Memaparkan catatan dengan label Cuti sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuti sekolah. Papar semua catatan

Ahad, 10 September 2017

Cameron Highland 3 Hari 2 malam : Aktiviti Kami

Ni nak share itinerary kami ke CH dua minggu lepas, pada 24 Aug - 26 Aug 2017. 3 hari 2 malam. 

Pada asalnya saya google dan research betul-betul jugak aktiviti menarik di Cameron Highland, tempat menarik untuk dilawati di Cameron Highland. Lepas dah senaraikan semua, kena cross aktiviti-aktiviti yang tak sesuai untuk ibu mengandung 6 bulan ni. ;D 

Pastu saya rujuk peta sebab Cameron Highland ni jalannya macam satu garis lurus kan. Dari Tapah akan jumpa Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, bahagia Pasar Kea, pastu jalan ke Simpang Pulai. So taknakla buat itinerary kena kenal pasti kawasan-kawasan situ supaya effective dan tak buang masa. 




CAMERON HIGHLAND ITINERARY. 24 AUGUST - 26 AUGUST
Route pergi : TAPAH. Route balik : SIMPANG PULAU. HOTEL : ROSA PASADENA

HARI PERTAMA : KHAMIS

Patutnya kami gerak dari KL jam 8 pagi. Tapi plan kena tukar sebab tak siap pack barang lagi. Heheh. Jadi kami gerak jam 12 tengahari. Membazirla sikit masa, kalau tak boleh spend more time atas bukit heheh.

12 pm : depart from home (Tapah Route)

Singgah LATA ISKANDAR on the way naik


Tak plan pun nak turun kat Lata Iskandar ni. Tapi bila lalu tu kosong je takde orang, singgahla kejap ambik gambar dan celup-celup kaki sikit. Hehe. Kalau siapa yang rajin tu bolehla siap untuk mandi terus. 

CAMERON VALLEY TEA HOUSE, (between Ringlet dan Tanah Rata)

3 pm : Tea at Cameron Valley Tea House 1

Saya dan husband memang paling suka singgah lama-lama sikit kat cafe ni, minum dua gelas teh tarik terus. Heheh. 

Tea house kat sini ada 2. Yang Tea House 1 parking sangat sikit. Kami sampai Khamis, belum cuti sekolah lagi, jadi senangla cari parking. Kalau datang weekend atau cuti sekolah, memang jauhla parking tepi jalan. 

Kalau pergi depan sikit ada Tea House 2, yang itu banyak parkingnya. Itupun masih penuh jugak waktu cuti sekolah. 

Permandangan cantik, minum teh tarik lama-lama ni seronoklah.

Ada banyak jenis air kt sini. Tapi Teh Tarik pilihan kami hehehe. Sedap kalau ada karipap jugak, malangnya dorg dah tak hidang karipap. Semua menu western je :(

Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands 

4 pm : depart to MARDI Agrotech 

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak – Kanak RM 3.00

Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (8.00am-12.45pm)
Sabtu-Ahad (8.00am – 5.00pm)
Jumaat (8.00am – 12.30pm / 2.30pm – 5.00pm)

Lokasi: JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.


Walaupun banyak kali ke CH, ni first time kami ke Mardi Agro Tech park. Best rupanya tempat ni untuk yang ada anak-anak kecil!

Cumanya kami pergi harini time bukan cuti sekolah/bukan weekend. So tak meriah sangat. Tapi still okey. Boleh makan ais krim.


Rupa-rupanya budak-budak ni suka sangat tengok bunga! Tak sangka! Kalau ikut perangai Mama dorg, tengok  bunga ni memang bosan betul. Lama dorg jalan sini belek2 bunga. Saya duduk tepi je dengan husband.

Peminat bunga

Ada periuk kera. So kelas biology kejap ajar anak-anak tentang pokok ni.

Ais krim Al Mashoor Mardi yang famous ni. SERIOUSSSSSS SEDAP SANGAT!! Rasa home made, rasa fresh. Kitorg makan banyak sangat! Harga RM4 satu.

PS : Yang ada anak perempuan tu, jangan lupa bagi buat inai kat situ. RM5 satu tangan. Tapi akak inai tu bagi adiknya buat free je. Budak-budak ni suka sangat MARDI sebab dapat inai dan ais krim sedap. 

Check-in Hotel Rosa Passadena, Brinchang

6 pm : CHECK IN HOTEL. REST.

Mula-mula nak check in homestay je. Banyak homestay apartment kat CH ni. Tapi bila fikir nak makan breakfast hotel (sebab mak buyung ni nak makannn je haha), carila hotel yang ada breakfast sekali.

Saya pilih Rosa Passadena sebab tandas dia ada bath tub. So bolehla budak-budak ni main, tak bosan kat hotel, waktu kami nak rehat. Lagipun biliknya luas sangat. Senang nak jaga anak-anak.

Kebersihan : 3 bintang
Luas : 5 bintang
Breakfast : 4 bintang untuk rasa, 3 bintang untuk choices (ada nasi lemak, roti, bubur, dan teh/kopi sahaja)

Lain-lain okey je Alhamdulillah.

Makam malam di Restoran Taman Abang Streamboat dan Grill

8 pm : Dinner 

Ingatkan steamboat mcm kat Johnny's tu. Rupanya buffet, pastu ada griller sekali. Seronok lahhh kami mencuba benda baru. Pastu siapa tak suka buffet kan. Makan makan makannnn. 

Harga RM40 seorang (tak silaplah. Tak berapa ingat harga ni)
Kanak-kanak murah sikit. 
Adik paling kecik tu percuba. 



Kami suka makan real food real protein. Apa lagi, banyak betul refill kambing!! Hahah. Sedap woi kambing. Alhamdulillah.  

Husband jadi tukang grill sorg-sorg. Wife makan sambil jaga anak hehehe. Udang pun refill banyak kali sebab budak-budak tu peminat udang. Makan nasi dengan udang je. 
Lagi satu yang budak-budak refill sampai last adalah ais krim. Haaa. Punyalah besar perut keluarga Herbalife. Sebab tulah kena ada Herbalife. Kalau tak masing-masing dah gemuk dah ni hahah.

HARI KEDUA : JUMAAT

Lepas sarapan pagi, pukul 10 pagi mcm tu kami gerak jalan-jalan ke Taman Sedia. 

TAMAN SEDIA : Al Mashoor, YZ Agro Farm & Cafe, KHM Strawberry & Jam, 200 Seeds Cafe Abang Strawberry (Nasi Lemak Sambal Strawberry)

Taman Sedia ni perkampungan Melayu kat Cameron Highlands. Lokasi Kampung Taman Sedia terletak antara pekan Tanah Rata dan Brinchang. Kat sini ada banyak ladang strawberi dan ladang sayur yang diusahakan oleh kaum bumiputra. Ada ladang yang kita boleh petik buah strawberi sendiri dan ada yang dijual yang telah siap dibungkus.

Kami tak petik sendiri sebab time pergi tu tengok semua farm pun tengah tak banyak buah. So beli mana yang sedia ada je. 

Bagi saya kampung ni best lah sebab ada banyak cafe yang boleh dicuba. Antara yang paling famous adalah Scone di YZ Agro Farm and Cafe.

Setelah google dan search reviews, top nama yang disebut kat Taman Sedia ni adalah :

Taman Agro Al Mashoor

Masa buka : 8.30am - 5.30pm

Katanya cafe ni ada macam-macam, tapi yang betul best cuma ais krim strawberry tu jela. (Yang sama dengan kat MARDI jugak). Strawbery cicah coklat rasa biasa-biasa je. 

makan strawberry sungguh-sungguh



YZ Agro Farm and Cafe

Masa buka : 8.30am-6pm

Baca kat review, kat cafe ni ada macam-macam makanan. Dan scone sini terbaik kata review kat internet. Tapi bila kami pergi semua takde. Maybe bukan cuti kot jadi supply tak banyak. T__T Tulah keburukan bila pergi waktu bukan cuti sekolah.

KHM Strawberry and Jam

Masa buka : 8.30am - 6pm

Ladang strawberry, ada buah anggur sekali. Review sini pun best orang kata. Tapi sama la jugak sebab bukan cuti, tak banyak benda dan cepat habis. So jalan-jalan tengok kawasan jelah. 

200 Seeds Cafe Abang Strawberry

Kedai ni famous dengan Nasi Lemak Sambal Strawberry. Lepas makan pun boleh kutip buah Strawberry kat ladang nya. 

Berhadapan dengan restoran ni ada gerai jual Strawberry tepi jalan. Kat situ kami beli buah Strawberry yang paling fresh, besar, dan berkualiti berbanding tempat lain. Tak tahulah lain masa lain pulak hasilnya. 

Sambal strawberry tu sedap. Tapi sikit sangatt. Heheh. Makan tengahari sini terus.


Taman Kea, Taman Rama-Rama, Orchid and Rose Garden

12 pm : KEA FARMButterfly FarmOrchid & Rose Garden

Kawasan Kea ni ada banyak kedai, strawberry farm, pasar. Since dah puas dapat Strawberry kat Taman Sedia, kami tak tengok pasar dan kawasan Strawberry nye. Layan budak-budak ni singgah Taman Rama-Rama dan Orchid and Rose Garden. 

Taman Rama-Rama Kea



Orchid and Rose Garden



Boh Tea Center Sungai Palas

Dah pukul 2pm tu macam banyak lagi masa. Jadi kami pun decide jalan masuk je Boh Tea Center Sungai Palas. 


Mak buyung mendaki nak ke cafe. 

Rasa biasa-biasa je. Bolehla enjoy view.

Teh Tarik kurang umph.  
Let's just enjoy our view and our hike. 

Pasar Malam Sungai Ruil 

Sebab semua orang kata tempat wajib, kitorg pun pergi jelah. Pastu tak beli apa-apa pun dan takde gambar pun. Hahah. Takpela wajib jalan-jalan jelah.


HARI KETIGA : SABTU

Harini dah start cuti! Jadi mulalah merasai azabnya traffic jam. 

Sepatutnya jadual kami hari last ni adalah berikut :
(Balik melalui Simpang Pulai sebab nak jalan-jalan lagi. Naik haritu dah lalu Tapah)

Cameron Lavender Garden
Cameron Valley Tea House Kuala Terla
Avant Chocolate / Green View Garden

WALAU BAGAIMANA PUN, sebab tengok jem teruk sangat kat kawasan Kea, dan saya pun lepas 2 hari non stop makan, badan dah tak sihat. Kami decide untuk turun melalui Tapah jugak. 

Anak-anak pun tak habis-habis doa supaya kami singgah Mardi Agro Tech park lagi. Jadi doa mereka termakbul lah. 

Kami check out hotel 12pm. Relax je lambat-lambat. Pagi tu lepas makan Nasi Lemak kat hotel, minum SHAKE COOKIES AND CREAM HERBALIFE pulak. Bagi badan segar balik. Sakit wooo badan mak buyung 7 bulan bila makan macam-macam ni. 

Shake dulu!! 

Ke Agro-Technology Park Mardi lagi

 Budak-budak suka sangat sini. Kami pun boleh la layan


Makan ais krim ni lagiii. Hehehe

Ada tempat Arnab

Cuti sekolah dah mula. Baazarnya pun meriah




Singgah CAMERON VALLEY TEA HOUSE lagi otw turun

Badan dah letih-letih tu, memang mengidam shake jela sepanjang masa. Tapi gigih juga habiskan sisa terakhir kami di Cameron Highland untuk minum Teh Tarik jugak hahah. Walaupun dalam hati hanya ada Herbalife Shake.



Layan Spider Girl kejap. Next time datang kena bawak proper Sports Shoe untuk anak-anak jalan trekking betul-betul.

Layan jiwang pulak sebab dia dah ngantuk

Travel jauh macam mana pun, ini lah TEH TERBAIK yang saya paling suka.
Antioxidant
Detox
Tingkatkan metabolisma
Tambah tenaga
Bantu kawal appetite

Banyaknyaa kebaikan Teh ni. Jadi, memang tak shopping Teh langsung nanti expired je. Heheh. Sebab satu rumah kami semua minum Teh Herbalife jee. 

Ada macam-macam flavour pulak tu!

Green Tea / Pomegranate Tea

Lemon Hibiscus Tea, Peach Tea

Korang nak teh yang mana? ;D


Sekian sharing tentang journey kami ke Cameron Highland baru-baru ni.


Rabu, 4 Februari 2015

Tempat menarik untuk bawa anak-anak di Kuala Lumpur

Bismillah.

Tinggal kat KL tapi bila nak berjalan weekend je fikir complicated sangat nak kena pergi Melaka lah (oh Melaka memang OSEM sangat MashaAllah with the Safari Afamosa, Taman Buaya, Taman Rama-Rama, etc), Langkawi, Legoland, Singapore, pastu lama-lama makin jauh. Lama-lama jadi 'numb' dengan pelancongan. Bila dah mula sedar semua tak berapa menghargai benda hebat-hebat yang memakan masa dan duit itu, kami pun mula memilih aktiviti yang simple and efektif. Back to basic lah kira. At the same time ajar anak untuk have fun in any circumstances. 


Best sebenarnya KL dan Selangor ni. Macam-macam ada. And I'm sure I haven't explore many things yet. So if you have any other places yang menarik for todders and young children, do drop by your experience in the comments ya!!! Cant' wait to explore more!! :)



TEMPAT MENARIK UNTUK ANAK DI KUALA LUMPUR, PERCUMA

There are actually quite banyak free choices you can do with your kids on weekend in KL. Untuk PERCUMA ni, bolehla kita amalkan lebih kerap. Anak happy, kita happy, semua happy. 


1. Outdoor Playgrounds. Tahukah anda KL ni BANYAK SANGAT playground yang besar!!


A) Taman Tasik Perdana

- playground die macam imagination land. Magical!! Yang ni feveret kitorg sebab cantik, permandangan cantik, udara pun segar, hijau je keliling. Cuma tak sesuai main roller skate sebab macam bukit-bukit. 

B) Taman Tasik Titiwangsa

- Besar gila kau. Pening aku. Ada level susah (macam sekolah rendah level), ada level toddlers. RAMAI sangat orang tapi takpela sebab besar sangat jugak. Banyak kawasan rata so boleh main roller skate. Bau busuk sikit. Heheh. Kurang segar. Tak ketara sangat kot kalau tak biasa pergi Taman Tasik Perdana. 

C) Taman KLCC

- Pun best jugak. Besar jugak. Tapi kitorg selalu malas nak pergi sebab parking semua macam leceh.

2. National Library. Kids section. 


Macam tak menarik sebab buku-buku kan? Tapi dah kata budak-budak, bila expose dengan benda yang banyak, macam mainan banyak, buku banyak, kawan ramai, dorang akan suka explore. Best lah. Bawak tikar, bantal, selimut semua, buat macam rumah sendiri je. Picnic terus. Heheh. Ada TV sekali. 



3. Taman Tasik Titiwangsa Night Time




Menarik rupanya titiwangsa ni malam-malam. Ada car rental budal-budak tu. Ada rental MACAM-MACAM!! Basikal, scooter, roller blade, roller skate. It's so awesome!! So Malaysian. Ramai juga orang. So kalau malam-malam tu nak jalan pergi mana-mana tak payahla pergi mall je. Pergi tengok Taman Tasik Titiwangsa tu. 



TEMPAT MENARIK UNTUK ANAK DI KUALA LUMPUR, BERBAYAR


1. Sunway Lagoon. 


Ticket Price: (click here for details) tapi pendek kata MyKad dewasa RM90, kanak-kanak RM65. Always check on the promotion. Sunway Lagoon ni macam-macam promotion contohnya pengguna Digi ke, Maybank credit card ke, Toys R Us member card ke, tengok musim lah. So do check supaya anda boleh prepare. 


Duration: Sunway Lagoon will need you WHOLE DAY. Please come at 10AM. Ada waterpark, dry park, zoo. Fehh. We usually skip the dry park, sebab macam dehh kalau melancung pergi mana-mana negara pun itulah yang kita selalu jumpa. And because we love animals, we will never skip the Zoo. Harimau dia cantik sangat Subhanallah. Tapi tu depends orangla kan. Ramai orang tak minat animals. 








What to bring: 

1) Sebab rumah aku kat KL jugak, aku bawak pelampung siap-siap dari rumah. Aku tak suka pelampung besar gabak sunway lagoon tu -__-". And untuk my 1 year old baby tu, bawak siap-siap pelampung dia jugak. 
2) Sand play set. Sunway Lagoon sand beach memang tempat kegemaran budak-budak. 
3) Herbalife teamix for energy. LOL. Penat kot ada 3 park. 


2. Discoveria Avenue K.





Siapa yang tak tahu, Avenue K tu yang sebelah KLCC tu. Boleh masuk melalui KLCC jugak. Google selebih nya ye. 


Harga: RM25 Adult RM35 children (MyKad). Pastikan anda bergerak slowwwwwlyyy sebab pamerannya kecik sangat je. Kalau gerak laju-laju memang rasa tak berbaloi. So kalau boleh bacala setiap info dinasour tu ye. Heheh. 


Duration: 1 hour.


Menarik sebab dinasour ni rare sikit. And Discoveria ni betul-betul buat macam dinasour real. Scary pun ada. Kami kena jalan laju je kat pameran die sebab anak-anak takut. Mak nya pun berdebar, anak-anak nangis terus. 


Tapi lepas pameran habis, ada tempat main bola-bola volcano dan pasir fossil dan colouring section. So kitorg duduk 45 minit kat situ je. Heheh. Yang tu bestlah tapi kalau compare dengan harga takdela berbaloi pun. Yang mahalnya yang dinasour, tapi budak-budak ni takut.



3. Pusat Sains Negara




Entrance murah! Dewasa RM6. Kanak-kanak 6-12 tahun RM3. 


Since my kids are 1 and 3 year old, banyak benda menarik kat first floor je. It's nice, just walk slowly, jangan rush. Appreciate everything. Banyak experiment yang best-best untuk anak kita. Have fun! :)


We spent around 3 hours here.



4. Farm In The City.


Adult RM30. Children RM25. 


Since I love animals so much, I would say tempat ni besttttt. I've been to Zoo Negara dan condition nya yang menyedihkan. T__T. I wouldn't want to go there anymore to keep my emotion together. Sedih tengok binatang kat Zoo Negara tu. Kalau nak sangat Zoo pergi je Melaka A Famosa Safari World tu. 


So yang bestnya Farm In The City ni almost all animals kita boleh pegang, or at least watch them without any walls or glass. Nama pun farm so tolongla jangan expect ada harimau atau singa. They have mostly farm animals. 


Duration around 3-4 hours.



5. Bird Park Kuala Lumpur 


Entrance, MyKad, Adult RM25, Children RM12. 


As the name said, World Largest Free-Flight Walk. Eceh. Basically almost all the birds are free walking and flying around us. Menarik sangat. So we would buy bird foods (bawak siap-siap coin 50sen 2 keping untuk 1 paket- we usually bought more than a packet)


Duration 3 hours.



6. Aquaria KLCC


Entrance MyKad, Adult Rm38. Children RM28. 


Kecik je tempatnya. So pastikan jalan slowly. Hehe.


You can finish this place in 1.5 hours. So walk slowwwwwwwlyyyyyy because it's kinda expensive per second price. LOL.



7. KL Tower.


Ada banyak section yang perlu dibayar bila nak masuk di sini. 


Animal Zone. 

Blue Coral Aquarium.
Revolving Restaurant.
Observation Deck (kalau makan di restaurant, pergi deck free)

The free area kat Lobi KL Tower ada macam garden and sand colouring for kids. So it's interesting. 


Since aquarium is so small, and animal zone tutup waktu kami datang tu, we only went for the Revolving Restaurant. And it was very fun for the kids. Pastikan anda request seat sebelah tingkap!! Because the kids were having so much fun berpicnic they didn't even wanna seat at all. 





8. Petrosains KLCC

Ala-ala Pusat Sains Negara kot, tp for toddlers, (and for a Mom yang tak minat Oil and Gas ni), it's kinda boring. The only tempat yang best dalam ni cuma tempat yang ada giant lego brick tu. :/


Maybe if anak-anak besar sikit boleh datang balik kot.


**********************************************************


Gambar tak banyak sangat, but we had so much fun in all the places. I just choose to be IN THE MOMENT rather than capturing the moments. Sometimes we are too busy capturing everything that we missed the real thing, and we missed the chance to be around our kids, just because we wanted to capture everything. 


So itulah dia as for now, tempat-tempat yang kami dah cover kat KL dan kawasan berdekatan. So if you have any other places yang menarik for todders and young children, do drop by your experience in the comments ya!!! Cant' wait to explore more!! :)




PROGRAM KURUS 30 HARI

Facebook: Amalina Peter
FB Page: Coach Ina Ab
Instagram: @amalinapeter_coach
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...