Serabutnya harini. Ape yg serabut? Sequence;
8am
Bangun pagi, Nani cerita pasal semalam die dengar org bercerita tentang KAMI. Waaaah...kami ni mmg Superstar. Ramai sangat org nak ambik tahu cerita. Yelah...tentang aku je berapa ramai yang sibuk, “Mel...kau ade someone kan?”...punye pasal la aku ade tak. Sebok betul. PAstu sebok kata aku pandai that’s why aku boleh buat Herbalife. HELLO, AKU TAK ADA MASA NAK MENGUMPAT ORANG OKE!! Selagi korg ada masa untuk bercerita tentang org, selagi tu korang sebenarnya MAMPU untuk buat Herbalife!!! HAhaha... Patutlah RAsulullah SAW mention about NAMIMAH (mengadu domba) dalam hadis. Inilah akibat Namimah. AKU SAKIT HATI. Astaghfirullahalazim...kalau ye pun nak mengumpat...biarla aku tak tahu...at least aku xtahu korg kutuk aku best jugak hati aku happy je pandang baik kat semua org. Mati nanti Insyaallah ade credit lebih untuk timbang kebaikan...skang aku dah marah...kurang pahala... =(
10.30am-1.30pm
Pastu, Lab Anat. Hurm...lambatnye habis. Perut aku dah menyanyi-nyanyi lagu Rock Kapak dah pun Miss taknak release jugak. Topik: Digestive system. Memang lapar tau...tgk pulak perut. Berapa kali kena mention perkataan ‘FOOD’ dalam lab tadi? Sahut menyahut perut kitorg. HAiiiyooo...Sampai aku tgk skull pun terbayang skull tu mengunyah. Btw, aku tengok skull tu ngan Awan. Korang sangat serupa. =p Sebelum habis kelas Miss siap tanya boleh ingat tak ape yang belajar dalam lab tu...huhu manelah aku tau. Serous membrane. Rugae. Spincter. Pyloric. Gastric. *fikir jap. oke dah malas fikir.*. Miss, saye balik nanti saye belajar rajin2 ye! Lapar ni!
1.30pm
Lepas Lab Anat, Pipah curi botol air HErbalife aku. *Moody jap hilang botol* Bile tau kawan sendiri yang curi snanye, perlu take time untuk sejuk balik sbb taknak marah member. Masalahnye dalam Lab tu dah terbayang2 Tea Mix + AloeVEra dalam botol tu. HAisy...masuk ke mulut kan bleh membawa tenaga fizikal dan mental! (tenaga batin tidak diketahui lagi so xleh mention. =p ). Bile kuar lab tgk takde botol tu... *^&*%^%!!!!!!!!!! Tulah perasaan aku td. T_T
*REhat 30 minit sebelum kelas seterusnya. Makan=NAsi putih + Paprik kt Ana Cafe. Solat laju2.* (ade ke istilah solat laju2??)
2.30pm
Kelas Dr Azlan. Oke, that one release stress. Esp dengan berbincang macam mana nak jadi Tauke Kilang Kepok Lekor. Kalau berniat mengapply HACCP tp macam mahal sangat (RM65000 untuk consultation) so tukar ke RMD (RM45000).Tapi, sebagai bumiputra, dapat bantuan MARA so ke bayar 10% sahaje....RM6500 atau RM4500? TAkde hal la...
*REhat=Tidur. BAngun, mandi, solat, dinner*
9pm
Malam. Contact si dia. Celcom problem. Msg aku tak sampai kat die and msg die tak sampai kat aku and aku ingat die marah and aku kol tapi voice mail so aku ingat die dah accident ke ape.(Well, girls will always be girls. Suke fikir exaggerate tentang malapetaka yang mungkin menimpanya walaupun sekejap tak dpt jawab phone pastu risau lebih2)....Awk, jangan marah ye sy fikir bukan2! =p
9pm jugak
*Gangguan pd pasangan kekasih gelap (kekasih gelap bererti kekasih RAHSIA)*, aku kol die dalam kereta, depan T3. Kat parking. Nampak kelibat Madam Fellow masuk ke Mahallah. *Ting!* Peti ais muncul di benak cerebrum ku. PEti ais...(blur sekejap). Boleh tak, dalam kecemasan tu, aku tengah fikir nak menyerah kalah atau berjuang menyembunyikan benda yang begitu besar. Dalam 30saat, aku keluar kereta lari ke bilik. Ya, bilik aku bernombor 1.1. MAksudnye, bilik pertama untuk spotcek. MAksudnya, sempat tak aku selamatkan?? Aku nampak pintu bilik terbuka. JAntung berdegup laju umpama kuda berlari (ade pulak umpama camtu???).
Madam masuk compartment Aimee. Otak berkata “HAbisla...takleh buat ape2 dah...”. Tp dgn izin Allah, tubuh aku bergerak masuk ke compartment aku, ambil selimut, baling dengan sekata kat atas peti ais tu, turn off the current. Aku pusing. Madam kat belakang aku, baru tiba. Dia menghulurkan tangan pd aku. Aku sambut. Terus keluar bilik.
“Eh...nak gi meeting ke?”
“Erm...aah.”
Tak sampai 5 saat die kuar balik dr compartment aku. Pastu sembang dengan Aimee. Aku boleh gambarkan jantung aku umpama terjatuh pastu aku kutip balik and masukkan dalam pericardial cavity (yang terletak dalam MEdiastinum yang terletak antara Pleura cavity yang keseluruhannya di bawah Thoraxic Cavity).
9.30pm
Aku lari keluar balik, masuk dalam kereta, call dia balik. Kelakar, cemana badan aku macam kena set untuk lakukan semua benda tu pastu masuk balik dalam kereta, where I were before I saw her walking into the college. PAdahal boleh je duduk dalam bilik terus and call him. Uhh...aku pun keluar semula, balik bilik semula. Kali ni lebih tenang.
Celcom? Oke...sampai kali ni tak dapat kol. Msg dia yang sejam lalu aku baru dapat and msg mengenai miss call dia pun baru so aku terus lega. “Oke he’s safe. It’s just Celcom.” Mungkin Celcom cuba berkata, “Kurang2 kan contact kerana anda berdua belum berkahwin. Kahwinlah supaya tidak perlukan Celcom lagi untuk berhubung dengan si dia!”
Oke fine. (T_T’)
12.03am
aku mula belajar. Clinical Biochemistry. NAsib baik bab air (fluid). Simple dan seronok. Aku habis belajar pukul 02:30. Pastu...cuba pejamkan mata, GAGAL. T_T. Banyak sangat benda dalam serebrum menyebabkan parasympathetic nerve (yang menyebabkan REST and DIGEST) aku tak berjaya menawan sympathetic nerve. Mungkin terlalu banyak acethylcholine (betul tak ejaan tu?)
3.30am
minum Niteworks. Pukul 03:45 tertidor. Alhamdulillah. Terima kasih Niteworks!



