Rabu, 18 Disember 2013

Baby Wrapping Baby Ktan

Bismillah.

Aku masih tak berapa functional sangat untuk menulis blog. Jammed sangat otak. Tapi nak share jugak sebab Baby Wrap yang aku guna sekarang ni MasyaAllah sangat best!

Namanya Baby K'Tan Breeze. Moto nya: "The Baby Wrap without all the wrapping."

Asalnya aku mencari baby wrap since sebelum Amra dilahirkan lagi. Dah pernah ada anak pertama, so bila nak mai anak kedua ni, aku dah tahu serba sedikit things that I really really need, and things that I don't really need. 


KENAPA PERLUKAN BABY WRAP?

1) Certain tempat yang kita nak jalan sangat tak stroller friendly. Contohnya main shooping place aku adalah KLCC. Lift kat hujung-hujung, pastu orang Malaysia ni bukannya berakal sangat bab-bab nak bagi keluarga ber stroller naik lift dulu. Semua nak berebut sekali. So for things to change you have to change, aku pun memilih untuk baby wrap jela kalau pergi tempat-tempat macam ni.

2) Baby ni kadang-kadang kan susah nak tidur. Time Asiyah dulu aku dah berpengalaman terganggu kerja for 2-5 hours. WHY? Sebab dah siap-siap susukan, bila letak je nangis. Angkat balik, tidurkan balik, letak nangis lagi. WHATTTTTT??? T__T Penat tau. So bagi mengelakkan aku nangis sebab penat tak habis-habis,  kalau dakapkan ke badan je most of the time baby akan nyenyak terus tak bangun-bangun. Heheh. 

3) Kalau anak nak berdukung je pun kite boleh buat kerja lagi.

4) Bonding-bonding. Time wrap kat badan tu, baby boleh dengar heartbeat mommy, rasa warm body heat, and kalau dia terjaga dari tidur, dia akan pandang je muka kite. Seriously I have experienced.

5) Berguna sangat kalau taknak guna 2 strollers bila ada 2 anak. Bila si kakak nak tidur kat stroller, si adik kita ikat ke badan je. 


KENAPA BABY KTAN?

1) Carrier jenis kain, yang juga dipanggil baby wrap, menyerupai orang-orang kampung punya cara kendong anak, which is the best. Tak mengganggu development badan baby. Sometimes the best way is the traditional way.

2) It's safe and comfortable for mom and baby Subhanallah. Kadang tu baby carrier tak ngam dengan anak kita. Kepala terkeluar, menyebabkan kite kena pegang kepala anak kita walaupun dia dalam carrier. Takdelah handsfree sangat. Baby Ktan ni totally handsfree sebab boleh masukkan kepala baby dalam kain tu kalau dia tidur. Macam Kangaroo dah.





3) Kalau buat aktiviti lasak-lasak pun tak sedar ada baby tengah melekat dengan kita. Hahah. Seb baik cacing-cacing ni tak jatuh kat Amra -__-"




4) Boleh guna sekecil-kecil baby sampaila ke usia 2 tahun. So takdela nak kena beli lain for different age. Cuma bila baby tu less than 1 month lagi, maybe macam susah sikit sebab tak reti dan tak confident tengok anak dalam tu. Tp once baby have developed full stretch on their legs, dah boleh buat position macam yang aku selalu pakai ni. Best sangat Alhamdulillah.








Poster Info Baby Ktan


Baby Ktan Breeze, ada lubang-lubang. So perfect dengan cuaca Malaysia yang 30 Degree Celcius ni. Jangan beli yang bukan Breeze. Kesian anak tu kena kukus berpeluh-peluh haa. T__T



Untuk pembelian Baby Ktan Malaysia hanya melalui JASMINE LOVE 0192186919. 



HERBALIFE MOM

Sabtu, 2 November 2013

Klinik Bersalin Wangsa Maju dan Sri Rampai

Bismillah.

Pantang-pantang ni paling banyak masa ber-blogging. Sementara tu bolehla share pasal klinik bersalin yang aku dah experienced. 


Both anak aku disambut oleh Dr Zanariah.





Pada tahun 2011, Asiyah disambut oleh Dr Zana di Pusat Perubatan Naluri di Wangsa Maju. 





Dr Zana ni merupakan referral daripada seorang saudara aku yang tinggal di Wangsa Maju jugak. Dia bersalin tiga anak dah dengan Dr Zana ni time tu. So aku agak confident la sebab aku memang ikut akak ni je semua benda. Daripada nikah, sampai kenduri, sampai doktor bersalin, sampai breast pump, sampai semuanyaaaaa aku rasa mostly aku copy akak ni. Sampai nak jadi cerita, condo kami tinggal pun sama. Heheh. Oke itu kebetulan la tak copy pun.


Time nak pilih klinik bersalin tu, memangla istikharah. Apa-apa pun Allah Maha Tahu semua benda. Istikharah antara Princecourt ataupun Naluri ni. So lepas istikharah, rasa nak pergi Naluri ni je.



REVIEW PUSAT PERUBATAN NALURI WANGSA MAJU (2011)


Nurse jaga lobi klinik - muka memang takde takde mood je. Tapi aku rasa bukan salah klinik pun. Nurse yang jaga kaunter lobi tu memang sorang je biasanya, kesimpulannya dialah yang bermasalah muka moody je. Nurse lain semua okey. Dan benda tu, bagi aku, tak effect kita pun. So lantak dialah.


Nurse ward bersalin & labor room - Perrghh MasyaAllah memang aku bagi bintang penuh punyalah. Handling time nak bersalin Asiyah dulu memang nurse yang jaga ward bersalin tu sangatttt memudahkan. Sampai lepas bersalin aku doa supaya Allah balas balik jasa baik dorang. Dua orang nurse tu memang pro, muka je garang tapi sabar dan sangat lembut dan baik dalam mengendalikan aku yang dah tak betul dalam labor room tu kan. Dorang assist aku breathing, guide step by step dengan sangat clear. Memang mudah je semua Alhamdulillah. Dan guidance mereka yang step by step dalam melahirkan Asiyah tu aku bawa sampai boleh guna time nak bersalin Amra.


Nursery Baby - Yang ini POOR. 10kali pesan nak full breastfeed pun tak faham-faham pergi sogok ana aku dengan formula milk jugak. Bengang gila. Memang bab ni aku mengamuk tahap meletop punyalah. Pastu semua buat muka bila aku pergi nursery nak breastfeed Asiyah. Macam menyusahkan ke apa. Bila buat muka bengang kat aku tu memang heartbreak betul la, lagi-lagi dia yang ditugaskan menjaga our newborn. Pasal nursery ni memang aku nangis everyday sebab marah sangat. 


Paediatric - Semua doctor locum. Kurang meyakinkan. 


Bilik - Aku ambik bilik deluxe, yang paling mahal. So bagi aku rate high jugaklah. Alhamdulillah semuanya selesa.


Makanan - Aku tak makan. Abang yang makan. Every meals Abang makan Abang cirit. -__-" HAHAH. So faham-fahamlah. 


Monthly check up - Biasanya kena tunggu 2 jam lebih. Tapi sebab dah biasa dengan jadual Dr Zana, aku selalu pandai cari masa yang memang aku sorg je customer akan datang time tu muahaha. So tak pernahla ada masalah menunggu lama selepas aku figure out bila klinik kosong. 


Jarak - 5 minit je dari rumah. Satu markah besar untuk aku pilih klinik ni. 


Dari segi labor room tak boleh comment sangat sebab Alhamdulillah beranak normal je. (Semoga terus dimudahkan untuk semua anak). Kalau ada complication ke apa, aku tak berani suggest apa-apa. Whatever it is the best adalah istikharah je. 



2 tahun berlalu, aku pun pregnant semula. Memang hati tetap nak dekat Dr Zana ni jugak. Tapi berat hati la pulak nak teruskan Naluri sebab sakit hati dengan Nursery Baby tu. Boleh tak dendam? Heheh. Dalam hati terus berdoa, selepas 6 bulan berjumpa Dr Zana setiap bulan, tiba-tiba dapat call yang Dr Zana dah pindah klinik. Bukak klinik baru. Pulakkk. Nervous gila time tu. Selamat ke bersalin kat klinik baru?


Istikharah lagi. Princecourt VS Klinik Baru Dr Zana? Lepas istikharah, rasa ringan hati nak teruskan dengan Dr Zana. So I choose...








Tunku Azizah Maternity Home namanya. Functional since July 2013. Setiap kali aku check up dengan Dr Zana, aku akan tanya, "Dah ada orang bersalin?". Cuak kot hahah. Doktor pun akan senyum-senyum je jawab berapa orang dah bersalin kat klinik baru ni. 




REVIEW TUNKU AZIZAH MATERNITY HOME SRI RAMPAI (2013)

Nurse jaga lobi klinik - Baik gila. Tapi I have in my mind, "Klinik baru kot, lama-lama nanti mulalah boring melayan pelanggan". Cehhh skeptikel jugak heheh.


Nurse ward bersalin dan labor room- Kurang berpengalaman berbanding Naluri, maybe sebab belum cekap lagi. Time bersalin Asiyah kat Naluri dulu aku ingat ada 9 baby hari yang sama. Nurse confirmla kena cekap gila. Kat Tunku Azizah ni hari aku bersalin ada 2 baby je. Amra dan baby lagi satu. Walaupun kurang pantas, tapi still markah memang BAIK SANGAT MasyaAllah. Dorg melayan ragam aku macam budak manja habis. Setiap benda yang aku cakap akan disambut dengan senyuman yang sangat soothing. So still, aku suka.


Nursery Baby - Dorg memang bagi full breastfeed. Setiap kali baby berak just panggil je nurse, nurse akan datang untuk tukarkan pampers. So macam smooth jugak. 


Paediatric - Locum jugak, cuma doktor tu full time di HKL. Lebih meyakinkan. 


Bilik - Aku ambik bilik deluxe, yang paling mahal jugak. Ada balcony, tapi jangan bukak balcony tu nyamuk masukkkk. -__-. Tapi still selesa.


Makanan - Aku tak makan jugak. Dan aku rasa no one makan sebab dah pernah ada bad experience so couldn't rate on this. Heheh.


Monthly check up - Sama jugak, ikut jadual Dr Zana yg time-time takde orang. So tak pernah berpengalaman menunggu lagi. 


Jarak - Sama jugak 5 minit je dari rumah. 


Dari segi labor room pun sama jugak tak boleh comment sangat sebab Alhamdulillah beranak normal je. (Semoga terus dimudahkan untuk semua anak). Kalau ada complication ke apa, aku tak berani suggest apa-apa. Whatever it is the best adalah istikharah je. 




Takde benda yang aku sesalkan dalam memilih klinik baru Tunku Azizah Maternity Home ni sebagai tempat bersalin 2nd baby, Alhamdulillah. Allah pun dah janji, takkan menyesal orang yang beristikharah. So beristikharahlah dalam memilih klinik bersalin. 


Dan bagi aku, selain Doktor yang bagus, Nurse yang bagus juga sangattttt penting. Ngeri je bila dengar cerita nurse2 yang tak berapa caring, mulut jahat. Kat labor room tu kita dah tak berapa waras dalam berfikir sebab sakit sangat. Nurse kenalah betul-betul caring. Alhamdulillah 2 kali bersalin ni memang semua nurse yang aku jumpa caring. Bila sakit contraction tu diusap-usapnya kepala aku, usap perut. Macam nak sambut ahli keluarga sendiri je. *touching*



REVIEW DOKTOR ZANA


Dr Zana tak banyak cakap orangnya, which is fine for me. Kalau nak tahu lebih-lebih kena rajin tanya, which aku pulak selalu tak tanya apa-apa pun. Kak Ain pun bersalin Balqis dengan Dr Zana, Kak Ain kata dia banyak bertanya so Dr Zana banyaklah bercakap. Hahah. 


Yang bestnya bersalin dengan Dr Zana, tengah-tengah sakit tu mesti dia baca "Lailahaillaanta Subhanakainnikuntum minazzalimin" dan "Astaghfirullahalazim." Dah dalam labor room tu semua benda yang kita hafal jadi lupa. It's nice when the doctor yang menunggu anak kita tu sendiri yang mengucapkannya, dan kita hanya ikut. And seriously, zikir-zikir ni sangat menenangkan.


Tak padan dengan muka serious, bila aku merepek dalam labor room tu Dr Zana selalu senyum-senyum je. 




Dan yes kerana istikharah juga, Alhamdulillah overall aku happy dengan pengalaman bersalin aku. Semua tempat ada pros cons, tapi kita doa kat Allah untuk dapat yang terbaik. Jangan guna akal sendiri lebih dari tanya Allah, kelak menyesal. 



Bab harga aku tak boleh nak review. We women, are good at telling our husband apa yang kita nak. Pastu yang kena settle bab duit dan budget tu suami lah. Heheh. So itu suami aku bolehla review which of course he wont sebab die takde blog. Cuma aku pasti harga Naluri dan Tunku Azizah lebih kurang sama. 



Siapa yang dah bersalin kat Pusat Perubatan Naluri bersama doktor barunya, ataupun kat Tunku Azizah Maternity Home, bolehla share pengalaman anda di comment. Boleh membantu ibu-ibu yang sedang mencari tempat bersalin! Thanks!! ^__^



To all preggers, keep praying!! Allah with you. ;D




TURUN BERAT BADAN SELEPAS BERSALIN?

PROGRAM KURUS 30 HARI 


Facebook: Amalina Peter
FB Page: Coach Ina Ab
Instagram: @amalinapeter_coach

Selasa, 29 Oktober 2013

Pengalaman Bersalin kali ke-2

Bismillah.

Pengalaman Bersalin Kali Pertama: http://amalina-peter.blogspot.com/2011/06/kelahiran-asiyah-abqari.html


Most of us would think, "Alah, kalau dah pernah beranak sekali, 2nd one InsyaAllah lagi senang." Well, actually, in my case, it was more challenging sebenarnya. 


WHY?


Because we have expectations. 


Expectations on the pain.


Expectations on what the doctor and nurses will do step by step.


Expectations on everything. Every single detail. In my case, even I was a little distracted bila tgk pergerakan doktor tak sama dengan first one dulu. Eh dulu time Asiyah waktu2 macam ni doktor dah pegang gunting kat tangan? Ni mana guntingnyaaaa?- gila detail otak sampai ke tahap tu aku compare. Sebab cuak sangat.


We have the memories to compare. "Tapi dulu? Tapi dulu?" Which actually make things harder. Kalau bahasa orang Herbalife kata, dah mula pandai, dah mula 'I think I know everything', dah mula tak teachable. Perghh cerita nak beranak pun boleh masuk term-term focus group lagi.


15hb merupakan Hari Raya Haji. All my family was leaving for 5 days of high level training in Bangkok. Kami qualify, tapi terpaksa stay di Malaysia kerana doktor memang dah expect aku akan bersalin 2 minggu awal, which in on 16th October. 


Besoknya, 16th, aku dan Abang pun pergi ke klinik maternity seperti biasa, nak check up baby. Takde confirmation pun yang aku akan beranak lagi. So doktor check up macam biasa, tapi muka doktor berubah lain macam sikit. So doktor suruh aku masuk ke labor room untuk check heart beat baby. 



My Fear. Labor Room. T__T


Labor room!! We meet again!! Hah rasa macam jumpa musuh lama. Musuh yang tak boleh di elakkan. Untuk dapat sesuatu yang berharga iaitu anak, kena lalui Labor room dulu. Oh myy. 


Lepas 30minit check CGC, doktor pun masuk. 


Doktor ambil glove. --- Makin berdebar sebab aku tau bila doktor ambil glove tu, sakit level pertama aku akan bermula. 



Rasa macam thriller movie yang kite nak pejam mata sambil peluk suami tu, bila tengok doctor dah mula pakai gloves. Except, this one is real. Movie is not!!!

"Oke Amalina, kita check bukaan kat bawah kejap k." -Oh I hate this part!!! It is so discomforting and it triggers painful contraction that lasts for few minutes!

"Oke, dah bukak 5cm. You are not going anywhere. This labor room is yours. Pergi check in ward sekarang, makan lunch dalam ni je, pastu kite bagi ubat buang najis, dan pecah air ketuban."


This is it. 


Syukur Alhamdulillah kena seluk bawah tu tak sia-sia sebab dah 5cm. 5cm means half way to go. 


Rekod sejarah bersalin Asiyah;

2-6cm, 2 jam.
6-10cm, 30 minit.

So bila doktor kata 5cm tu, memang anytime lah kan. Nasib tak pergi ke Bangkok. Kalau tak Baby Amra keluar kat Bangkok lerr -__-"


Sementara nak tunggu pecah air ketuban tu, tiba-tiba bestfriend aku mesej nak luahkan sesuatu. Dalam banyak-banyak hari, harinilah dia tiba-tiba nak fefeeling pulak. Itu namanya bestfriend. Heheh. Dapat rasa lain macam letteww..




Tengah cuak2 tu senyum-senyum la jadinya aku me-reply mesej kawan yang sorang ni kat dalam labor room.

Bukan Amira je sebenarnya yang contact aku. Ada jugak customer yang call urgently nak produk. Kelakar betul. Dalam banyak-banyak masa, kenapa kena sekarang? Hahah. Hadoii. The only moment when you have to ignore your customers sekejap: dalam labor room.






Pecah air ketuban adalah antara moment yang mengerikan. Nurse akan masukkan tangan dan ada tool ke bawah dan buat sesuatu yang aku tak tahu apa untuk memecahkan air ketuban. Kalau kejap je takpe jugak. Ni sekali seluk seminit. Cuba-cuba pecahkan tak berjaya. Pastu dikeluarkan balik tangannya. Pastu dia cuba lagi. Process repeated until air ketuban berjaya dipecahkan. 

In my case, anak pertama sekejap je. Tak sampai 30 saat. Anak kedua ni 4 kali kauuu. Setiap kali kena seluk triggers contraction. FAHAM TAK SAKIT??? Lepas tu, perlahan-lahan kita mula rasa katil kita basah, sebab air ketuban. Dan mulala tak selesa dan sejuk kan di tempat yang kita baring tu. Third, lepas pecah air ketuban la segala sakit yang maksimum akan bermula. 

SAKIIIIIIIITTTT contraction!!! 

Apa guna pagar besi tepi katil hospital?



Untuk ibu yang tengah sakit contraction nak bersalin pegang kuat-kuat sambil jerit sampai hampir patah. Nasib tak patah je. Nak tau sakit contraction macam mana? Bayangkan je kalau holder tepi katil tu kita pegang sampai boleh patah. (kecuali sebab besi so tak patah) Macam tula sakitnya.

Kalau dah letih pegang tangan suami, atau pegang baju suami, nak tukar angin kejap, pegang la pagar besi katil tu. 

Apa guna suami dalam bilik bersalin? Pentingkah kewujudan suami??



Unacceptable la kalau suami takdeeee. We are in a war, and they are part of it. Fungsi suami adalah sebagai;

1- Pasukan penyorak. Nak beranak ni perjuangannya lagi dasyat daripada perjuangan Cristiano Ronaldo. So if your husband can cheer for CR7, wajiblah dia bersorak untuk isterinya jugak!!  

2- Breathing assistance. Kat dalam labor room tu, cara bak bernafas pun kita akan lupa tau sebab sakit sangat. Sekali contraction datang, segala benda yang kita dah  menelaah selama 9 bulan kat youtube tentang cara pernafasan bersalin dan sebagainya, semuanya kita dah lupa. Yang nak kena assist kita nanti suami kita la. Dia yang kena bernafas sebelah kita, kita dengar kita akan automatik ikut.

3- Communicate with nurse, doctor, and our family. Yang nak bagitahu mak kita dah buka berapa cm, yang nak tanya nurse "Takpe ke macam ni?" Yang nak tanya doktor, suami kita. Kita menjerit kesakitan je. 

4- Teamwork. This is our child together. This is not something a wife have to go through alone. A caring husband is the most wonderful thing sejak hari kita mengandung, suami kita dah provide kita dengan keperluan yang secukupnya, ambil berat dan berikan kasih sayang selebihnya, diakhiri dengan perjuangan bersama-sama di labor room. Labor room is the best ending story of teamwork in pregnancy. Of course lepas tu ada sambungannya, "Teamwork in growing children". Heheh.

"I AM PREGNANT" she TOLD her MAN... he SMILED and KISSED her LIPS and said "CORRECTION my LOVE, we ARE pregnant. FOR that CHILD in YOUR womb is HALF of ME and HALF of YOU; and I will NOT let YOU go THROUGH the PREGNANCY alone... I may NOT carry OUR child BUT i WILL carry YOU and OUR child IN my HEART and CARE. I WILL be THE best FATHER to OUR child... WE are PREGNANT!" ♥ Now that's a REAL MAN.


5- Our comfort zone. Bila contraction pain hilang beberapa saat, we need to smell his scent, we need his kiss, we need to kiss him. We need him. He is the only comfort he have in the room.


3.30pm, mula pecah air ketuban. Still 5cm...

4.30pm....still 5cm...

Ya Allah, dah 1 jam!! Hukuman apa kah ini?? (Tengah-tengah bersalin tu memang over sikit minda.)

Ingat balik time bersalin Asiyah record aku gini:
2-6cm, 2 jam.
6-10cm, 30 minit.

Jadi aku agak trauma bila 1 jam berlalu tanpa ada penambahan 1cm pun. Dah tu nurse dan doktor dan suami semua boleh g solat Asar ramai-ramai kejap sebab tengok aku cool je tak jadi apa2. Hoishhhh kalau tiba-tiba nak beranak acane niiiii. Nasib semua solat kejap je. 

Bila semua dah masuk balik, bukaan aku dan 8cm!! Haaa kan aku kata mencuakkan. Abang  pulak kata tiba-tiba buka laju sebab semua solat Asar dulu tu. Eheh :'D

5pm, mula cecah 9cm.

"Oke Amalina, kalau dah ready, boleh PUSH."

Homayyyy this is it. 

T__T


PUSH Story

Lain macam sikit 10cm kali ni. Dulu punya 10cm, aku dah mula rasa NAK BERAK yang teramat. Tak boleh nak ditahan dah. Perasaan "nak berak" tu sebenarnya adalah perasaan yang Allah jadikan untuk ibu "PUSH". Tapi kali ni, sakit contraction je lelebih, perasaan nak berak nya TAKDE!! Ya Allah...benda kecik macam tu je Allah jadikan, boleh effect senang susah nak bersalin.

Aku push 3 kali tak jadi apa-apa jugak. Doktor suruh rehat 5 minit. Jangan push. Time tu aku dah nangis-nangis. Ya Allah...Ya Allah... Apa ujian apa ni?? (Over sikit fikir) Doktor Zana pun banyak kali istighfar suruh aku ikut. Aku tenangkan diri istighfar je. 

Push kali ke 4 dan 5 pun fail lagi. Time ni air mata dah mengalir-ngalir. Doktor kata "Boleh!! Jangan kata tak boleh!!." Aku jawab, "Takkk...takk bolehhh." Dalam hati nak je doktor potong perut terus sebab tak tahan dah. Punyalah tak waras. Doktor sergah kata, "Jangan kata tak boleh!! You can do this!! Come on one last time!!". Perrghh memang warrior spirit lah doktor.

Bila nak datang 6th contraction tu, aku pun tekad pada diri. Motivasikan diri kejap. 

"I am a Presidents Team. This is one last PUSH I'm gonna give to myself. Whatever it takes, sakit macam mana pun, I'm gonna push till the end, until Baby keluar. No more chance dah lepas ni. THIS IS MY FINAL PUSH, AND I AM GOING TO FINISH IT STRONG."

Motivasikan diri sekejap. Sempat wooo. Tak larat dah nak nangis-nangis.

Contraction datang.

"Rabbi Yassir wala tuassir. Astaghfirullahalazim."

Tarik nafas--- PUSHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.

Aku rasa 5-6 kali curi nafas, tapi tak berhenti push. Sakit semua memang aku tolak tepi, sebab dah ubah mindset. WARRIOR SPIRIT!!!

5.30pm, baby is out Alhamdulillah.

Total 2 hours from pecah air ketuban to birth. Alhamdulillah.

Macam biasa nurse terus pasang azan dalam labor room. Dengar suara baby menangis. Aku terus terbaring sayu. Curi-curi tengok baby. Dari labor room aku juga dapat dengar suara kakak Asiyah yang sedang menangis dalam bilik ward menunggu Mama dan Papa nya kembali. Drama sangat waktu tu. Macam tengok drama. Tak sangka semua perjuangan dah berakhir. 

Aku terbaring, and I spent the next 1 hour crying...dari tadi kena tahan, lepas baby keluar baru lepaskan semua tangisan... ofcourse lah sambil kena jahit kan. Kali ni doktor jahit aku dalam keadaan sedar. T__T Senyum-senyum je doktor tiap kali aku membebel sakit. Mesti doktor dah biasa handle patient mengada-ngada macam aku. 

7pm, aku dihantar balik ke bilik. Jumpa Asiyah, baby pun ikut balik bilik.

Asiyah excited sangat dengan kehadiran insan baru dalam keluarga. Dijaganya penuh kasih sayang. Terus nampak sifat kakak semula jadi yang ada dalam dirinya. LOL. 

Insan pertama yang visit aku kat klinik bersalin ni adalah.....



Cik Sakinah Ridzuan. Kemain spesel lagi jadi orang pertama yang tengok baby. PERTAMA tauuuu. Heheh. Sakinah ni downline aku. Tapi dah tak macam downline. Adik paling manja pulok dohhhh dalam team. 

Tengok lah tu datang melawat baby tapi asyik tengok handphone je hahah. Nampak sangat instag2 dan whatsapp2 je kerjanya. Nilah anak remaja zaman sekaranggg -__-


Kenapa tak tunjuk gambar baby??

"Penyakit Ain"

Dari Aisyah rodhiyallohu anha, Rasulullah SAW bersabda: Mintalah kalian perlindungan kepada Allah dari ain (mata jahat) karena sesungguhnya ain itu haq (benar) (HR ibnu Majah)
Apakah penyakit ain itu?
Penyakit ‘Ain adalah penyakit yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata,yaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.
Penyakit ‘ain tidak hanya disebabkan oleh orang yang iri dan dengki terhadap sesuatu yang dipandangnya. Bahkan setiap mata yang memandang takjub terhadap sesuatu dengan izin Allah juga bisa menyebabkan pengaruh buruk ‘ain walaupun orang tersebut tidak bermaksud menimpakan ‘ain. 


Oke tak reti sangat nek bebel panjang bab ni. Tapi untuk mengelakkan penyakit ain ni, buat sementara waktu, aku tak upload la dulu gambar baby. Safety reason. Siapa nak jumpa boleh la datang STS Pullman bulan November InsyaAllah pantang den dah habis time tu. :D



NOT OFFICIAL TESTIMONIAL PHOTO YET





As a summary 2nd pregnancy with Herbalife ni memang badan sangat best. And Alhamdulillah takde complication pun berbadan slim ketika pregnant kalau dapat nutrition secukupnya. Ofcourse lain orang lain badan, lain pregnancy lain result. Yang penting, JANGAN LOSE WEIGHT/ON DIET ketika mengandung. 


Just eat healthy calories banyak-banyak. Apa healthy calories? Google ler sendiri. Hehe



Sekian sahaja entri bersalin. All preggers yang sedang counting days, be safe!! Baca doa banyak-banyak. Susah senang bersalin semua aturan Allah je. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...