Memaparkan catatan dengan label Herbalife Tea Mix. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Herbalife Tea Mix. Papar semua catatan

Isnin, 19 Jun 2023

Produk Herbalife Malaysia

Adakah anda sedang mencari produk Herbalife? 

Nak beli/order produk Herbalife di Malaysia? 

Pastikan anda dapatkan Herbalife dari COACH / PENGEDAR HERBALIFE yang betul ye. Barulah dapat kesan. 

Jadi anda bolehla dapatkan produk Herbalife kami. :D

*All statements in this blog have not been evaluated by the Ministry of Health. 
*Produk Herbalife ini tidak bertujuan untuk mengubati sebarang penyakit.

PENGHANTARAN PRODUK DAN COACHING DI SELURUH MALAYSIA. 

Pembelian TERMASUK SERVIS dan COACHING

Hubungi kami sekarang:

FOLLOW INSTAGRAM : @amalinapeter_coach untuk update terkini

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kami boleh hantarkan produk Herbalife dan memberikan coaching pada anda dari setiap bandar, daerah, negeri, di seluruh Malaysia. 

Kami juga telah menguruskan ramai pelanggan Herbalife dari Perlis hingga ke Sarawak. Semuanya termasuk coaching dan servis online. 

Servis kami sebagai PENGEDAR HERBALIFE dan COACH HERBALIFE merangkumi semua daerah dan negeri seluruh Malaysia : 

- Kuala Lumpur
- Ampang
- Shah Alam, Kajang, Bangi, Puchong, Gombak, Subang, Klang, Seri Kembangan, seluruh Selangor
- Johor Bahru, Batu Pahat, Kota Tinggi, Segamat, seluruh Johor
- Melaka
- Seremban, Port Dickson, Nilai, seluruh Negeri Sembilan
- Ipoh, seluruh Perah
- Wangsa Maju Setiawangsa Setapak Sri Rampai Ulu Kelang 
- Kuantan, seluruh Pahang
- Kota Kinabalu, seluruh Sabah
- Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, seluruh Sarawak
- Kuala Terengganu, seluruh Terengganu
- Putrajaya
- Perlis
- Penang
- Machang, Kota Bharu, seluruh Kelantan
- Alor Setar, seluruh Kedah

*kami berpengalaman menhantar produk dan memberi servis coaching pada semua bandar/daerah diatas.

Untuk maklumat lanjut boleh WA kami
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memilih produk Herbalife yang sesuai untuk anda


Herbalife Formula 1 Shake

Hidangan yang menyihatkan dengan 19 vitamin, mineral dan nutrien perlu dalam 6 perisa yang lazat untuk menyokong pengurusan berat badan anda.

    Shake Formula 1 meliputi soy protein soya, serat dan nutrien perlu yang membantu menyokong metabolisme, pertumbuhan pembaikan selular, dan pengeluaran. Terdapat dalam 6 perisa lazat.






    Multivitamins and Minerals


    Herbalife Whey Protein

    Suplemen protein tanpa lemak untuk mengawal rasa lapar dan pengurusan berat badan yang sihat. 

    Badan memerlukan protein untuk mengekalkan jism otot tanpa lemak dan mengawal rasa lapar. Tetapi bagaimanakah cara terbaik untuk mendapatkan preotein secukupnya tanpa lemak dan kalori yang tidak diperlukan? Blended Soy and Whey Protein Powder mengabungkan soy dan whey untuk membantu memuaskan rasa lapar dan menyesuaikan pengambilan protein anda secara peribadi. 





    Herbalife TC Formula

    • Membantu meningkatkan kadar metabolik semasa rehat.
    • Merangsang tenaga tanpa menyebabkan iritasi dan keresahan.
    • Mengandungi beberapa jenis herba yang membantu badan anda kekal sihat dan aktif sepanjang hari.
    • Dengan manfaat polifenol teh daripada ekstrak teh hijau, teh hitam dan teh oolong.

    Mengandungi bahan-bahan herba membantu anda kekal sihat dan aktif.




    Herbalife Teamix (Perisa Lemon / Peach)

    Tea-mix segera yang lazat dan berkalori rendah membantu anda agar sentiasa bertenaga dan segar semasa anda menguruskan berat badan anda. 
       


    CELACTIVO

    Celactivo ialah suplemen kesihatan yang dirumuskan dengan asid alfa lipoik dan vitamin B untuk menyokong proses metabolik normal dan menyediakan perlindungan antioksidan untuk badan. Ia juga mengandungi aloe vera untuk meningkatkan penyerapan mikronutrien.

    • Celactivo mengandungi asid alfa lipoik, antioksidan universal untuk melawan radikal bebas di dalam badan dengan mengitar semula antioksidan yang lain di dalam sel. Tambahan pula, Celactivo juga mengandungi aloe vera untuk membantu badan menyerap mikronutrien. Ia juga ditambah dengan vitamin B untuk metabolisme tenaga bagi menyokong gaya hidup yang sihat dan aktif.


    Herbal Aloe Concentrate

    Minuman yang tulen dan menyegarkan yang diperbuat daripada aloe vera untuk membantu mengekalkan kesejahteraan umum.
    Herbal Aloe Concentrate Mix diperbuat daripada tumbuhan aloe yang mengandungi enzim semula jadi, vitamin, mineral, dan asid amino. 




    Calcium Plus

    Multivitamin and Minerals


    NW Formula


    Herbal Aloe Concentrate


    Omega 3 Fish Oil

    Mixed Fiber with Inulin

    • Mengandungi serat larut dan serat tidak larut yang baik.
    Banyak diet moden kekurangan serat yang mencukupi, yang penting untuk pengurusan berat badan dan kesihatan usus. Serat larut memperlahankan pergerakan makanan dalam system pencernaan dan memberi rasa kenyang.




    Guarana

    • Mengandungi kafein yang wujud secara semula jadi untuk memberi rangsangan lembut yang memudahkan anda bertenaga. 
    • Teh segera yang merangsangkan ini mangandungi kafein yang wujud secara semula jadi dari guarana dan oren pekoe untuk membantu anda berasa bertenaga dan cergas. 


    Asas produk Herbalife Malaysia

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kegunaan dan manfaat setiap produk atau untuk buat pembelian, boleh hubungi kami.


    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Nak beli/order produk Herbalife di Malaysia? 


    FOLLOW INSTAGRAM : @amalinapeter_coach untuk update terkini

    Ahad, 10 September 2017

    Cameron Highland 3 Hari 2 malam : Aktiviti Kami

    Ni nak share itinerary kami ke CH dua minggu lepas, pada 24 Aug - 26 Aug 2017. 3 hari 2 malam. 

    Pada asalnya saya google dan research betul-betul jugak aktiviti menarik di Cameron Highland, tempat menarik untuk dilawati di Cameron Highland. Lepas dah senaraikan semua, kena cross aktiviti-aktiviti yang tak sesuai untuk ibu mengandung 6 bulan ni. ;D 

    Pastu saya rujuk peta sebab Cameron Highland ni jalannya macam satu garis lurus kan. Dari Tapah akan jumpa Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, bahagia Pasar Kea, pastu jalan ke Simpang Pulai. So taknakla buat itinerary kena kenal pasti kawasan-kawasan situ supaya effective dan tak buang masa. 




    CAMERON HIGHLAND ITINERARY. 24 AUGUST - 26 AUGUST
    Route pergi : TAPAH. Route balik : SIMPANG PULAU. HOTEL : ROSA PASADENA

    HARI PERTAMA : KHAMIS

    Patutnya kami gerak dari KL jam 8 pagi. Tapi plan kena tukar sebab tak siap pack barang lagi. Heheh. Jadi kami gerak jam 12 tengahari. Membazirla sikit masa, kalau tak boleh spend more time atas bukit heheh.

    12 pm : depart from home (Tapah Route)

    Singgah LATA ISKANDAR on the way naik


    Tak plan pun nak turun kat Lata Iskandar ni. Tapi bila lalu tu kosong je takde orang, singgahla kejap ambik gambar dan celup-celup kaki sikit. Hehe. Kalau siapa yang rajin tu bolehla siap untuk mandi terus. 

    CAMERON VALLEY TEA HOUSE, (between Ringlet dan Tanah Rata)

    3 pm : Tea at Cameron Valley Tea House 1

    Saya dan husband memang paling suka singgah lama-lama sikit kat cafe ni, minum dua gelas teh tarik terus. Heheh. 

    Tea house kat sini ada 2. Yang Tea House 1 parking sangat sikit. Kami sampai Khamis, belum cuti sekolah lagi, jadi senangla cari parking. Kalau datang weekend atau cuti sekolah, memang jauhla parking tepi jalan. 

    Kalau pergi depan sikit ada Tea House 2, yang itu banyak parkingnya. Itupun masih penuh jugak waktu cuti sekolah. 

    Permandangan cantik, minum teh tarik lama-lama ni seronoklah.

    Ada banyak jenis air kt sini. Tapi Teh Tarik pilihan kami hehehe. Sedap kalau ada karipap jugak, malangnya dorg dah tak hidang karipap. Semua menu western je :(

    Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands 

    4 pm : depart to MARDI Agrotech 

    Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak – Kanak RM 3.00

    Waktu Operasi:
    Isnin – Khamis (8.00am-12.45pm)
    Sabtu-Ahad (8.00am – 5.00pm)
    Jumaat (8.00am – 12.30pm / 2.30pm – 5.00pm)

    Lokasi: JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.


    Walaupun banyak kali ke CH, ni first time kami ke Mardi Agro Tech park. Best rupanya tempat ni untuk yang ada anak-anak kecil!

    Cumanya kami pergi harini time bukan cuti sekolah/bukan weekend. So tak meriah sangat. Tapi still okey. Boleh makan ais krim.


    Rupa-rupanya budak-budak ni suka sangat tengok bunga! Tak sangka! Kalau ikut perangai Mama dorg, tengok  bunga ni memang bosan betul. Lama dorg jalan sini belek2 bunga. Saya duduk tepi je dengan husband.

    Peminat bunga

    Ada periuk kera. So kelas biology kejap ajar anak-anak tentang pokok ni.

    Ais krim Al Mashoor Mardi yang famous ni. SERIOUSSSSSS SEDAP SANGAT!! Rasa home made, rasa fresh. Kitorg makan banyak sangat! Harga RM4 satu.

    PS : Yang ada anak perempuan tu, jangan lupa bagi buat inai kat situ. RM5 satu tangan. Tapi akak inai tu bagi adiknya buat free je. Budak-budak ni suka sangat MARDI sebab dapat inai dan ais krim sedap. 

    Check-in Hotel Rosa Passadena, Brinchang

    6 pm : CHECK IN HOTEL. REST.

    Mula-mula nak check in homestay je. Banyak homestay apartment kat CH ni. Tapi bila fikir nak makan breakfast hotel (sebab mak buyung ni nak makannn je haha), carila hotel yang ada breakfast sekali.

    Saya pilih Rosa Passadena sebab tandas dia ada bath tub. So bolehla budak-budak ni main, tak bosan kat hotel, waktu kami nak rehat. Lagipun biliknya luas sangat. Senang nak jaga anak-anak.

    Kebersihan : 3 bintang
    Luas : 5 bintang
    Breakfast : 4 bintang untuk rasa, 3 bintang untuk choices (ada nasi lemak, roti, bubur, dan teh/kopi sahaja)

    Lain-lain okey je Alhamdulillah.

    Makam malam di Restoran Taman Abang Streamboat dan Grill

    8 pm : Dinner 

    Ingatkan steamboat mcm kat Johnny's tu. Rupanya buffet, pastu ada griller sekali. Seronok lahhh kami mencuba benda baru. Pastu siapa tak suka buffet kan. Makan makan makannnn. 

    Harga RM40 seorang (tak silaplah. Tak berapa ingat harga ni)
    Kanak-kanak murah sikit. 
    Adik paling kecik tu percuba. 



    Kami suka makan real food real protein. Apa lagi, banyak betul refill kambing!! Hahah. Sedap woi kambing. Alhamdulillah.  

    Husband jadi tukang grill sorg-sorg. Wife makan sambil jaga anak hehehe. Udang pun refill banyak kali sebab budak-budak tu peminat udang. Makan nasi dengan udang je. 
    Lagi satu yang budak-budak refill sampai last adalah ais krim. Haaa. Punyalah besar perut keluarga Herbalife. Sebab tulah kena ada Herbalife. Kalau tak masing-masing dah gemuk dah ni hahah.

    HARI KEDUA : JUMAAT

    Lepas sarapan pagi, pukul 10 pagi mcm tu kami gerak jalan-jalan ke Taman Sedia. 

    TAMAN SEDIA : Al Mashoor, YZ Agro Farm & Cafe, KHM Strawberry & Jam, 200 Seeds Cafe Abang Strawberry (Nasi Lemak Sambal Strawberry)

    Taman Sedia ni perkampungan Melayu kat Cameron Highlands. Lokasi Kampung Taman Sedia terletak antara pekan Tanah Rata dan Brinchang. Kat sini ada banyak ladang strawberi dan ladang sayur yang diusahakan oleh kaum bumiputra. Ada ladang yang kita boleh petik buah strawberi sendiri dan ada yang dijual yang telah siap dibungkus.

    Kami tak petik sendiri sebab time pergi tu tengok semua farm pun tengah tak banyak buah. So beli mana yang sedia ada je. 

    Bagi saya kampung ni best lah sebab ada banyak cafe yang boleh dicuba. Antara yang paling famous adalah Scone di YZ Agro Farm and Cafe.

    Setelah google dan search reviews, top nama yang disebut kat Taman Sedia ni adalah :

    Taman Agro Al Mashoor

    Masa buka : 8.30am - 5.30pm

    Katanya cafe ni ada macam-macam, tapi yang betul best cuma ais krim strawberry tu jela. (Yang sama dengan kat MARDI jugak). Strawbery cicah coklat rasa biasa-biasa je. 

    makan strawberry sungguh-sungguh



    YZ Agro Farm and Cafe

    Masa buka : 8.30am-6pm

    Baca kat review, kat cafe ni ada macam-macam makanan. Dan scone sini terbaik kata review kat internet. Tapi bila kami pergi semua takde. Maybe bukan cuti kot jadi supply tak banyak. T__T Tulah keburukan bila pergi waktu bukan cuti sekolah.

    KHM Strawberry and Jam

    Masa buka : 8.30am - 6pm

    Ladang strawberry, ada buah anggur sekali. Review sini pun best orang kata. Tapi sama la jugak sebab bukan cuti, tak banyak benda dan cepat habis. So jalan-jalan tengok kawasan jelah. 

    200 Seeds Cafe Abang Strawberry

    Kedai ni famous dengan Nasi Lemak Sambal Strawberry. Lepas makan pun boleh kutip buah Strawberry kat ladang nya. 

    Berhadapan dengan restoran ni ada gerai jual Strawberry tepi jalan. Kat situ kami beli buah Strawberry yang paling fresh, besar, dan berkualiti berbanding tempat lain. Tak tahulah lain masa lain pulak hasilnya. 

    Sambal strawberry tu sedap. Tapi sikit sangatt. Heheh. Makan tengahari sini terus.


    Taman Kea, Taman Rama-Rama, Orchid and Rose Garden

    12 pm : KEA FARM, Butterfly Farm, Orchid & Rose Garden

    Kawasan Kea ni ada banyak kedai, strawberry farm, pasar. Since dah puas dapat Strawberry kat Taman Sedia, kami tak tengok pasar dan kawasan Strawberry nye. Layan budak-budak ni singgah Taman Rama-Rama dan Orchid and Rose Garden. 

    Taman Rama-Rama Kea



    Orchid and Rose Garden



    Boh Tea Center Sungai Palas

    Dah pukul 2pm tu macam banyak lagi masa. Jadi kami pun decide jalan masuk je Boh Tea Center Sungai Palas. 


    Mak buyung mendaki nak ke cafe. 

    Rasa biasa-biasa je. Bolehla enjoy view.

    Teh Tarik kurang umph.  
    Let's just enjoy our view and our hike. 

    Pasar Malam Sungai Ruil 

    Sebab semua orang kata tempat wajib, kitorg pun pergi jelah. Pastu tak beli apa-apa pun dan takde gambar pun. Hahah. Takpela wajib jalan-jalan jelah.


    HARI KETIGA : SABTU

    Harini dah start cuti! Jadi mulalah merasai azabnya traffic jam. 

    Sepatutnya jadual kami hari last ni adalah berikut :
    (Balik melalui Simpang Pulai sebab nak jalan-jalan lagi. Naik haritu dah lalu Tapah)

    Cameron Lavender Garden
    Cameron Valley Tea House Kuala Terla
    Avant Chocolate / Green View Garden

    WALAU BAGAIMANA PUN, sebab tengok jem teruk sangat kat kawasan Kea, dan saya pun lepas 2 hari non stop makan, badan dah tak sihat. Kami decide untuk turun melalui Tapah jugak. 

    Anak-anak pun tak habis-habis doa supaya kami singgah Mardi Agro Tech park lagi. Jadi doa mereka termakbul lah. 

    Kami check out hotel 12pm. Relax je lambat-lambat. Pagi tu lepas makan Nasi Lemak kat hotel, minum SHAKE COOKIES AND CREAM HERBALIFE pulak. Bagi badan segar balik. Sakit wooo badan mak buyung 7 bulan bila makan macam-macam ni. 

    Shake dulu!! 

    Ke Agro-Technology Park Mardi lagi

     Budak-budak suka sangat sini. Kami pun boleh la layan


    Makan ais krim ni lagiii. Hehehe

    Ada tempat Arnab

    Cuti sekolah dah mula. Baazarnya pun meriah




    Singgah CAMERON VALLEY TEA HOUSE lagi otw turun

    Badan dah letih-letih tu, memang mengidam shake jela sepanjang masa. Tapi gigih juga habiskan sisa terakhir kami di Cameron Highland untuk minum Teh Tarik jugak hahah. Walaupun dalam hati hanya ada Herbalife Shake.



    Layan Spider Girl kejap. Next time datang kena bawak proper Sports Shoe untuk anak-anak jalan trekking betul-betul.

    Layan jiwang pulak sebab dia dah ngantuk

    Travel jauh macam mana pun, ini lah TEH TERBAIK yang saya paling suka.
    Antioxidant
    Detox
    Tingkatkan metabolisma
    Tambah tenaga
    Bantu kawal appetite

    Banyaknyaa kebaikan Teh ni. Jadi, memang tak shopping Teh langsung nanti expired je. Heheh. Sebab satu rumah kami semua minum Teh Herbalife jee. 

    Ada macam-macam flavour pulak tu!

    Green Tea / Pomegranate Tea

    Lemon Hibiscus Tea, Peach Tea

    Korang nak teh yang mana? ;D


    Sekian sharing tentang journey kami ke Cameron Highland baru-baru ni.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...