Sabtu, 2 November 2013

Klinik Bersalin Wangsa Maju dan Sri Rampai

Bismillah.

Pantang-pantang ni paling banyak masa ber-blogging. Sementara tu bolehla share pasal klinik bersalin yang aku dah experienced. 


Both anak aku disambut oleh Dr Zanariah.





Pada tahun 2011, Asiyah disambut oleh Dr Zana di Pusat Perubatan Naluri di Wangsa Maju. 





Dr Zana ni merupakan referral daripada seorang saudara aku yang tinggal di Wangsa Maju jugak. Dia bersalin tiga anak dah dengan Dr Zana ni time tu. So aku agak confident la sebab aku memang ikut akak ni je semua benda. Daripada nikah, sampai kenduri, sampai doktor bersalin, sampai breast pump, sampai semuanyaaaaa aku rasa mostly aku copy akak ni. Sampai nak jadi cerita, condo kami tinggal pun sama. Heheh. Oke itu kebetulan la tak copy pun.


Time nak pilih klinik bersalin tu, memangla istikharah. Apa-apa pun Allah Maha Tahu semua benda. Istikharah antara Princecourt ataupun Naluri ni. So lepas istikharah, rasa nak pergi Naluri ni je.



REVIEW PUSAT PERUBATAN NALURI WANGSA MAJU (2011)


Nurse jaga lobi klinik - muka memang takde takde mood je. Tapi aku rasa bukan salah klinik pun. Nurse yang jaga kaunter lobi tu memang sorang je biasanya, kesimpulannya dialah yang bermasalah muka moody je. Nurse lain semua okey. Dan benda tu, bagi aku, tak effect kita pun. So lantak dialah.


Nurse ward bersalin & labor room - Perrghh MasyaAllah memang aku bagi bintang penuh punyalah. Handling time nak bersalin Asiyah dulu memang nurse yang jaga ward bersalin tu sangatttt memudahkan. Sampai lepas bersalin aku doa supaya Allah balas balik jasa baik dorang. Dua orang nurse tu memang pro, muka je garang tapi sabar dan sangat lembut dan baik dalam mengendalikan aku yang dah tak betul dalam labor room tu kan. Dorang assist aku breathing, guide step by step dengan sangat clear. Memang mudah je semua Alhamdulillah. Dan guidance mereka yang step by step dalam melahirkan Asiyah tu aku bawa sampai boleh guna time nak bersalin Amra.


Nursery Baby - Yang ini POOR. 10kali pesan nak full breastfeed pun tak faham-faham pergi sogok ana aku dengan formula milk jugak. Bengang gila. Memang bab ni aku mengamuk tahap meletop punyalah. Pastu semua buat muka bila aku pergi nursery nak breastfeed Asiyah. Macam menyusahkan ke apa. Bila buat muka bengang kat aku tu memang heartbreak betul la, lagi-lagi dia yang ditugaskan menjaga our newborn. Pasal nursery ni memang aku nangis everyday sebab marah sangat. 


Paediatric - Semua doctor locum. Kurang meyakinkan. 


Bilik - Aku ambik bilik deluxe, yang paling mahal. So bagi aku rate high jugaklah. Alhamdulillah semuanya selesa.


Makanan - Aku tak makan. Abang yang makan. Every meals Abang makan Abang cirit. -__-" HAHAH. So faham-fahamlah. 


Monthly check up - Biasanya kena tunggu 2 jam lebih. Tapi sebab dah biasa dengan jadual Dr Zana, aku selalu pandai cari masa yang memang aku sorg je customer akan datang time tu muahaha. So tak pernahla ada masalah menunggu lama selepas aku figure out bila klinik kosong. 


Jarak - 5 minit je dari rumah. Satu markah besar untuk aku pilih klinik ni. 


Dari segi labor room tak boleh comment sangat sebab Alhamdulillah beranak normal je. (Semoga terus dimudahkan untuk semua anak). Kalau ada complication ke apa, aku tak berani suggest apa-apa. Whatever it is the best adalah istikharah je. 



2 tahun berlalu, aku pun pregnant semula. Memang hati tetap nak dekat Dr Zana ni jugak. Tapi berat hati la pulak nak teruskan Naluri sebab sakit hati dengan Nursery Baby tu. Boleh tak dendam? Heheh. Dalam hati terus berdoa, selepas 6 bulan berjumpa Dr Zana setiap bulan, tiba-tiba dapat call yang Dr Zana dah pindah klinik. Bukak klinik baru. Pulakkk. Nervous gila time tu. Selamat ke bersalin kat klinik baru?


Istikharah lagi. Princecourt VS Klinik Baru Dr Zana? Lepas istikharah, rasa ringan hati nak teruskan dengan Dr Zana. So I choose...








Tunku Azizah Maternity Home namanya. Functional since July 2013. Setiap kali aku check up dengan Dr Zana, aku akan tanya, "Dah ada orang bersalin?". Cuak kot hahah. Doktor pun akan senyum-senyum je jawab berapa orang dah bersalin kat klinik baru ni. 




REVIEW TUNKU AZIZAH MATERNITY HOME SRI RAMPAI (2013)

Nurse jaga lobi klinik - Baik gila. Tapi I have in my mind, "Klinik baru kot, lama-lama nanti mulalah boring melayan pelanggan". Cehhh skeptikel jugak heheh.


Nurse ward bersalin dan labor room- Kurang berpengalaman berbanding Naluri, maybe sebab belum cekap lagi. Time bersalin Asiyah kat Naluri dulu aku ingat ada 9 baby hari yang sama. Nurse confirmla kena cekap gila. Kat Tunku Azizah ni hari aku bersalin ada 2 baby je. Amra dan baby lagi satu. Walaupun kurang pantas, tapi still markah memang BAIK SANGAT MasyaAllah. Dorg melayan ragam aku macam budak manja habis. Setiap benda yang aku cakap akan disambut dengan senyuman yang sangat soothing. So still, aku suka.


Nursery Baby - Dorg memang bagi full breastfeed. Setiap kali baby berak just panggil je nurse, nurse akan datang untuk tukarkan pampers. So macam smooth jugak. 


Paediatric - Locum jugak, cuma doktor tu full time di HKL. Lebih meyakinkan. 


Bilik - Aku ambik bilik deluxe, yang paling mahal jugak. Ada balcony, tapi jangan bukak balcony tu nyamuk masukkkk. -__-. Tapi still selesa.


Makanan - Aku tak makan jugak. Dan aku rasa no one makan sebab dah pernah ada bad experience so couldn't rate on this. Heheh.


Monthly check up - Sama jugak, ikut jadual Dr Zana yg time-time takde orang. So tak pernah berpengalaman menunggu lagi. 


Jarak - Sama jugak 5 minit je dari rumah. 


Dari segi labor room pun sama jugak tak boleh comment sangat sebab Alhamdulillah beranak normal je. (Semoga terus dimudahkan untuk semua anak). Kalau ada complication ke apa, aku tak berani suggest apa-apa. Whatever it is the best adalah istikharah je. 




Takde benda yang aku sesalkan dalam memilih klinik baru Tunku Azizah Maternity Home ni sebagai tempat bersalin 2nd baby, Alhamdulillah. Allah pun dah janji, takkan menyesal orang yang beristikharah. So beristikharahlah dalam memilih klinik bersalin. 


Dan bagi aku, selain Doktor yang bagus, Nurse yang bagus juga sangattttt penting. Ngeri je bila dengar cerita nurse2 yang tak berapa caring, mulut jahat. Kat labor room tu kita dah tak berapa waras dalam berfikir sebab sakit sangat. Nurse kenalah betul-betul caring. Alhamdulillah 2 kali bersalin ni memang semua nurse yang aku jumpa caring. Bila sakit contraction tu diusap-usapnya kepala aku, usap perut. Macam nak sambut ahli keluarga sendiri je. *touching*



REVIEW DOKTOR ZANA


Dr Zana tak banyak cakap orangnya, which is fine for me. Kalau nak tahu lebih-lebih kena rajin tanya, which aku pulak selalu tak tanya apa-apa pun. Kak Ain pun bersalin Balqis dengan Dr Zana, Kak Ain kata dia banyak bertanya so Dr Zana banyaklah bercakap. Hahah. 


Yang bestnya bersalin dengan Dr Zana, tengah-tengah sakit tu mesti dia baca "Lailahaillaanta Subhanakainnikuntum minazzalimin" dan "Astaghfirullahalazim." Dah dalam labor room tu semua benda yang kita hafal jadi lupa. It's nice when the doctor yang menunggu anak kita tu sendiri yang mengucapkannya, dan kita hanya ikut. And seriously, zikir-zikir ni sangat menenangkan.


Tak padan dengan muka serious, bila aku merepek dalam labor room tu Dr Zana selalu senyum-senyum je. 




Dan yes kerana istikharah juga, Alhamdulillah overall aku happy dengan pengalaman bersalin aku. Semua tempat ada pros cons, tapi kita doa kat Allah untuk dapat yang terbaik. Jangan guna akal sendiri lebih dari tanya Allah, kelak menyesal. 



Bab harga aku tak boleh nak review. We women, are good at telling our husband apa yang kita nak. Pastu yang kena settle bab duit dan budget tu suami lah. Heheh. So itu suami aku bolehla review which of course he wont sebab die takde blog. Cuma aku pasti harga Naluri dan Tunku Azizah lebih kurang sama. 



Siapa yang dah bersalin kat Pusat Perubatan Naluri bersama doktor barunya, ataupun kat Tunku Azizah Maternity Home, bolehla share pengalaman anda di comment. Boleh membantu ibu-ibu yang sedang mencari tempat bersalin! Thanks!! ^__^



To all preggers, keep praying!! Allah with you. ;D




TURUN BERAT BADAN SELEPAS BERSALIN?

PROGRAM KURUS 30 HARI 


Facebook: Amalina Peter
FB Page: Coach Ina Ab
Instagram: @amalinapeter_coach
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...