tanya. Aku pun tak tahu nak jawab. Lepas habis course 2 hari tu baru dapat jawapan. Jawapannya dengan bertanya balik, "Don't you trust Allah will understand your situation more than I do? So why do you need me to put words in your dua?" 

5. One sentence in the Quran, may reflect our whole life. Keep searching.


TAMAT PERKONGSIAN.

Semoga kita dapat menjadi orang yang luar biasa dunia akhirat kerana Allah. All the best. :')

Maafkan apa-apa yang tersalah. Dan penggunaan bahasa yang tak berapa ustazah sebab memang bukan ustazah pun.

Wassalam.