Memaparkan catatan dengan label Blogger Parenting Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger Parenting Malaysia. Papar semua catatan

Selasa, 12 Disember 2017

A Whole New Experience with Baby Number 3

Bismillah. 

Experience dengan 3rd baby kali ni lain sikit. 

Our first unplanned baby

For starter, this is our first unplanned baby. We planned our family carefully. Tapi dalam merancang pun, aku sentiasa doa "Ya Allah, kami plan untuk ada baby tahun 2018. Tapi Engkau tahu yang terbaik. Kalau ada yang lebih baik, Kau jadikanlah apa yang terbaik. Mudahkan kami, berkati kami, jadikan segala sesuatu tu membawa kebaikan buat kami sekeluarga di dunia dan akhirat."

So, dalam merancang pun, aku memang doa macam tu setiap hari. Bagi aku merancang keluarga tu SANGAT PENTING. Kita bukan merancang sebab 'takut tak cukup duit'. Kita merancang sebab kita adalah pilihan untuk buat yang terbaik pada diri, dan anak-anak yang sedia ada. Untuk elakkan depression pada ibu-ibu jugak, especially yang cepat stress dan cepat marah mcm aku ni.

Anyway, bila merancang tu aku constantly remind myself that Allah knows best. Aku cuma berusaha yang terbaik untuk keluarga, tapi aku tak lupa yang Allah Tahu Yang Terbaik.

Akhirnya, bila period aku tak datang-datang tu, mula-mula aku tak syak pregnant lagi. Sebab memang tak possible. Hari ke-5 lewat period, perut aku buncit dan sesak nafas yang melampau. Rasa nak bernafas kuat-kuat sambil jerit. Benda tu BUKAN SYMPTOM SEBELUM PERIOD. Bila test, sah pregnant 2-3 minggu katanya. :o

Alhamdulillah!!!

Walaupun tak plan, bila Allah bagi jugak, rasa macam special gift sangat.

Take it slow

It was exciting, but we choose to take it slow kali ni. Contain our excitement hanya dalam keluarga kecil. Kami sendiri nak ambil masa untuk proses berita gembira ni. So we took our own sweet time. Semalam tengok muda anak-anak, kita fikir makan minum sekolah dia je. Harini tengok muka anak-anak, kita sedih sedih fikir dorg dah nak jadi Kakak Besar. Hehe. Emo jap.

At the same time aku ada rasa lain macam. 6th sense, boleh rasa macam it wont be all good news. So aku pun contain excitement tu sebab takut kecewa kalau ada apa-apa berlaku.

We delayed our check up lama jugak. Sampailah week ke 7, baru kami pergi first check up dengan gynae yang sama yang check aku sepanjang pregnant dan bersalin anak first dan second.

Rupanya kembar, tapi...

Waktu nak scan first time, aku berdebar. Ada heartbeat tak? Ada baby tak? Baby okey tak? Macam ada bad news je dalam hati ni. Terbayang bila scan tu doktor kata takde heartbeat. Huaaa. Okey tenanggg tenanggg.

Then this happened in the check up room:




Doktor : Eh, ada twins! Tapi satu dah gugur.

Me : (TOTAL SHOCK. Tak sempat happy tak sempat sedih. Confuse nak rasa apa)

Doktor : Ada keturunan twins ke?

Me : Takde pulak. 

Doktor : (sambil tunjuk kt gambar ultrasound tu) So this is your baby, dalam sac ni. Ni kembar dia yang dah gugur. You body will just reabsorb kembar tu. Tak payah buat apa-apa lah.

Me : Errr... baby yang survive tu sihat ke doktor? heartbeat ada? (still worried like hell)

Doktor : Ni heart beat dia. So you still have to take care, jangan buat kerja berat. Sebab tengok keliling sac ni yang hitam ni, it is here sebab kembar tu gugur. It has risk untuk gugurkan baby yang ada ni jugak. Ada 30% risk untuk dia ikut kembar dia jugak. 

Me : (T__T Crying in the inside. So this is the bad news I've been sensing dari semalam)




To be honest waktu tu tak tahu nak rasa apa.

Excited 0.5 saat sebab twins.
Sedih 1 saat sebab 1 twin gugur.
Bersyukur 5 saat sebab 1 twin survive.
Risau 4 minggu sebab ada risiko miscarriage jugak.

When I left the hospital, terus burst nangis. Tak tahu nangis sebab apa. Maybe all emotions mixed up. TWINS is something I never expected. Teringin? Memangla teringin saja saja gitu. Mak mana tak rasa kembar tu comel kan. But to seriously think about it, I never let myself get into that.

I spend the next 6 weeks tak jumpa sesiapa. Cuma rehat kat rumah dengan suami dan anak-anak. I kept the news secret from everyone. Emosi pun tak stabil sebab takut baby ni pun gugur jugak. Benda tak pasti. Emotionally and mentally tak stable time tu. I was worried all the time, tapi kami banyak buat aktiviti yang menggembirakan untuk distract aku dari risau.

Penantian tu paling menyeksakan. Nak tunggu next check up untuk tahu baby sihat tak? Baby ikut gugur jugak ke? Setiap kali buang air, aku tengok ada darah tak, ada benda terkeluar tak.

Syukurlah kerja 100% di rumah. Saya boleh focus pada kerja ONLINE COACHING SURIKURUS sahaja.

Sepanjang pregnant aku tak berapa fikir atau sedih sangat pasal twin tu. First sebab memang aku focus kat kesihatan baby. Second, sebab Allah dah cukup baik tunjukkan kuasa-Nya untuk bagi aku pregnant jugak. Dan Allah bagi aku merasa jugak twin tu walaupun dah takde. The news of me carrying twin itself is a new and special experience.

So rather than mourning for the loss, I choose to be grateful on His Blessings, and focus all my emotions in caring for baby yang tengah membesar dalam womb ni.

Tapi perubahan yang berlaku adalah, sejak tahu tentang kembar tu, aku lebih sensitif tengok baby kembar lain. Rasa nak nangis, rasa gembira dalam sedih dalam gembira, rasa lebih tersentuh.

Allah knows best.

Hello to the new appetite I've never had, so everyone thought this time mesti Boy!

First trimester mabuk tidur mabuk tidur. Bab ni, sama jelah dengan semua my previous pregnancy pun. Mabuk teruk, is part of my pregnancy facts. Heheh. Sometimes kena baring berlarutan 2 hari. Alhamdulillah shake tetap boleh minum. Kalau tak boleh pun mesti aku paksa. Bila tak shake tu lagi teruk mabuk.

Then 2nd trimester came. Nafsu makan memang MashaAllah. I can eat sooo constantly. Dan saya layan makan sebab saya tak pernah merasa gemuk time pregnant. So kali ni why not layan gemuk so nanti boleh kuruskan badan balik kan haha.

My hips mengembang dengan pantasnya, laju sangat menggemuk! Although tak obvious sangat di mata orang sebab my height is 162cm so weight gain tu lebih kurang ketara. I continued ambil shake 2x sehari untuk kawal berat badan jugak. Makan tetap banyak. Baju from S naik ke XL (WL on maternity wear!). Sebelum ni bila pregnant naik sampai M je. hehe.

Sempat jugak experiment shapeloss program time pregnant, I shared my result few months ago.






Contraction started at 35 weeks

Doktor kata baby kali ni besar. Everytime scan, berat baby macam 2 minggu kedepan. Dahla asyik asyik breech. T__T. Aku punyalah risau nak beranak kalau 4kg hahaha. Jadi aku banyakkan berjalan sejak masuk 3rd trimester.

Bayang kan masuk je 3rd trimester aku berusaha jalan 3-7km sehari. Hahah. Gigih walaupun makin berat. Pergi tengok F1 Race, pergi Legoland, Farm in the City, jalan-jalan cari makan, window shopping, etc.




Minggu ke 35, dah rasa pelik. Contraction yang sakit dah mula. Doktor pesan kurangkan berjalan sebab taknak terberanak sebelum full term. Contraction on off ikut hari, tapi bila sakit tu memang banyak kali jugakla terjaga malam. Susah nak tidur sebab sakit. Cuak jugak melalui hari-hari, tunggu je cue untuk ke hospital. Jadi aku kurangkan risau aku dengan teruskan jalan-jalan cari makan hehehe.

At 36 weeks, perut drop. Baby dah engage. Mak aku dah suruh ready 2-3 hari je lg. Cuak jugak sebab tak full term lagi.


"Coach dah beranak ke? Boleh mesej lagi ke?"


Hari-hari dapat mesej dari Coachee, risau kalau aku beranak dorang takleh contact dah. Hahah. Terpaksa remind banyak kali, contact jela. Kalau beranak pun, InsyaAllah boleh reply msg bila dah sihat sikit heheh.

Pagi sebelum nak beranak tu, waktu tu tah tahu lagi la akan beranak haritu, so I posted this post. Lols. Lawak je. Baru bebel jangan tanya coach dah beranak ke. Petang tu terus beranak.



2 minggu contraction mcm tu. At 37 weeks, doktor scan katanya dah tak boleh tengok sebab baby dah betul2 engage. Check bawah dah 4cm.




Me : Sooo harini la ye?

Doktor : Aah harinilah. 

Me : Masuk labor room terus ke sekarang?

Doktor : You nak sekarang ke?

Me : ehehee... balik kejap boleh tak?

Doktor : Ha boleh. You banyakkan walking supaya senang bukak petang ni. 



Jadi aku balik rumah kejap, buatkan mealplan coachees, set up coaching group buat briefing November Session. Jawab soalan2 coachees. Jawab soalan coachees pasal handbag aku hahaha. Depa tak tahu lagi aku dah nak beranak. Bila aku bgtau dah nak masuk labor room kecoh terus group coaching!

Lepas tu pergi Jusco kejap beli baju anak untuk Hari Anugerah Cemerlang Tadika. Makan makanan yang aku paling teringin. Lepas tu baru pergi hospital untuk serah diri.


Pertama kali apply Teknik Bernafas Bersalin

Sebelum ni nak beranak, belasah je. hahah.

PENGALAMAN ANAK FIRST : https://amalina-peter.blogspot.my/2011/06/kelahiran-asiyah-abqari.html
PENGALAMAN ANAK SECOND : https://amalina-peter.blogspot.my/2013/10/pengalaman-bersalin-kali-ke-2.html

Tapi kali ke-3 ni, sebab dah makin pandai, makin tahu, aku jadi makin penakut pulak. Previously aku memang duduk 2-3 jam je dalam labour room. Takde trauma pun. Tapi makin tua ni aku ayik terfikir what if kali ni kepala baby sangkutla, what if kali ni sakit lama, what if kali ni tak bukak-bukak cm tu. Kiranya aku takut diuji dengan sesuatu yang aku tak pernah rasa. Serabut betul haha.

So, aku pun google dan tengok video youtube semua pasal Hypnobirthing. Aku belajar dan praktis bernafas dari Youtube je hehehe. Semua video aku telaah. So nak kata Hypnobirth sangat tu takdela. Tapi yang aku betul-betul praktis adalah teknik bernafas.

Basically yang aku practise dan apply bersalin kali ni adalah :

1. Remind myself : I AM IN CONTROL OF MY OWN BODY

2. Imagine everyday : Baby akan keluar pop dengan mudahnya macam po po je. Bak kata midwife kat video tu, "Imagine your vaginal opening blossom like a flower to make way for your baby."

Waahh jadi bila terfikir nak bukak sampai ke 10cm tu mcm mengembang mcm bunga. I really love the word BLOSSOM.

Sepanjang kat labor room tu terfikir je "I am blossoming. I am blossoming. Baby is coming out of the flower."

3. FEAR MAKES PAIN WORSE. So instead of takut, ready to embrace my 3rd baby with love.

4. Teknik bernafas. Yang ni memang praktis betul-betul.

ALHAMDULILLAH, hasilnya, memang tak sakit until the final 30 minutes. What supposed to be pain, I felt as pressure, yg makin lama makin kuat. 

Pukul 3.30pm masuk labor room. 5.45pm beranak. Alhamdulillah.

At 9cm, the ‘pressure’ is to strong and unbearable rasa mcm my womb is about to explode. So final 30 minit tu memang painful, tapi less on sakit contraction and more to very strong pressure sampai rasa sakit. At 9cm tu, breathing kejap buat kejap tak. Lupa dah k. SAKIT. Kalau teringat nak breath tu tak sakit sangat. Rasa tekanan je kat bawah. Kalau cam tak sempat nak fikir pasal breath bila contraction datang tu, memang koyaklaaa baju husband Lols. SAKITTTTTT. 

During final moment, was a bit confusing. Coz I normally push bila sakit datang. But this time sebab tak rasa sakit yg I familiar with, rasa strongggg pressure instead, I was so confuse nak kena push ke tak? 

Midwife tanya, "Rasa nak buang air besar?"

Aku jawab, "Saya tak tahuuuu. Saya rasa mcm perut nak pecah je." 

Hahah over sangat. Muka midwife pun confuse. Anak 1st ke anak 3rd ni??

At 10cm, pressure mcm berkurang pulak. PULAK DAH! Confuse! But at one point, midwife and doc suruh push. Dorang nampak confident je. Confuse and a bit doubt, aku pun push jela walaupun mcm rasa belum lagi ni sebab tak sakit sangat. Aku push 3x ikut surge. (dahla gap between contraction 3-5 minit tau. Antara setiap push tu boleh sembang tau hahaha. Pelik betul aku rasa. 

Kali ke-3 push, doktor kata "Jangan stop! Kepala dah nampak!" Waktu tu rasa mcm 'eleh tipu je doktor ni nak bg semangat'. Tapi ikut jugakla. Makin push makin rasa macam benda tengah keluar. I can feel the head sangat besar compared to previously. Then suddenly, nampak doktor tarik keluar baby. Subhanallah. 

Keluarlah seketul Ammar. Kepala besar, badan kecik. Hahah. Alhamdulillah. I spend the next 2 hours breastfeeding non stop, still in labor room. Dengarla ha perjuangan Mak Mak bilik sebelah sambil menyusu tu. Alhamdulillah aku dah selesai. 



New Baby New Experience

Memang setiap anak tu lain-lain. Kali ni aku lebih gemuk, lebih lapar, lebih pemarah muahaha, lebih malas nak layan drama dunia, lebih awal semuanya. Contraction awal. Engage awal. Beranak awal. 

Bagi aku every pregnancy memang shape personality baru dalam diri. Shape personality, shape our strength, shape our EATING HABIT. 

Now InsyaAllah it will be a whole new experience nak besarkan Ammar bin Muhammad Abqari ni.

Doakan!


NEXT REVIEW :
URUT BERSALIN DENGAN SUZIE CONFINEMENT (KL area)
REVIEW CHECK UP DAN BERSALIN DI RAMPAI PUTERI MEDICAL CENTRE

====================================================================


PROGRAM TURUN BERAT BADAN HERBALIFE

COACH TURUN BERAT BADAN WANITA

HUBUNGI 0136280514 untuk dapatkan produk / mulakan program Herbalife

0136280514
0136280514
0136280514


FOLLOW INSTAGRAM : @amalinapeter_coach untuk update terkini

Ahad, 15 Oktober 2017

Tips ke Legoland Malaysia Hotel dan Theme Park 2017

Assalamualaikum. 

Visit Legoland Malaysia pada 2017

Alhamdulillah untuk tahun 2017 kami melawat Legoland Hotel dan Theme Park Johor Bahru dalam 4 - 5 kali jugak. Ada banyak sebab kami pilih Legoland sebagai destinasi frequent kami tahun ni. Dan oleh sebab itu kami pun daftar Annual Pass pada January 2017.




Tema Tahun ni Star Wars dan Ninjago!

WHY LEGOLAND?

Kenapa kami suka pilih Legoland sebagai destinasi? 

Tempat yang kids boleh have fun ni, adalah tempat untuk parents paling boleh relax sebenarnya. 


Sebab kami berdua kerja dari rumah, sometimes kami nak ada 'break' untuk rehat sekejap. Kena pilih tempat yang parents tak payah fikir sangat nak melayan anak. So yes Legoland. It is a no cranky zone sebab kids boleh main independently happily to the max! 


LEGOLAND SESUAI UNTUK ANAK UMUR BERAPA?

- Bawah 3 tahun maybe tak sesuai lagi. Tak boleh main apa-apa pun.
- Untuk anak berusia 3-5 tahun, dah okey sebab dorg boleh enjoy, boleh appreciate. Dan ada 7-10 ride kot yang dorg boleh naik. (Driving school, Boat School, Horse ride, Aeroplane, Ninjago, dan beberapa jenis ride yang saya tak ingat namanya). They still can enjoy all attractions though. 
- Untuk anak atas 6 tahun (atau 5 tahun pun boleh kalau tinggi 100-110cm) memang dorg boleh fully enjoy semua ride kat Legoland tu. 


90cm ada 7-10 ride
110cm semua boleh naik tapi dengan 1 adult teman
Boleh check tinggi anak anda sebelum rancang datang kalau betul-betul nak make sure berbaloi.

Yang paling berbaloi memang bila anak cecah usia 5-6 tahun tu. Tapi bagi kami, 3 tahun pun dah okey. Ikutla parents jenis nak pergi untuk perfect moment then better pergi bila anak besar sikit, atau parents nak pergi untuk rehat (mcm kami hehe), so boleh je 3 tahun pun pergi enjoy-enjoy.


Untuk tahun 2017 ni, anak-anak kami berusia 4 dan 6 tahun. So mmg dah boleh enjoy Legoland. Walaupun si Adik akan sedih bila Kaka dapat naik ride dia tak dapat. Tapi nanti saya dan Adik akan makan aiskrim sama-sama bila Papa dan Kakak naik ride. So, okey je win win for all. Quality family time :D

Rujuk cerita kami ke Legoland waktu anak-anak berusia 1 dan 3 tahun di sini : http://amalina-peter.blogspot.my/2014/10/legoland-malaysia-review.html

budak kecil still boleh tolong team dengan family kat sini

ANNUAL PASS LEGOLAND MALAYSIA

Annual pass yang kami ambil adalah Standard Pass (untuk 2018, nama barunya Awesome Pass), sebab kami tak berminat nak pergi Water Park sekali. 

So antara benefit Standard Pass 2017 yang kami dapat adalah :

- Unlimited entry ke Legoland Malaysia JB selama 12 bulan
- 10% diskaun hotel Legoland Malaysia JB
- Diskaun stroller

Itu je. At least itu je yang kami frequently guna. Yang lain tak relevent sangat so tak ingat.

HARGA STANDARD ANNUAL PASS LEGOLAND

Sejujurnya saya TAK INGAT LANGSUNG harga annual pass tu heheh. Sebab kami daftar Febuary 2017. So calculation harga semua tak ingat. Waktu tu ada promosi 10-20% diskaun daftar annual pass. Pastu kitorg tengok tahun 2017 ni mmg akan banyak ke Johor / lalu Johor. So banyak opportunity nak singgah.

Yang penting based on our calculations, bayaran harga standard annual pass tu bersamaan dengan 2x masuk Legoland. So kalau rancang nak masuk lebih dari 2x, memang berbaloi lah ambik Annual Pass terus.

HARGA PREMIUM ANNUAL PASS dan AWESOME PASS LEGOLAND 2018

Berikut adalah detail Awesome Pass untuk 2018, bagi yang nak merancang. Boleh check website Legoland Malaysia untuk check kalau ada promosi bila daftar.






TIPS KE LEGOLAND THEME PARK MALAYSIA JOHOR BAHRU 2017

First time pergi Legoland tahun 2014, saya ada ceritakan review di http://amalina-peter.blogspot.my/2014/10/legoland-malaysia-review.html

Basically banyak benda yang sama daris segi Review. Alhamdulillah, tahniah kepada Legoland Malaysia, service, hotel, dan theme park maintain sama je tahun ni berbanding 3 tahun lepas. Takde pun makin teruk ke apa. So review insyaAllah sama je.

So kali ni, saya akan focus share TIPS untuk enjoy Legoland sepenuhnya. 



TIPS #1 : Pergi waktu low season untuk maximum fun (for kids) and relaxation (for parents). 

Tips ni memang susah nak diaplikasikan bagi mereka yang bekerja dan anak-anak yang sekolah. So sama ada kena redha jelah hadap ramai-ramai orang, beratur lama, semua crowded, ataupun plan betul-betul untuk pergi waktu low season, apa cara sekalipun.

Walaupun kami pergi ke Legoland 5 kali tahun ni, kami memang akan pergi waktu low season je. itu pun still beratur crowded dengan Mat Salleh, foreigners. Tak boleh imagine kalau high peak season macam mana crowd nya.





TIPS #2 : Bersedia untuk spend sepanjang hari dalam Theme Park tu.

Antara soalan common pelancong adalah, average berapa jam kita akan spend dalam theme park? Untuk Legoland, InsyaAllah sepanjang hari kot.

Kalau low peak season, tak payah beratur pun kat mana-mana ride. So boleh bergerak pantas.

Kalau high peak season, dah tentu nak masuk mana-mana ride akan beratur sejam atau lebih? So memang kena prepare sepanjang hari.




TIPS #3 : Spend masa lebih di Build And Test area.

So kalau pergi waktu low peak season, akan ada banyak masa lapang nak habiskan kat theme park tu kan? Kami akan spend lebih masa bg anak main puas-puas kat Build-and-Test ni. Kat sini anak-anak boleh build kereta ikut creativity masing-masing, pastu test speed kat track yang disediakan tengok laju tak. 

Biasanya kids akan test dan improve continuously sampai mereka puas hati. It's very good for the to discover design kereta yang paling laju macam mana. 

For whatever reason, kereta my 4 year old girl tu mesti akan menang paling laju padahal binaan kereta dialah yang paling tak ikut fakta sains sekali hahah.

Build your car
Buat cantik-cantik ikut kreativiti
Test kereta paling laju
   

TIPS #4 : Bila makan, tempat makan paling okey adalah di MARKET RESTAURANT (sebelah driving school- last sekali sebelah entrance Legoland)

Makan kat sini banyak choice main meal berbanding kedai lain. Tapi Adult Meal nye akan dapat ayam besar. Memandangkan kami selalu susah nak habiskan Ayam, kami akan order KIDS MEAL kat sini. Nasi portion sama, tapi ayam kecik sikit. Barulah tepat boleh habis. Murah pun murah.

First time makan Adult meal sorg satu. Stress nak habiskan ayam. Tak tahula sebab family weols perut kecik ke apa. hahaha




Menu Adult. Mahal pastu tak habis -__-"

Menu Kids.

TIPS #5 : Teamix dan Guarana Herbalife untuk boost tenaga nak jalan 6-9km sehari! 

Legoland tak bagi bawak masuk makanan. Tapi air kosong saya selalu boleh je masuk. So everytime pergi saya memang bawak siap-siap botol air 2L. Pastu tengahari sikit bila dah letih, bancuh Teamix Herbalife sekali.


Dapatkan Herbalife Online : KLIK SINI

TIPS #6 : Restaurant kat Medini Mall sebelah Legoland tu, kalau Low Peak Season, sangat kosong. So makanannya pun tak fresh.

Lepas banyak kali ada bad experience kat Medini Mall restaurant, kami mmg tak pernah makan situ dah. T__T. Tak tahulah kalau high peak season, tapi kalau waktu takde orang tu, memang kosong je. Makan KFC pun rasa ayamnya busuk sikit. T__T seriousss sedih okey. 

So tips kat mana-mana kawasan pelancongan pun, pastikan makan kat kedai yang ada flow manusia. 

TIPS #7 : Makanan/Minuman kat dalam Legoland dan Medini Mall semua mahal-mahal. 

Jadi sila prepare mind. Kalau air kosong bolehla bawah siap-siap. Tapi air lain, atau makanan, tak boleh bawak. Kena beli kat dalam Legoland tu. Mindset kenala ready. Nak pergi Legoland, nak makan pun kena spend lebih sikit. 

TIPS #8 : Semua ride dan attraction pun best. So takde advice khas untuk pilih-pilih mana yang best mana yang boleh skip hehe.

Although, we would always skip the show, 3d movie, dan semua berkenaan show. Heheh. Ngantuk okeyyy boring. Tapi anak-anak suka je. Mak Ayah yang pura-pura tak nampak bila lalu sebab bosan. Lols.



 
 

=======================

tu je kot tips yang saya boleh fikir. Kalau ada soalan boleh tanya kat comment ye. Saya pun tak tahu nak cerita apa lagi pasal Theme Park ni.

TIPS KE LEGOLAND HOTEL JOHOR BAHRU

Almost everytime ke Legoland Malaysia ni, kami akan stay hotel. Standard harga hotel legoland memang agak mahal, tapi ada tips kami untuk dapat yang paling murah. Plus kena tahu cara nak enjoy Legoland hotel ni. Bagi saya sangat berbaloi untuk family getaway.


TIPS HOTEL LEGOLAND #1 : Rancang awal untuk check tarikh hotel paling murah sepanjang tahun.

Biasanya date paling murah tu memang waktu bukan cuti sekolah dan tak ada apa-apa cuti. Dan weekdays. Hehe. Pandai-pandaila adjust budget. Tengok gambar kat bawah adalah contoh RATE SETIAP HARI SEPANJANG TAHUN pada kalendar Legoland Malaysia Resort sendiri. Macam mana nak ke sini?

1. Pergi ke ke website Legoland Hotel Malaysia
2. Konon-konon pilih check in check out date
3. Lepas dah keluar harga, kite tekan untuk tukar tarikh (atas tu tulis "DATES OF STAY", tekan yang tu.
*laptop sahaja. Mobile tak boleh rasanya saya cuba cari takde. Maybe saya tak jumpa, atau maybe memang takde.

SABTU AHAD still boleh dapat rate RM770. Walaupun rate paling murah untuk Legoland Hotel ni RM670. Selalu kami akan pilih paling murah tu sebab kami ada pilihan masa sebab kerja sendiri. So why not just enjoy pergi waktu paling murah kan? Lagipun waktu paling murah tu biasanya memang paling kosong.

Disebabkan kami pemegang Annual Pass 2017, kami dapat diskaun 15% lagi dari rate yang ditunjukkan. Means RM670 - 15% = RM 570. Tapi kami check untuk tahun 2018 ni, Standard Pass (Awesome Pass) dah takde hotel discount ye. Makin kedekut Legoland ni heheh.





Ramai jugak untuk low peak season.


TIPS HOTEL LEGOLAND #2 : Saiz bilik untuk 2 dewasa, 3 kanak-kanak bawah 12 tahun. 

Sesuai untuk family ramai anak sebenarnya. 


TIPS HOTEL LEGOLAND #3 : Lobi hotel banyak aktiviti percuma.

Kat sini lah yang saya katakan, PARENTS BOLEH REHAT. Dengan bayaran hotel tu, kami dah tak payah fikir pasal kids dah. Bawak dorg lepak kat lobi hotel, mainlah berjam-jam. Mak duduk tepi je. Kalau mak tengah rajin, boleh main sama-sama kids. Tapi kalau nak rehat, rehatlah. Bagi dorg bergaul dengan budak-budak lain. Lagi bagus!!

Biasanya saya bagi kids main petang sampai malam. Sampai dorg sendiri penat. Naik bilik terus tidur.

Elakkan ada planning lain bila duduk hotel ni. Contohnya duduk legoland hotel pastu ada banyak aktiviti luar hotel. Nanti anak-anak tak puas main. Kalau banyak kena keluar hotel, baik duduk hotel lain je :D

Magic Show Entertainment 
 
Lego Pool


Giant Lego Brick

Giant Lego Brick

Giant Lego Brick

TIPS HOTEL LEGOLAND #4 : Kedai runcit situ MAHAL barangnya. Beli siap-siap sebelum datang.

Untuk hotel, breakfast provided. Lunch dan dinner kalau dulu ada ala carte dengan harga standard hotel, tapi tahun ni kami check macam takde. Bila tanya, dorg kata ada sushi cafe je untuk ala carte. So kami makan luar lah sebab nak kena makan makanan melayu jugak.

Untuk snek, kedia snek cuba ada kat Medini Mall je. MAHAL wey. Baik beli siap-siap segala snek dulu sebab anak-anak memang lapar je memanjang kat Legoland ni. Maklumlah dorg main non stop!!

Recently kami duduk 3 hari 2 malam kat Legoland, dan pergi ke Theme Park 2 hari berturut-turut (kan annual pass tunjuk kad je nak masuk), hari ke 3 dua-dua anak demam terus sebab main non stop pagi sampai malam. Heheh. Sooo.... cmtulah dorg kat Legoland. Mak Ayah pun kena kuat nak layan anak. Jangan lupa minum SHAKE, WHEY PROTEIN, dan TEAMIX. Ni memang produk power untuk fit family nak beraktiviti.


TIPS HOTEL LEGOLAND #5 : Toiletries provided, including tooth brush tooth paste

Tak payah beratkan beg bawak toiletries ye. Semua provided.


TIPS HOTEL LEGOLAND #6 : Air minum dalam bilik diberi 1L sehari. Dan lobi hotel ada COWAY!!

Siapa kaki minum air kosong macam family kami, memang sukalah ada Coway terus boleh refill air. Machine nye terletak dalam restaurant, tapi betul2 kat pintu. So masuk jela restaurant tu anytime of the day pun untuk refill air.

TIPS HOTEL LEGOLAND #7 : Ada hadiah untuk setiap keluarga yang check in hotel. So pastikan bila masuk bilik, anda selesaikan puzzle yang diberi, unlock box, ambik hadiah. 

Hadiahnya bestlah. Biasanya Lego minifigures kalau beli RM10. Lately ni dapat Lego Friends jugak. Selalu ada 2-3 item hadiah dalam box tu. Seronok anak-anak dapat collect minifigures baru setiap kali check in hotel.


2 section room. Kids and adults section. Memang family friendly.
Jangan lupa bawak Herbalife Products untuk healthy body walaupun bercuti!


=======================

Sekian je sharing. 

Kalau ada apa-apa soalan bolehla comment tanya. Saya pun tak tahu nak share apa lagi hehe. 

Thank you for reading!!

Selasa, 20 Jun 2017

Tantrum Anak 6 Tahun : Parenting Fail vs Cognitive Development?

Sekian lama dah tak menulis blog tentang hal peribadi. Tapi kali ni benda baru berlaku dalam keluarga kami. Dan saya rasa elok sangat saya tulis benda ni sebagai journal diri sendiri. 

Tantrum anak 6 tahun

Sejak beberapa bulan yang lalu, Kakak, anak sulung kami, mula express emosi negatif yang lebih banyak. Pada awalnya saya ingatkan, biasala budak nak badmood. So saya ignore je. Sambung kehidupan macam biasa. Tapi sejak beberapa minggu lepas, atau sejak Kakak sambut Hari Lahirnya tepat 6 tahun, Kakak mula meletup dengan emosi negatif.

Kakak mula meletup pemarah terhadap Adik, taknak mengalah dengan Adik dah, tak boleh terima kalau kami, parents, kata tak boleh dapat sesuatu, menangis hampir setiap jam, tak puas hati dengan semua benda, merajuk taknak cakap langsung, ignore parents, muram muka, jalan hentak-hentak kaki, express sangat tak puas hati. Kadang-kadang sampai gigit adik sebab geram sangat kot tak tahu mcm mana nak express emosi sendiri. 

Paling tak tahan menangis berlanjutan sampai 4-5 pagi. T__T Bulan puasa pulak tu. Mama Papa pun tidur terganggu je setiap malam. T__T

Ya Allah. Sejujurnya beberapa hari saya menangis sebab saya rasa saya ibu yang teruk. PARENTING FAIL.



Sebelum ni Kakak memang sweet heart sangat...

Sebelum tu, buat yang tak berapa kenal Kakak, Kakak sebelum ni sangat baik. Sentiasa tolong kemas rumah, tolong adik kemas diri, banyak jugak buat house chores, sentiasa mengalah dengan adiknya, adik selalu ambik baju2 kakak. -__-" Bila Mama marah adik, Kakak pulak kata "Takpe Mama, Asiyah memang bagi."

Kakak juga sentiasa matang dan memahami apa-apa je yang kami kata. Memang saya selalu kata kat Kakak, "Mama thank you Allah setiap hari sebab Allah bagi anak yang baik macam Asiyah." Sebab saya naklah dia tahu, Mama nya sangat bersyukur dengan kehadirannya dalam hidup.

Dalam hati, memangla bersedia untuk dia meletup jugak. Bukan saya tak bersedia langsung. Tapi bila benda ni betul-betul jadi, bila Kakak mula meletup ni, saya tetap terkejut. Macam mana pun kita bersedia, kite memang takkan bersedia dengan ujian hidup sebenarnya. 

Saya rasa main thing yang buat saya terkejut adalah, saya rasa dah tak kenal dengan anak sulung yang sangat rapat dengan kita ni. 

Yelah, semua trick yang berjaya sebelum ni dah gagal. Semua perbualan yang gelak tawa sebelum ni jadi tak dilayan. Semua benda yang saya cakap jadi salah.


pengedar herbalife kuala lumpur

PARENTING FAIL

Rasanya semua parents dah lalui perasaan ni. Rasa diri Bad Mom. Rasa mcm kita gagal. Rasa macam kita dah zalimi anak. Oh waktu ni stress sangat hari-hari nangis. Bila nangis pasal anak je mesti call my sister. Syukurlah ada Kakak. Sembang setiap hari sampai tenang.

Elok pulak kejadian bulan Ramadhan, bangun Tahajjud pun doa pasal minta Allah bimbing jalan.

Sampaila saya terjumpa satu artikel ni, barulah saya tahu ini bukan isu PARENTING FAIL.

http://www.huffingtonpost.co.uk/2014/08/14/worse-than-terrible-twos-the-stroppy-sevens_n_7329506.html

PARENTING

Sebelum ni, bila kena handle pembesaran cognition baby, kite dah baca banyak. Pasal tantrum 2-3 tahun pun, memang common untuk orang share benda ni. Di Facebook pun selalu tersebar perkongsian tentang tantrum 3 tahun. 

Untuk berhadapan dengan 2-3 tahun yang sedang tantrum, memang saya rasa okey je. Boleh handle. 

Tantrum 2-3 tahun pun lebih simple sebenarnya nak handle. Biasanya dengan eye to eye contact, dengan 100% attention, dengan peluk. Biasanya mengamuk mcm mana pun, kalau peluk dan tanya elok-elok apa perasaan dia, dia akan jawab lepas tu terus okey. 

6-7 tahun ni kompleks sikit. Tak sama jalan guna method budak kecik sebab dorg dah pandai. 


ILMU BARU TENTANG TANTRUM 6-7 TAHUN

Lepas baca baca baca baru faham, rupanya ini fasa normal! Lega sikit bukan parenting fail kan.

Sini saya sertakan beberapa point penting dari artikel tu :

- Tantrum 6 tahun ni memang fasa normal, dan ada sebab psikologi yang sebenar disebalik bad behavior ni. Bukan salah ibu, ayah, mahupun anak tu sendiri.

- Pada usia ni, anak kita telah melalui fasa kematangan minda. Bila dia cukup matang, dia mula membina cara fikiran yang baru, pendapat baru, emosi baru, dan semua cognitive development yang baru ni membuatkan anak tu sendiri confuse - which leads to tantrums.
(kesiannya. Bila fikir macam ni barulah tak marah anak tu. Dia pun confuse dengan diri sendiri)

- Kadang-kadang anak juga akan mula menipu pasa usia ni. Jadi parents kena tenang.

- Bila ditanya kenapa marah/nangis je, selalu jawapannya dia tak tahu kenapa.

- Fasa-fasa tantrum ni adalah transition untuk anak. Perubahan sebenar berlaku dalam cara mereka berfikir. Dan parents akan nampak benda ni sebagai perubahan sikap.

- berubahan ni juga mungkin berlaku disebabkan oleh berubahan dalam keluarga seperti ; pemakanan, parenting style, pindah rumah atau sekolah, keadaan sekolah.

Dalam case kami, bulan puasa ni maybe semua org lapar extra hehe, plus Mama pun pregnant dengan baby baru. Banyak jugak reason untuk emotional break down tu.


TIPS MENGATASI TANTRUM 6-7 TAHUN (saya compilekan apa yang saya dapat dari banyak bacaan)

1. Parents jangan tantrum dulu. Haha. Kena banyakkan ilmu. Kalau kita faham apa yang berlaku, kita takdela rasa anak kita jadi kurang ajar ke, anak kita berubah ke. So parents dulu kena improve.

2. Bila anak tengah tunjuk poor behavior, kena tunjuk boundry jugak. Bila anak dah tenang, duduk dengan anak dan explain family rules, dan apa yang boleh apa yang tak boleh. Contohnya marah mcm mana pun tak boleh pukul adik, atau marah macam mana pun dia tak boleh bossing her parents around, kena dapat apa yang dia nak je. It wont happen.

3. Explain consequences dari sikap mereka. Explain yang hidup jauh lebih baik kalau dia bersikap baik.

4. Reward good behavior. (contoh sini : Facebook Amalina Peter)

5. Bad behavior get banned from TV or fun family time.

6. Stick to rules. Kalau kite longgarkan je, anak pun tak respect dan die tahu takde consequences pun kalau ada bad behavior.

7. Lengkapkan keperluan asas anak. Sometimes bila anak dah 6 tahun ni kite ambik ringan keperluan mereka berbanding adik yang lebih kecil. Benda macam makan, minum, rehat, penting untuk dilengkapkan.

8. Ajar anak "it's okay to feel negative emotions". Pastu kena ajar macam mana nak handle.

It's okay to feel angry. It's okay to feel sad. It's okay to feel frustrated. It's okay to say 'No'. It's okay to feel tired. But you're still not the boss. And you can't hurt others.

So kena ajar anak acknowledge perasaan tu, dan bantu die untuk handle perasaan tu. Bukannya kata yang dia salah sebab rasa sedih/marah/penat.

Sebenarnya samala macam orang besar pun. Kite nak org dengar je, nak org akui je yang apa yang kite lalui tu menyedihkan. Kite sendiri perlukan EMPATHY. Samala macam anak. Cuma cabaran kat sini Mak ambik masa beberapa hari nak identify apa masalah anak ni sebenarnya? Marah tiba-tiba. Rupanya emosi. Huhuuu. Blur betul!


Sedikit perkongsian dari apa yang saya buat dirumah yang amat membantu Kakak lepas tu...

Baca knowledge satu. Nak apply tu lagi satu. Huru hara minda. Since ni Kakak sulung, so banyak implementation pun sesuai dengan keadaan anak sulung.

So I taught her few things.

1. It's okay if you don't want to share.

2. It's okay if you don't want to give to adik your things/foods/etc.

3. It's okay if you're tired helping your sister.

4. You have the right to say No.

5. You have the right to tell us how you feel about something.

I also started to give her more attention. Sebelum ni fokus Adik je sebab Adik kecik. Tak sedar yang Kakak ni pun kecik jugak.

RECOGNIZE YOUR EMOTIONS

Selalu adult pun kena lalui benda ni. Kena ada orang bgtau kita "Memang penat pun jadi Mak. Kau bukan bad mom."

"I know you're sad. You know you can talk to me about it anytime okay?"

"It's really okay to feel angry. Next time just talk to me if you feel angry. It's totally normal to feel that way."

Dear Diary Home Activities

Teringat dalam satu episode Supernanny by Jo Frost. Seorang mak ni berhadapan dengan masalah 10 year old tantrums, kakak sulung jugak, yang sangat pemarah. Lebih kurang macam Kakak, this girl banyak pendam perasaan dan rasa diri dia paling kurg disayangi berbanding adik-adik. Memang cabaran kakak sulung kot. Kesian pulak.

Bezanya, budak dalam episod ni dah pendam bertahun-tahun. 

So Jo Frost mula dengan minta budak ni tulis surat tentang apa yang dia rasa setiap hari. Express. 

Saya pun adjust sikit bagi sesuai untuk level 6 tahun. Saya ajak Kakak belajar English. 

"Harini kite belajar pasal Emotions"

First, saya senaraikan semua emosi yang possible dihadapi oleh budak 6 tahun. Lepas tu saya explain satu-satu. Waktu nak buat aktiviti ni pun Kakak tengah moody sebenarnya. Tapi saya ignore je sebab nak harap kakak betul-betul tenang memang impossible in the past few days. 

She always, ALWAYS, have something yang buat dia tak puas hati. Huhuuu. 

pengedar herbalife kuala lumpur

So saya tanya Kakak, "What do you feel right now?" Minta dia tunjuk.

Dia pun tunjuk pada emosi 'Frustrated'.

Lepas tu saya minta Kakak lukiskan 4 sebab each emotion, yang selalu dia rasa. Buat mini comic la kira. Waktu tu lama Kakak pandang muka saya.

"Asiyah tak tahu kenapa Asiyah rasa Sad atau Frustrated atau Angry. Asiyah cuma rasa je mcm tu."

Ahhh sedih betul dengar time ni. Betullah, dia pun confuse. Tapi nak explode. Pastu saya pun explain la apa yang berlaku in the past few days, dan saya buat dia fikir apa perasaan dia each time dia tantrum tu. Pastu saya suruh dia lukiskan dalam buku.

"What makes you sad?"
"What makes you frustrated?"
"What makes you angry?"

Diary kakak tu saya tak post sini, sebab itu privacy Kakak jugak.

Pastu kami akhiri aktiviti tu dengan page cerita harini. Tu just saja-saja la bagi positive pulak sebab tadi dia buat cerita negative emotions je kan. Nak bg hala tuju positive balik hehe.

"Today I am happy because...

pengedar herbalife kuala lumpur

Alhamdulillah lepas buat few improvement in my own parenting styles, dan ajak tentang emosi tu, my sweet girl back to normal.

Masih marah, tapi boleh express.
Masih sedih, tapi boleh express.

Takdela berlarutan sampai 4 jam as previously.

Most importantly, she started to get back her sweet smile, cheeky, mula bergurau balik, mula main mcm biasa. Pheww Alhamdulillah.

Walaupun saya takdela expect untuk Kakak ni perfect je all the time. But for now, bertambahla sikit few knowledge tentang anak 6 tahun.

TIPS FOR MOMMIES

Get support. Saya rasa penting sangat untuk kita cerita pada ibu lain. Ibu yang ada empathic sikitla. Jangan cerita kat orang yang jenis perfect je "Ehh anak I baik je." atau "Anak I ikut cakap." atau apa-apa la lagi yang tak membantu tu. Buat org down je hahah. Kalau ada kawan/keluarga yang ada anak nakal/rebel jugak, seronok sikit sembang cara mengatasi sama-sama. 

Good luck Mommies!!
pengedar herbalife kuala lumpur

KAMI MERUPAKAN COACH TURUN BERAT BADAN HERBALIFE

- sejak tahun 2007


Lebih lanjut tentang Program Turun Berat Badan kami : PROGRAM TURUN BERAT BADAN HERBALIFE

Anda mencari Coach Kurus khas WANITA? : COACH TURUN BERAT BADAN WANITA


Dapatkan produk Herbalife dan Coaching dari kami : 
Whatsapp 013628514 
Whatsapp 013628514 
Whatsapp 013628514 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...