Amalina Peter in Instagram @amalinapeter_coach ! #TeamSuriKurus

Khamis, 21 Disember 2017

Review Urut Bersalin Suzie Confinement Kuala Lumpur

Bismillah.

Kisahnya tahun 2013, lepas sah mengandung anak nombor 2, saya terus mencari urut bersalin area KL untuk urut selepas bersalin sepanjang pantang. Google punya google, kaji punya kaji, terjumpalah pengamal urut yang paling saya tertarik dengan, iaitu KAK SUZIE.

TIPS!! PERSEDIAAN URUT NI KENA BOOK AWAL!

Nak book confiment lady kena seawal 2-4 bulan pertama pregnant. Jangan dah nak beranak esok lusa baru call nak book urut bersalin, kalau macam tu boleh la tapi dapat siapa yang available je. Orang macam Kak Suzi ni memang tak available last minit macam tu.

So, lepas solat doa minta kat Allah supaya tak terbook orang yang tak best - (hahaha takut weyyy dapat confinement lady tak best. Sedih okeyyy. You can only pantang once after birth. LOLS. Nakla pantang dengan gembira dan relax kan. Dapat salah orang, jadi stress pulak.) - aku pun contact kak suzie untuk booking. Aku book untuk urut sepanjang pantang terus. -+ dalam 30 hari la total kot aku urut sepanjang pantang 44 hari tu.

Hari pertama Kak Suzie urut je dah rasa menyesal book 30 hari!!!

Sakitnyaaaaa Kak Suzie ni urut! Macam mana nak relax 30 hari T__T. Aduhhh. Nak cancel kang awkward pulak. Bertabah jela sakit sakit kena urut tu. Hahaha.

Hari pertama sakit nak nangis. Padahal urutnya biasa je. Tangan Kak Suzie lembut je. Bukannya sakit sebab urutannya kasar.
Hari kedua pun sakit. Adoii stress haha.
Hari ke tiga sakit, tp mula kurang.
Hari ke empat tak sakit langsung. Dah mula sedap.
Hari ke-7, boleh lupa pantang tau. Dah kuat, bertenaga, segar, cergas. Tapi still kena relax la sebab cepat letih kalau buas sangat.

Rupanya urut je sakit. Tapi badan cepat sihat MashaAllah.

Sebab anak first dulu berpantang dengan tukang urut lain, memang beza betul kesannya. Dulu, lepas 50 hari bersalin pun badan masih lenguh dan letih. Urut anak ke 2 dan anak ke 3 ni, lepas 7 hari dah rasa sihat (tapi takdela buaskan diri kan). Alhamdulillah.

Dah tu bila rasa sihat tu, mulala buat macam-macam kerja hahaha. By the time malam dah penat kemain. Tapi seronok sebab esok pagi ada orang datang urut. :p Tiap-tiap hari 'reset' badan. Lepas kena urut tu mesti tidur nyenyak terus berjam jam hehe. Yela bila badan letih lenguh, nak tidur pun tak nyenyak. Lepas kena urut tu memang deep sleep tau. Best sangat. Bila tidur cukup, recovery pun cepat. Mak happy, baby pun happy InsyaAllah.

Urut bersalin dan penjagaan pantang Suzie Confinement tahun 2017

Untuk tahun 2017 ni, anak ke 3, aku dah tak buat research la nak urut bersalin dengan siapa. Lepas je 4 bulan pregnant haritu terus mesej kak Suzie untuk book pakej 30 hari terus.

Kali ni aku pantang sendiri betul-betul. Takde maid. Husband pun buat Herbalife sama (full time work at home), jadi parents pun tak perlu datang jaga. Aku nak jugak penjagaan urut lepas bersalin tu sebab bantu hilangkan sakit-sakit sepanjang pantang (sakit urat susu, sakit nak demam, sakit badan dukung anak haha)

Yang bestnya untuk 2017 ni pakej Kak Suzie ada makanan sekali. BEST!! Sebab makanan tu yang penting nak ada orang masakkan tu.

PAKEJ 30 HARI TERMASUK : 
1. Tungku
2. Urut bersalin
3. Bengkung
4. Param Pilis
5. Lauk makan tengahari & makan malam yang sedap! (nasi masak sendiri ye)
6. Mandi baby (tapi aku mandi baby sendiri)


JEMPUT LIHAT MENU MAKANAN PANTANG SAYA YANG DISEDIAKAN OLEH SUZIE CONFINEMENT :


Makanan sedapnyaaa ya Allah!! Kari, tom yam, siakap steam, macam-macam lah lagi. Bahagia mak pantang. Lauk pulak banyak. Sayur pun banyak. Aku ni memang jenis makan banyak. Anak-anak sentuh pun tak bagi tau hahaha. Yelah dorang boleh makan apa saja. Kita yang pantang ni yang kelaparan kalau tak cukup makan.

Alhamdulillah anak kedua dan ketiga, aku puas hati dengan penjagaan urut bersalin Kak Suzie Confinement.

Ada orang kata urut ni macam bakar duit? Membazir je? Tak tahula korang, tapi aku memang rasa berubahan ketara before dan after urut dengan Kak Suzie. MasyaAllah.

Syukur sangat dengan blogger yang review tentang Kak Suzie ni 5 tahun lepas. Jadi harini aku pun tulis jugak mana tau dapat bantu mak mak lain yang kena pantang sendiri, mencari confinement lady yang berpengalaman dan boleh dipercayai.

Korang boleh google lagi memang banyak review dari blog lain cerita tentang Kak Suzie.

Siapa nak cuba boleh Whatsapp Kak Suzi pada nombor di bawah ya.

URUT BERSALIN SUZIE : 0163965821
(Fb Suzilawati Rusli)

Terima kasih

Btw, saya Herbalife Coach. 

Jadi kalau nak Herbalife boleh cari saya : KLIK SINI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...