Ni nak share itinerary kami ke CH dua minggu lepas, pada 24 Aug - 26 Aug 2017. 3 hari 2 malam.
Pada asalnya saya google dan research betul-betul jugak aktiviti menarik di Cameron Highland, tempat menarik untuk dilawati di Cameron Highland. Lepas dah senaraikan semua, kena cross aktiviti-aktiviti yang tak sesuai untuk ibu mengandung 6 bulan ni. ;D
Pastu saya rujuk peta sebab Cameron Highland ni jalannya macam satu garis lurus kan. Dari Tapah akan jumpa Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, bahagia Pasar Kea, pastu jalan ke Simpang Pulai. So taknakla buat itinerary kena kenal pasti kawasan-kawasan situ supaya effective dan tak buang masa.
CAMERON HIGHLAND ITINERARY. 24 AUGUST - 26 AUGUST
Route pergi : TAPAH. Route balik : SIMPANG PULAU. HOTEL : ROSA PASADENA
HARI PERTAMA : KHAMIS
Patutnya kami gerak dari KL jam 8 pagi. Tapi plan kena tukar sebab tak siap pack barang lagi. Heheh. Jadi kami gerak jam 12 tengahari. Membazirla sikit masa, kalau tak boleh spend more time atas bukit heheh.
12 pm : depart from home (Tapah Route)
Singgah LATA ISKANDAR on the way naik
Tak plan pun nak turun kat Lata Iskandar ni. Tapi bila lalu tu kosong je takde orang, singgahla kejap ambik gambar dan celup-celup kaki sikit. Hehe. Kalau siapa yang rajin tu bolehla siap untuk mandi terus.
CAMERON VALLEY TEA HOUSE, (between Ringlet dan Tanah Rata)
3 pm : Tea at Cameron Valley Tea House 1
Saya dan husband memang paling suka singgah lama-lama sikit kat cafe ni, minum dua gelas teh tarik terus. Heheh.
Tea house kat sini ada 2. Yang Tea House 1 parking sangat sikit. Kami sampai Khamis, belum cuti sekolah lagi, jadi senangla cari parking. Kalau datang weekend atau cuti sekolah, memang jauhla parking tepi jalan.
Kalau pergi depan sikit ada Tea House 2, yang itu banyak parkingnya. Itupun masih penuh jugak waktu cuti sekolah.
Permandangan cantik, minum teh tarik lama-lama ni seronoklah. |
Ada banyak jenis air kt sini. Tapi Teh Tarik pilihan kami hehehe. Sedap kalau ada karipap jugak, malangnya dorg dah tak hidang karipap. Semua menu western je :( |
Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands
4 pm : depart to MARDI Agrotech
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak – Kanak RM 3.00
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (8.00am-12.45pm)
Sabtu-Ahad (8.00am – 5.00pm)
Jumaat (8.00am – 12.30pm / 2.30pm – 5.00pm)
Lokasi: JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.
Walaupun banyak kali ke CH, ni first time kami ke Mardi Agro Tech park. Best rupanya tempat ni untuk yang ada anak-anak kecil!
Cumanya kami pergi harini time bukan cuti sekolah/bukan weekend. So tak meriah sangat. Tapi still okey. Boleh makan ais krim.
Peminat bunga |
Ada periuk kera. So kelas biology kejap ajar anak-anak tentang pokok ni. |
Check-in Hotel Rosa Passadena, Brinchang
6 pm : CHECK IN HOTEL. REST.
Mula-mula nak check in homestay je. Banyak homestay apartment kat CH ni. Tapi bila fikir nak makan breakfast hotel (sebab mak buyung ni nak makannn je haha), carila hotel yang ada breakfast sekali.
Saya pilih Rosa Passadena sebab tandas dia ada bath tub. So bolehla budak-budak ni main, tak bosan kat hotel, waktu kami nak rehat. Lagipun biliknya luas sangat. Senang nak jaga anak-anak.
Kebersihan : 3 bintang
Luas : 5 bintang
Breakfast : 4 bintang untuk rasa, 3 bintang untuk choices (ada nasi lemak, roti, bubur, dan teh/kopi sahaja)
Lain-lain okey je Alhamdulillah.
Makam malam di Restoran Taman Abang Streamboat dan Grill
8 pm : DinnerIngatkan steamboat mcm kat Johnny's tu. Rupanya buffet, pastu ada griller sekali. Seronok lahhh kami mencuba benda baru. Pastu siapa tak suka buffet kan. Makan makan makannnn.
Harga RM40 seorang (tak silaplah. Tak berapa ingat harga ni)
Kanak-kanak murah sikit.
Adik paling kecik tu percuba.
Kami suka makan real food real protein. Apa lagi, banyak betul refill kambing!! Hahah. Sedap woi kambing. Alhamdulillah. |
Husband jadi tukang grill sorg-sorg. Wife makan sambil jaga anak hehehe. Udang pun refill banyak kali sebab budak-budak tu peminat udang. Makan nasi dengan udang je. |
HARI KEDUA : JUMAAT
Lepas sarapan pagi, pukul 10 pagi mcm tu kami gerak jalan-jalan ke Taman Sedia.
TAMAN SEDIA : Al Mashoor, YZ Agro Farm & Cafe, KHM Strawberry & Jam, 200 Seeds Cafe Abang Strawberry (Nasi Lemak Sambal Strawberry)
Taman Sedia ni perkampungan Melayu kat Cameron Highlands. Lokasi Kampung Taman Sedia terletak antara pekan Tanah Rata dan Brinchang. Kat sini ada banyak ladang strawberi dan ladang sayur yang diusahakan oleh kaum bumiputra. Ada ladang yang kita boleh petik buah strawberi sendiri dan ada yang dijual yang telah siap dibungkus.
Kami tak petik sendiri sebab time pergi tu tengok semua farm pun tengah tak banyak buah. So beli mana yang sedia ada je.
Bagi saya kampung ni best lah sebab ada banyak cafe yang boleh dicuba. Antara yang paling famous adalah Scone di YZ Agro Farm and Cafe.
Setelah google dan search reviews, top nama yang disebut kat Taman Sedia ni adalah :
Taman Agro Al Mashoor
Masa buka : 8.30am - 5.30pm
Katanya cafe ni ada macam-macam, tapi yang betul best cuma ais krim strawberry tu jela. (Yang sama dengan kat MARDI jugak). Strawbery cicah coklat rasa biasa-biasa je.
makan strawberry sungguh-sungguh |
Masa buka : 8.30am-6pm
Baca kat review, kat cafe ni ada macam-macam makanan. Dan scone sini terbaik kata review kat internet. Tapi bila kami pergi semua takde. Maybe bukan cuti kot jadi supply tak banyak. T__T Tulah keburukan bila pergi waktu bukan cuti sekolah.
KHM Strawberry and Jam
Masa buka : 8.30am - 6pm
Ladang strawberry, ada buah anggur sekali. Review sini pun best orang kata. Tapi sama la jugak sebab bukan cuti, tak banyak benda dan cepat habis. So jalan-jalan tengok kawasan jelah.
Kedai ni famous dengan Nasi Lemak Sambal Strawberry. Lepas makan pun boleh kutip buah Strawberry kat ladang nya.
Berhadapan dengan restoran ni ada gerai jual Strawberry tepi jalan. Kat situ kami beli buah Strawberry yang paling fresh, besar, dan berkualiti berbanding tempat lain. Tak tahulah lain masa lain pulak hasilnya.
Sambal strawberry tu sedap. Tapi sikit sangatt. Heheh. Makan tengahari sini terus. |
Taman Kea, Taman Rama-Rama, Orchid and Rose Garden
12 pm : KEA FARM, Butterfly Farm, Orchid & Rose Garden
Kawasan Kea ni ada banyak kedai, strawberry farm, pasar. Since dah puas dapat Strawberry kat Taman Sedia, kami tak tengok pasar dan kawasan Strawberry nye. Layan budak-budak ni singgah Taman Rama-Rama dan Orchid and Rose Garden.
Orchid and Rose Garden
Boh Tea Center Sungai Palas
Dah pukul 2pm tu macam banyak lagi masa. Jadi kami pun decide jalan masuk je Boh Tea Center Sungai Palas.
Mak buyung mendaki nak ke cafe. |
Rasa biasa-biasa je. Bolehla enjoy view. |
Teh Tarik kurang umph. |
Let's just enjoy our view and our hike. |
Pasar Malam Sungai Ruil
Sebab semua orang kata tempat wajib, kitorg pun pergi jelah. Pastu tak beli apa-apa pun dan takde gambar pun. Hahah. Takpela wajib jalan-jalan jelah.
HARI KETIGA : SABTU
Harini dah start cuti! Jadi mulalah merasai azabnya traffic jam.
Sepatutnya jadual kami hari last ni adalah berikut :
(Balik melalui Simpang Pulai sebab nak jalan-jalan lagi. Naik haritu dah lalu Tapah)
Cameron Lavender Garden
Cameron Valley Tea House Kuala Terla
Avant Chocolate / Green View Garden
WALAU BAGAIMANA PUN, sebab tengok jem teruk sangat kat kawasan Kea, dan saya pun lepas 2 hari non stop makan, badan dah tak sihat. Kami decide untuk turun melalui Tapah jugak.
Anak-anak pun tak habis-habis doa supaya kami singgah Mardi Agro Tech park lagi. Jadi doa mereka termakbul lah.
Kami check out hotel 12pm. Relax je lambat-lambat. Pagi tu lepas makan Nasi Lemak kat hotel, minum SHAKE COOKIES AND CREAM HERBALIFE pulak. Bagi badan segar balik. Sakit wooo badan mak buyung 7 bulan bila makan macam-macam ni.
Shake dulu!! |
Ke Agro-Technology Park Mardi lagi
Budak-budak suka sangat sini. Kami pun boleh la layanMakan ais krim ni lagiii. Hehehe |
Ada tempat Arnab |
Cuti sekolah dah mula. Baazarnya pun meriah |
Singgah CAMERON VALLEY TEA HOUSE lagi otw turun
Layan Spider Girl kejap. Next time datang kena bawak proper Sports Shoe untuk anak-anak jalan trekking betul-betul. |
Layan jiwang pulak sebab dia dah ngantuk |
Travel jauh macam mana pun, ini lah TEH TERBAIK yang saya paling suka. |
Antioxidant
Detox
Tingkatkan metabolisma
Tambah tenaga
Bantu kawal appetite
Banyaknyaa kebaikan Teh ni. Jadi, memang tak shopping Teh langsung nanti expired je. Heheh. Sebab satu rumah kami semua minum Teh Herbalife jee.
Ada macam-macam flavour pulak tu!
Green Tea / Pomegranate Tea |
Lemon Hibiscus Tea, Peach Tea |
Korang nak teh yang mana? ;D
Sekian sharing tentang journey kami ke Cameron Highland baru-baru ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan