Khamis, 25 Julai 2019

6 SEBAB KENAPA MINUM AIR KOSONG MEMBANTU TURUNKAN BERAT BADAN

"Coach, kalau kita makan banyak-banyak pun, lepas tu minum air, nanti air tu buang balik semua makanan la kan? Tak gemuk la kan?"

Tanya seorang client. 

Ni memang salah faham. AIR TIDAK BOLEH PADAM KALORI MAKANAN KITA. Air adalah air. Makanan semua ada kalori. Kitak tak boleh 'padam' kalori yang kita makan. 

KITA TAK BOLEH ‘PADAM’ MAKANAN, APETAH LAGI KALORI. 
Dah makan, pastu minum air untuk buang kalori? It doesn’t work that way.

Calorie in hanya boleh dibakar dengan calorie out. (Increase activity, increase muscle mass). Kalau rasa bersalah sebab termakan banyak, exercise je boleh bakar balik makanan tu. (Itu pun sebenarnya salah konsep bila bersenam dengan niat nak bakar makanan termakan banyak semalam 😂- sebab tula ramai org bersenam pun gemuk jugak)

======================================================================

6 SEBAB KENAPA MINUM AIR KOSONG MEMBANTU TURUNKAN BERAT BADAN

1. Air kosong yang cukup adalah natural appetite suppressant. 

Maksudnya ia antara cara semula jadi untuk kawal selera makan kita. Bila kita minum air secukupnya, perut akan menghantar signal kepada otak untuk berhenti makan ataupun rasa cukup. Benda ni mengelakkan craving atau lapar yang tidak benar. 

Bila kurang air, kita akan rasa lapar. Sedangkan kita perlukan air, tapi kita makan lagi makanan untuk kenyang. Tak pasal-pasal berat naik. 😭

2. Minum air sejuk boleh meningkatkan (sedikit) metabolisma badan, dan meningkatkan pembakaran kalori 😱

Sebenarnya peningkatannya terlalu sedikit. Takdela sampai boleh kurus 😂 Tapi sikit pun tetap ada peningkatan dan ianya sihat untuk tubuh. 

3. Air bantu badan buang toxins dan waste dari tubuh. 

Air membantu buah pinggang tapis keluar toxins dan bahan buangan lain dari tubuh. Sekiranya badan tak cukup air, badan kita akan simpan air jadi toxins pun tersimpan jugak. Bila air tak cukup, toxins pun stay dalam badan, seluruh badan akan terjejas termasuk effectiveness untuk menurunkan berat badan. 

4. Air kosong membantu kurangkan kalori dari minuman. 

Semua orang minum air, tak semua orang minum air kosong. Ramai orang akan pilih air bergula - yang semuanya tinggi kalori. Hanya gantikan air manis anda dengan air kosong sahaja boleh kurangkan banyak kalori dan menyebabkan anda kurus tanpa berlapar!

5. Air amat penting untuk pembakaran lemak. 

Pendek kata, nak bakar lemak dalam badan memerlukan air. 

6. Air memberi tenaga pada tubuh dan minda. 

Tubuh yang bertenaga boleh buat banyak physical activity. Bila badan active, lemak pun lebih banyak terbakar 🥰


======================================================================

Itulah semua fungsi air. Tapi PADAM KALORI MAKANAN - itu BUKAN fungsi air. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...