Khamis, 16 Oktober 2014

Legoland Malaysia Review

Bismillah.

I would say, trip ke Legoland Hotel, Water park, and Theme park minggu lepas, was one of the best vacation ever. 


Things to understand before you read further, and you have to know my opinion is based on my situations. 



Benda paling penting untuk aku consider dalam vacation adalah:


1) Young children friendly vacation. Kalau tak sesuai untuk young kids memang tak best lah. 


2) Fun Density place. "All in one place" thing- is more favourable than a vacation yang kena gerak banyak


3) Facilities- kedai runcit, kedai makan. 


4) Comfortable hotel.



LEGOLAND HOTEL


It was amazing MashaAllah. It's more than I expected. Bravo Legoland. 


Kenapa amazing?


With the price only RM650 per night (check the website we will pick the cheapest rate and avoid peak time), you'll get these


STANDARD ROOM:


  • This room can sleep up to 5 persons (Maximum 3 Adults per room)
  • King size bed
  • High-definition flat panel television
  • Kids’ own sleeping area with bunk bed, pull out trundle bed and entertainment unit (sleeps up to 3)
  • Treasure hunt (dapat free souvenir tauuu best best!)
  • LEGO bricks to build with during your stay (so kids can still play in the room)
  • Air conditioning
  • Mini-fridge
  • Coffee maker
  • Vanity/work station
  • Hairdryer
  • Complimentary toiletries

Free fridge magnets, buku. Tak tahulah memang sentiasa ada atau hadiah permulaan je.
The hotel is really focusing on making kids happy. 
My girl just wanna wear this slipper all the time. -__-"



Di samping keadaan bilik yang memuaskan, they also have lots of incredible things in the LOBBY. 




LEGOLAND HOTEL LOBBY

1) Lego pool.  Kalau hotel lain ada fountain air menyambut kita di lobi, Legoland hotel pulak yang menyambut kita lego pool. And your kids can inside jump into the pool and it's even fine. Kecuali memang sakit la badan lompat dalam lego tajam kan hehe.








It's brilliant. MashaAllah. Kalau macam ni, singgah Legoland Hotel je pun cukup tak payah masuk theme park. :'D


2) The Giant Brick Lego

This is another brilliant thing they put in the lobby. 

Giant Lego Soft Brick.


Boleh buat rumah. 

See? Everyone is working together. Awesome!! 

3) Restaurant with colouring table







So that's about the hotel. Kalau nak datang lagi memang okey je. 


LEGOLAND WATERPARK

Waterpack nye tak besar sangat tapi banyak jugak benda. Kalau tengok saiz boleh complain "Ni je? Berapa harga ticket tu kite bayar???" But if you engage yourself in the detail, you'll find it very fun. 

Since both my girls are still under the age of 4, ni jelah benda-bendanya:

The 4 areas

1- The 'ocean' aka Lego Wave Pool

Nothing much here. It's like an ocean. and The wave is really strong.


Life jacket for kids available everywhere. Cool. :)




2- Build A Raft RIVER (I give 5 star for this!)


Mula-mula ingatkan sama macam Sunway Lagoon River, lompat dalam ni berenang je ikut air. Tapi supanya kita literallty BUILD A RAFT dari sini. 




Now here's the game

First, you have to collect as many lego bricks as you can. Ingat senang?? Ada ramai budak dan parents lain nak bricks jugak! Dah mcm Hunger Games berebut Bricks.

HARD WORK!! Lols.

And then, you have to build a raft at the river side. This is a job for 2-3 people. Sorg jadi jaga supaya takde org sneaky datang pelan2 nak curi bricks kite.

And thennn... Lepas dah buat raft tu, kena test pulak. For us? Buat 2 raft, 2 jugak yg hancur terus once masuk air. LOLS. 


We spent half of the time here, because our kids aren't old enough to play at other areas.

3- Duplo Animal Safari




Ada slide. Win. End of story. Hehe.


4- Joker Soaker
  


in between the area, there are Imagination Station, kind of lego table but with water. Okelah.




LEGOLAND THEME PARK

Overall memang best. It's our 2nd time pergi the theme park ni. It's great. It's worth it. It's tiring! 

:'D My husband and I, None of us are into the rides, so our day in the theme park on the playground, the build and test room, driving school, boat riding school. 





For only RM35 the kids will get their first driving license with photo!! Cute!!

THE PRICE

We book the whole package of: 

2 days 2 parks Combo, for 3 adult (us and bibik) 1 child (infant free)
Hotel room for 3 days 2 nights

for around RM2000.

It's not that expensive berbanding value nye. It's kind of subjective. Depends on how you value it. 


TIPS

1. Check cuaca haritu. Dan DOA DOA DOA tak panas sangat dan tak hujan.

2. Avoid pergi waktu peak time, waktu cuti sekolah. Nanti semua cerita kat atas jadi tak real. Hehe. Tapi kalau takde choice nak buat macam mana. Doa jelah yang terbaik. Manage expectations. 

3. Bawak air secukupnya. 

4. Bawak GUARANA TEA HERBALIFE untuk energy booster. SANGAT PERLU!!

5. Sentiasa check Legoland website untuk promosi harga.



I'm proud of Malaysia for this. I hope Legoland will maintain it's quality. 

Thank you for reading!!



Follow IG: @amalinapeter_coach
Our other travel journey : IG #InaAbandKidsTravel

Rabu, 18 Disember 2013

Baby Wrapping Baby Ktan

Bismillah.

Aku masih tak berapa functional sangat untuk menulis blog. Jammed sangat otak. Tapi nak share jugak sebab Baby Wrap yang aku guna sekarang ni MasyaAllah sangat best!

Namanya Baby K'Tan Breeze. Moto nya: "The Baby Wrap without all the wrapping."

Asalnya aku mencari baby wrap since sebelum Amra dilahirkan lagi. Dah pernah ada anak pertama, so bila nak mai anak kedua ni, aku dah tahu serba sedikit things that I really really need, and things that I don't really need. 


KENAPA PERLUKAN BABY WRAP?

1) Certain tempat yang kita nak jalan sangat tak stroller friendly. Contohnya main shooping place aku adalah KLCC. Lift kat hujung-hujung, pastu orang Malaysia ni bukannya berakal sangat bab-bab nak bagi keluarga ber stroller naik lift dulu. Semua nak berebut sekali. So for things to change you have to change, aku pun memilih untuk baby wrap jela kalau pergi tempat-tempat macam ni.

2) Baby ni kadang-kadang kan susah nak tidur. Time Asiyah dulu aku dah berpengalaman terganggu kerja for 2-5 hours. WHY? Sebab dah siap-siap susukan, bila letak je nangis. Angkat balik, tidurkan balik, letak nangis lagi. WHATTTTTT??? T__T Penat tau. So bagi mengelakkan aku nangis sebab penat tak habis-habis,  kalau dakapkan ke badan je most of the time baby akan nyenyak terus tak bangun-bangun. Heheh. 

3) Kalau anak nak berdukung je pun kite boleh buat kerja lagi.

4) Bonding-bonding. Time wrap kat badan tu, baby boleh dengar heartbeat mommy, rasa warm body heat, and kalau dia terjaga dari tidur, dia akan pandang je muka kite. Seriously I have experienced.

5) Berguna sangat kalau taknak guna 2 strollers bila ada 2 anak. Bila si kakak nak tidur kat stroller, si adik kita ikat ke badan je. 


KENAPA BABY KTAN?

1) Carrier jenis kain, yang juga dipanggil baby wrap, menyerupai orang-orang kampung punya cara kendong anak, which is the best. Tak mengganggu development badan baby. Sometimes the best way is the traditional way.

2) It's safe and comfortable for mom and baby Subhanallah. Kadang tu baby carrier tak ngam dengan anak kita. Kepala terkeluar, menyebabkan kite kena pegang kepala anak kita walaupun dia dalam carrier. Takdelah handsfree sangat. Baby Ktan ni totally handsfree sebab boleh masukkan kepala baby dalam kain tu kalau dia tidur. Macam Kangaroo dah.





3) Kalau buat aktiviti lasak-lasak pun tak sedar ada baby tengah melekat dengan kita. Hahah. Seb baik cacing-cacing ni tak jatuh kat Amra -__-"




4) Boleh guna sekecil-kecil baby sampaila ke usia 2 tahun. So takdela nak kena beli lain for different age. Cuma bila baby tu less than 1 month lagi, maybe macam susah sikit sebab tak reti dan tak confident tengok anak dalam tu. Tp once baby have developed full stretch on their legs, dah boleh buat position macam yang aku selalu pakai ni. Best sangat Alhamdulillah.








Poster Info Baby Ktan


Baby Ktan Breeze, ada lubang-lubang. So perfect dengan cuaca Malaysia yang 30 Degree Celcius ni. Jangan beli yang bukan Breeze. Kesian anak tu kena kukus berpeluh-peluh haa. T__T



Untuk pembelian Baby Ktan Malaysia hanya melalui JASMINE LOVE 0192186919



HERBALIFE MOM

Sabtu, 2 November 2013

Klinik Bersalin Wangsa Maju dan Sri Rampai

Bismillah.

Pantang-pantang ni paling banyak masa ber-blogging. Sementara tu bolehla share pasal klinik bersalin yang aku dah experienced. 


Both anak aku disambut oleh Dr Zanariah.





Pada tahun 2011, Asiyah disambut oleh Dr Zana di Pusat Perubatan Naluri di Wangsa Maju. 





Dr Zana ni merupakan referral daripada seorang saudara aku yang tinggal di Wangsa Maju jugak. Dia bersalin tiga anak dah dengan Dr Zana ni time tu. So aku agak confident la sebab aku memang ikut akak ni je semua benda. Daripada nikah, sampai kenduri, sampai doktor bersalin, sampai breast pump, sampai semuanyaaaaa aku rasa mostly aku copy akak ni. Sampai nak jadi cerita, condo kami tinggal pun sama. Heheh. Oke itu kebetulan la tak copy pun.


Time nak pilih klinik bersalin tu, memangla istikharah. Apa-apa pun Allah Maha Tahu semua benda. Istikharah antara Princecourt ataupun Naluri ni. So lepas istikharah, rasa nak pergi Naluri ni je.



REVIEW PUSAT PERUBATAN NALURI WANGSA MAJU (2011)


Nurse jaga lobi klinik - muka memang takde takde mood je. Tapi aku rasa bukan salah klinik pun. Nurse yang jaga kaunter lobi tu memang sorang je biasanya, kesimpulannya dialah yang bermasalah muka moody je. Nurse lain semua okey. Dan benda tu, bagi aku, tak effect kita pun. So lantak dialah.


Nurse ward bersalin & labor room - Perrghh MasyaAllah memang aku bagi bintang penuh punyalah. Handling time nak bersalin Asiyah dulu memang nurse yang jaga ward bersalin tu sangatttt memudahkan. Sampai lepas bersalin aku doa supaya Allah balas balik jasa baik dorang. Dua orang nurse tu memang pro, muka je garang tapi sabar dan sangat lembut dan baik dalam mengendalikan aku yang dah tak betul dalam labor room tu kan. Dorang assist aku breathing, guide step by step dengan sangat clear. Memang mudah je semua Alhamdulillah. Dan guidance mereka yang step by step dalam melahirkan Asiyah tu aku bawa sampai boleh guna time nak bersalin Amra.


Nursery Baby - Yang ini POOR. 10kali pesan nak full breastfeed pun tak faham-faham pergi sogok ana aku dengan formula milk jugak. Bengang gila. Memang bab ni aku mengamuk tahap meletop punyalah. Pastu semua buat muka bila aku pergi nursery nak breastfeed Asiyah. Macam menyusahkan ke apa. Bila buat muka bengang kat aku tu memang heartbreak betul la, lagi-lagi dia yang ditugaskan menjaga our newborn. Pasal nursery ni memang aku nangis everyday sebab marah sangat. 


Paediatric - Semua doctor locum. Kurang meyakinkan. 


Bilik - Aku ambik bilik deluxe, yang paling mahal. So bagi aku rate high jugaklah. Alhamdulillah semuanya selesa.


Makanan - Aku tak makan. Abang yang makan. Every meals Abang makan Abang cirit. -__-" HAHAH. So faham-fahamlah. 


Monthly check up - Biasanya kena tunggu 2 jam lebih. Tapi sebab dah biasa dengan jadual Dr Zana, aku selalu pandai cari masa yang memang aku sorg je customer akan datang time tu muahaha. So tak pernahla ada masalah menunggu lama selepas aku figure out bila klinik kosong. 


Jarak - 5 minit je dari rumah. Satu markah besar untuk aku pilih klinik ni. 


Dari segi labor room tak boleh comment sangat sebab Alhamdulillah beranak normal je. (Semoga terus dimudahkan untuk semua anak). Kalau ada complication ke apa, aku tak berani suggest apa-apa. Whatever it is the best adalah istikharah je. 



2 tahun berlalu, aku pun pregnant semula. Memang hati tetap nak dekat Dr Zana ni jugak. Tapi berat hati la pulak nak teruskan Naluri sebab sakit hati dengan Nursery Baby tu. Boleh tak dendam? Heheh. Dalam hati terus berdoa, selepas 6 bulan berjumpa Dr Zana setiap bulan, tiba-tiba dapat call yang Dr Zana dah pindah klinik. Bukak klinik baru. Pulakkk. Nervous gila time tu. Selamat ke bersalin kat klinik baru?


Istikharah lagi. Princecourt VS Klinik Baru Dr Zana? Lepas istikharah, rasa ringan hati nak teruskan dengan Dr Zana. So I choose...








Tunku Azizah Maternity Home namanya. Functional since July 2013. Setiap kali aku check up dengan Dr Zana, aku akan tanya, "Dah ada orang bersalin?". Cuak kot hahah. Doktor pun akan senyum-senyum je jawab berapa orang dah bersalin kat klinik baru ni. 




REVIEW TUNKU AZIZAH MATERNITY HOME SRI RAMPAI (2013)

Nurse jaga lobi klinik - Baik gila. Tapi I have in my mind, "Klinik baru kot, lama-lama nanti mulalah boring melayan pelanggan". Cehhh skeptikel jugak heheh.


Nurse ward bersalin dan labor room- Kurang berpengalaman berbanding Naluri, maybe sebab belum cekap lagi. Time bersalin Asiyah kat Naluri dulu aku ingat ada 9 baby hari yang sama. Nurse confirmla kena cekap gila. Kat Tunku Azizah ni hari aku bersalin ada 2 baby je. Amra dan baby lagi satu. Walaupun kurang pantas, tapi still markah memang BAIK SANGAT MasyaAllah. Dorg melayan ragam aku macam budak manja habis. Setiap benda yang aku cakap akan disambut dengan senyuman yang sangat soothing. So still, aku suka.


Nursery Baby - Dorg memang bagi full breastfeed. Setiap kali baby berak just panggil je nurse, nurse akan datang untuk tukarkan pampers. So macam smooth jugak. 


Paediatric - Locum jugak, cuma doktor tu full time di HKL. Lebih meyakinkan. 


Bilik - Aku ambik bilik deluxe, yang paling mahal jugak. Ada balcony, tapi jangan bukak balcony tu nyamuk masukkkk. -__-. Tapi still selesa.


Makanan - Aku tak makan jugak. Dan aku rasa no one makan sebab dah pernah ada bad experience so couldn't rate on this. Heheh.


Monthly check up - Sama jugak, ikut jadual Dr Zana yg time-time takde orang. So tak pernah berpengalaman menunggu lagi. 


Jarak - Sama jugak 5 minit je dari rumah. 


Dari segi labor room pun sama jugak tak boleh comment sangat sebab Alhamdulillah beranak normal je. (Semoga terus dimudahkan untuk semua anak). Kalau ada complication ke apa, aku tak berani suggest apa-apa. Whatever it is the best adalah istikharah je. 




Takde benda yang aku sesalkan dalam memilih klinik baru Tunku Azizah Maternity Home ni sebagai tempat bersalin 2nd baby, Alhamdulillah. Allah pun dah janji, takkan menyesal orang yang beristikharah. So beristikharahlah dalam memilih klinik bersalin. 


Dan bagi aku, selain Doktor yang bagus, Nurse yang bagus juga sangattttt penting. Ngeri je bila dengar cerita nurse2 yang tak berapa caring, mulut jahat. Kat labor room tu kita dah tak berapa waras dalam berfikir sebab sakit sangat. Nurse kenalah betul-betul caring. Alhamdulillah 2 kali bersalin ni memang semua nurse yang aku jumpa caring. Bila sakit contraction tu diusap-usapnya kepala aku, usap perut. Macam nak sambut ahli keluarga sendiri je. *touching*



REVIEW DOKTOR ZANA


Dr Zana tak banyak cakap orangnya, which is fine for me. Kalau nak tahu lebih-lebih kena rajin tanya, which aku pulak selalu tak tanya apa-apa pun. Kak Ain pun bersalin Balqis dengan Dr Zana, Kak Ain kata dia banyak bertanya so Dr Zana banyaklah bercakap. Hahah. 


Yang bestnya bersalin dengan Dr Zana, tengah-tengah sakit tu mesti dia baca "Lailahaillaanta Subhanakainnikuntum minazzalimin" dan "Astaghfirullahalazim." Dah dalam labor room tu semua benda yang kita hafal jadi lupa. It's nice when the doctor yang menunggu anak kita tu sendiri yang mengucapkannya, dan kita hanya ikut. And seriously, zikir-zikir ni sangat menenangkan.


Tak padan dengan muka serious, bila aku merepek dalam labor room tu Dr Zana selalu senyum-senyum je. 




Dan yes kerana istikharah juga, Alhamdulillah overall aku happy dengan pengalaman bersalin aku. Semua tempat ada pros cons, tapi kita doa kat Allah untuk dapat yang terbaik. Jangan guna akal sendiri lebih dari tanya Allah, kelak menyesal. 



Bab harga aku tak boleh nak review. We women, are good at telling our husband apa yang kita nak. Pastu yang kena settle bab duit dan budget tu suami lah. Heheh. So itu suami aku bolehla review which of course he wont sebab die takde blog. Cuma aku pasti harga Naluri dan Tunku Azizah lebih kurang sama. 



Siapa yang dah bersalin kat Pusat Perubatan Naluri bersama doktor barunya, ataupun kat Tunku Azizah Maternity Home, bolehla share pengalaman anda di comment. Boleh membantu ibu-ibu yang sedang mencari tempat bersalin! Thanks!! ^__^



To all preggers, keep praying!! Allah with you. ;D




TURUN BERAT BADAN SELEPAS BERSALIN?

PROGRAM KURUS 30 HARI 


Facebook: Amalina Peter
FB Page: Coach Ina Ab
Instagram: @amalinapeter_coach
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...