Assalamualaikum.
Visit Legoland Malaysia pada 2017
Alhamdulillah untuk tahun 2017 kami melawat Legoland Hotel dan Theme Park Johor Bahru dalam 4 - 5 kali jugak. Ada banyak sebab kami pilih Legoland sebagai destinasi frequent kami tahun ni. Dan oleh sebab itu kami pun daftar Annual Pass pada January 2017.
|
Tema Tahun ni Star Wars dan Ninjago! |
WHY LEGOLAND?
Kenapa kami suka pilih Legoland sebagai destinasi?
Tempat yang kids boleh have fun ni, adalah tempat untuk parents paling boleh relax sebenarnya.
Sebab kami berdua kerja dari rumah, sometimes kami nak ada 'break' untuk rehat sekejap. Kena pilih tempat yang parents tak payah fikir sangat nak melayan anak. So yes Legoland. It is a no cranky zone sebab kids boleh main independently happily to the max!
LEGOLAND SESUAI UNTUK ANAK UMUR BERAPA?
- Bawah 3 tahun maybe tak sesuai lagi. Tak boleh main apa-apa pun.
- Untuk anak berusia 3-5 tahun, dah okey sebab dorg boleh enjoy, boleh appreciate. Dan ada 7-10 ride kot yang dorg boleh naik. (Driving school, Boat School, Horse ride, Aeroplane, Ninjago, dan beberapa jenis ride yang saya tak ingat namanya). They still can enjoy all attractions though.
- Untuk anak atas 6 tahun (atau 5 tahun pun boleh kalau tinggi 100-110cm) memang dorg boleh fully enjoy semua ride kat Legoland tu.
|
90cm ada 7-10 ride 110cm semua boleh naik tapi dengan 1 adult teman Boleh check tinggi anak anda sebelum rancang datang kalau betul-betul nak make sure berbaloi. |
Yang paling berbaloi memang bila anak cecah usia 5-6 tahun tu. Tapi bagi kami, 3 tahun pun dah okey. Ikutla parents jenis nak pergi untuk perfect moment then better pergi bila anak besar sikit, atau parents nak pergi untuk rehat (mcm kami hehe), so boleh je 3 tahun pun pergi enjoy-enjoy.
Untuk tahun 2017 ni, anak-anak kami berusia 4 dan 6 tahun. So mmg dah boleh enjoy Legoland. Walaupun si Adik akan sedih bila Kaka dapat naik ride dia tak dapat. Tapi nanti saya dan Adik akan makan aiskrim sama-sama bila Papa dan Kakak naik ride. So, okey je win win for all. Quality family time :D
ANNUAL PASS LEGOLAND MALAYSIA
Annual pass yang kami ambil adalah Standard Pass (untuk 2018, nama barunya Awesome Pass), sebab kami tak berminat nak pergi Water Park sekali.
So antara benefit Standard Pass 2017 yang kami dapat adalah :
- Unlimited entry ke Legoland Malaysia JB selama 12 bulan
- 10% diskaun hotel Legoland Malaysia JB
- Diskaun stroller
Itu je. At least itu je yang kami frequently guna. Yang lain tak relevent sangat so tak ingat.
HARGA STANDARD ANNUAL PASS LEGOLAND
Sejujurnya saya TAK INGAT LANGSUNG harga annual pass tu heheh. Sebab kami daftar Febuary 2017. So calculation harga semua tak ingat. Waktu tu ada promosi 10-20% diskaun daftar annual pass. Pastu kitorg tengok tahun 2017 ni mmg akan banyak ke Johor / lalu Johor. So banyak opportunity nak singgah.
Yang penting based on our calculations,
bayaran harga standard annual pass tu bersamaan dengan 2x masuk Legoland. So kalau rancang nak masuk lebih dari 2x, memang berbaloi lah ambik Annual Pass terus.
HARGA PREMIUM ANNUAL PASS dan AWESOME PASS LEGOLAND 2018
Berikut adalah detail Awesome Pass untuk 2018, bagi yang nak merancang. Boleh check website Legoland Malaysia untuk check kalau ada promosi bila daftar.
TIPS KE LEGOLAND THEME PARK MALAYSIA JOHOR BAHRU 2017
First time pergi Legoland tahun 2014, saya ada ceritakan review di http://amalina-peter.blogspot.my/2014/10/legoland-malaysia-review.html
Basically banyak benda yang sama daris segi Review. Alhamdulillah, tahniah kepada Legoland Malaysia, service, hotel, dan theme park maintain sama je tahun ni berbanding 3 tahun lepas. Takde pun makin teruk ke apa. So review insyaAllah sama je.
So kali ni, saya akan focus share
TIPS untuk enjoy Legoland sepenuhnya.
TIPS #1 : Pergi waktu low season untuk maximum fun (for kids) and relaxation (for parents).
Tips ni memang susah nak diaplikasikan bagi mereka yang bekerja dan anak-anak yang sekolah. So sama ada kena redha jelah hadap ramai-ramai orang, beratur lama, semua crowded, ataupun plan betul-betul untuk pergi waktu low season, apa cara sekalipun.
Walaupun kami pergi ke Legoland 5 kali tahun ni, kami memang akan pergi waktu low season je. itu pun still beratur crowded dengan Mat Salleh, foreigners. Tak boleh imagine kalau high peak season macam mana crowd nya.
TIPS #2 : Bersedia untuk spend sepanjang hari dalam Theme Park tu.
Antara soalan common pelancong adalah, average berapa jam kita akan spend dalam theme park? Untuk Legoland, InsyaAllah sepanjang hari kot.
Kalau low peak season, tak payah beratur pun kat mana-mana ride. So boleh bergerak pantas.
Kalau high peak season, dah tentu nak masuk mana-mana ride akan beratur sejam atau lebih? So memang kena prepare sepanjang hari.
TIPS #3 : Spend masa lebih di Build And Test area.
So kalau pergi waktu low peak season, akan ada banyak masa lapang nak habiskan kat theme park tu kan? Kami akan spend lebih masa bg anak main puas-puas kat Build-and-Test ni. Kat sini anak-anak boleh build kereta ikut creativity masing-masing, pastu test speed kat track yang disediakan tengok laju tak.
Biasanya kids akan test dan improve continuously sampai mereka puas hati. It's very good for the to discover design kereta yang paling laju macam mana.
For whatever reason, kereta my 4 year old girl tu mesti akan menang paling laju padahal binaan kereta dialah yang paling tak ikut fakta sains sekali hahah.
|
Build your car |
|
Buat cantik-cantik ikut kreativiti |
|
Test kereta paling laju |
TIPS #4 : Bila makan, tempat makan paling okey adalah di MARKET RESTAURANT (sebelah driving school- last sekali sebelah entrance Legoland)
Makan kat sini banyak choice main meal berbanding kedai lain. Tapi Adult Meal nye akan dapat ayam besar. Memandangkan kami selalu susah nak habiskan Ayam, kami akan order KIDS MEAL kat sini. Nasi portion sama, tapi ayam kecik sikit. Barulah tepat boleh habis. Murah pun murah.
First time makan Adult meal sorg satu. Stress nak habiskan ayam. Tak tahula sebab family weols perut kecik ke apa. hahaha
|
Menu Adult. Mahal pastu tak habis -__-" |
|
Menu Kids. |
TIPS #5 : Teamix dan Guarana Herbalife untuk boost tenaga nak jalan 6-9km sehari!
Legoland tak bagi bawak masuk makanan. Tapi air kosong saya selalu boleh je masuk. So everytime pergi saya memang bawak siap-siap botol air 2L. Pastu tengahari sikit bila dah letih, bancuh Teamix Herbalife sekali.
TIPS #6 : Restaurant kat Medini Mall sebelah Legoland tu, kalau Low Peak Season, sangat kosong. So makanannya pun tak fresh.
Lepas banyak kali ada bad experience kat Medini Mall restaurant, kami mmg tak pernah makan situ dah. T__T. Tak tahulah kalau high peak season, tapi kalau waktu takde orang tu, memang kosong je. Makan KFC pun rasa ayamnya busuk sikit. T__T seriousss sedih okey.
So tips kat mana-mana kawasan pelancongan pun, pastikan makan kat kedai yang ada flow manusia.
TIPS #7 : Makanan/Minuman kat dalam Legoland dan Medini Mall semua mahal-mahal.
Jadi sila prepare mind. Kalau air kosong bolehla bawah siap-siap. Tapi air lain, atau makanan, tak boleh bawak. Kena beli kat dalam Legoland tu. Mindset kenala ready. Nak pergi Legoland, nak makan pun kena spend lebih sikit.
TIPS #8 : Semua ride dan attraction pun best. So takde advice khas untuk pilih-pilih mana yang best mana yang boleh skip hehe.
Although, we would always skip the show, 3d movie, dan semua berkenaan show. Heheh. Ngantuk okeyyy boring. Tapi anak-anak suka je. Mak Ayah yang pura-pura tak nampak bila lalu sebab bosan. Lols.
=======================
tu je kot tips yang saya boleh fikir. Kalau ada soalan boleh tanya kat comment ye. Saya pun tak tahu nak cerita apa lagi pasal Theme Park ni.
TIPS KE LEGOLAND HOTEL JOHOR BAHRU
Almost everytime ke Legoland Malaysia ni, kami akan stay hotel. Standard harga hotel legoland memang agak mahal, tapi ada tips kami untuk dapat yang paling murah. Plus kena tahu cara nak enjoy Legoland hotel ni. Bagi saya sangat berbaloi untuk family getaway.
TIPS HOTEL LEGOLAND #1 : Rancang awal untuk check tarikh hotel paling murah sepanjang tahun.
Biasanya date paling murah tu memang waktu bukan cuti sekolah dan tak ada apa-apa cuti. Dan weekdays. Hehe. Pandai-pandaila adjust budget. Tengok gambar kat bawah adalah contoh RATE SETIAP HARI SEPANJANG TAHUN pada kalendar Legoland Malaysia Resort sendiri. Macam mana nak ke sini?
1. Pergi ke ke website Legoland Hotel Malaysia
2. Konon-konon pilih check in check out date
3. Lepas dah keluar harga, kite tekan untuk tukar tarikh (atas tu tulis "DATES OF STAY", tekan yang tu.
*laptop sahaja. Mobile tak boleh rasanya saya cuba cari takde. Maybe saya tak jumpa, atau maybe memang takde.
SABTU AHAD still boleh dapat rate RM770. Walaupun rate paling murah untuk Legoland Hotel ni RM670. Selalu kami akan pilih paling murah tu sebab kami ada pilihan masa sebab kerja sendiri. So why not just enjoy pergi waktu paling murah kan? Lagipun waktu paling murah tu biasanya memang paling kosong.
Disebabkan kami pemegang Annual Pass 2017, kami dapat diskaun 15% lagi dari rate yang ditunjukkan. Means RM670 - 15% = RM 570. Tapi kami check untuk tahun 2018 ni, Standard Pass (Awesome Pass) dah takde hotel discount ye. Makin kedekut Legoland ni heheh.
|
Ramai jugak untuk low peak season. |
TIPS HOTEL LEGOLAND #2 : Saiz bilik untuk 2 dewasa, 3 kanak-kanak bawah 12 tahun.
Sesuai untuk family ramai anak sebenarnya.
TIPS HOTEL LEGOLAND #3 : Lobi hotel banyak aktiviti percuma.
Kat sini lah yang saya katakan, PARENTS BOLEH REHAT. Dengan bayaran hotel tu, kami dah tak payah fikir pasal kids dah. Bawak dorg lepak kat lobi hotel, mainlah berjam-jam. Mak duduk tepi je. Kalau mak tengah rajin, boleh main sama-sama kids. Tapi kalau nak rehat, rehatlah. Bagi dorg bergaul dengan budak-budak lain. Lagi bagus!!
Biasanya saya bagi kids main petang sampai malam. Sampai dorg sendiri penat. Naik bilik terus tidur.
Elakkan ada planning lain bila duduk hotel ni. Contohnya duduk legoland hotel pastu ada banyak aktiviti luar hotel. Nanti anak-anak tak puas main. Kalau banyak kena keluar hotel, baik duduk hotel lain je :D
|
Magic Show Entertainment |
|
Lego Pool |
|
Giant Lego Brick |
|
Giant Lego Brick |
|
Giant Lego Brick |
TIPS HOTEL LEGOLAND #4 : Kedai runcit situ MAHAL barangnya. Beli siap-siap sebelum datang.
Untuk hotel, breakfast provided. Lunch dan dinner kalau dulu ada ala carte dengan harga standard hotel, tapi tahun ni kami check macam takde. Bila tanya, dorg kata ada sushi cafe je untuk ala carte. So kami makan luar lah sebab nak kena makan makanan melayu jugak.
Untuk snek, kedia snek cuba ada kat Medini Mall je. MAHAL wey. Baik beli siap-siap segala snek dulu sebab anak-anak memang lapar je memanjang kat Legoland ni. Maklumlah dorg main non stop!!
Recently kami duduk 3 hari 2 malam kat Legoland, dan pergi ke Theme Park 2 hari berturut-turut (kan annual pass tunjuk kad je nak masuk), hari ke 3 dua-dua anak demam terus sebab main non stop pagi sampai malam. Heheh. Sooo.... cmtulah dorg kat Legoland. Mak Ayah pun kena kuat nak layan anak. Jangan lupa minum SHAKE, WHEY PROTEIN, dan TEAMIX. Ni memang produk power untuk fit family nak beraktiviti.
TIPS HOTEL LEGOLAND #5 : Toiletries provided, including tooth brush tooth paste
Tak payah beratkan beg bawak toiletries ye. Semua provided.
TIPS HOTEL LEGOLAND #6 : Air minum dalam bilik diberi 1L sehari. Dan lobi hotel ada COWAY!!
Siapa kaki minum air kosong macam family kami, memang sukalah ada Coway terus boleh refill air. Machine nye terletak dalam restaurant, tapi betul2 kat pintu. So masuk jela restaurant tu anytime of the day pun untuk refill air.
TIPS HOTEL LEGOLAND #7 : Ada hadiah untuk setiap keluarga yang check in hotel. So pastikan bila masuk bilik, anda selesaikan puzzle yang diberi, unlock box, ambik hadiah.
Hadiahnya bestlah. Biasanya Lego minifigures kalau beli RM10. Lately ni dapat Lego Friends jugak. Selalu ada 2-3 item hadiah dalam box tu. Seronok anak-anak dapat collect minifigures baru setiap kali check in hotel.
|
2 section room. Kids and adults section. Memang family friendly. Jangan lupa bawak Herbalife Products untuk healthy body walaupun bercuti! |
=======================
Sekian je sharing.
Kalau ada apa-apa soalan bolehla comment tanya. Saya pun tak tahu nak share apa lagi hehe.
Thank you for reading!!