Selasa, 20 Jun 2017

Tantrum Anak 6 Tahun : Parenting Fail vs Cognitive Development?

Sekian lama dah tak menulis blog tentang hal peribadi. Tapi kali ni benda baru berlaku dalam keluarga kami. Dan saya rasa elok sangat saya tulis benda ni sebagai journal diri sendiri. 

Tantrum anak 6 tahun

Sejak beberapa bulan yang lalu, Kakak, anak sulung kami, mula express emosi negatif yang lebih banyak. Pada awalnya saya ingatkan, biasala budak nak badmood. So saya ignore je. Sambung kehidupan macam biasa. Tapi sejak beberapa minggu lepas, atau sejak Kakak sambut Hari Lahirnya tepat 6 tahun, Kakak mula meletup dengan emosi negatif.

Kakak mula meletup pemarah terhadap Adik, taknak mengalah dengan Adik dah, tak boleh terima kalau kami, parents, kata tak boleh dapat sesuatu, menangis hampir setiap jam, tak puas hati dengan semua benda, merajuk taknak cakap langsung, ignore parents, muram muka, jalan hentak-hentak kaki, express sangat tak puas hati. Kadang-kadang sampai gigit adik sebab geram sangat kot tak tahu mcm mana nak express emosi sendiri. 

Paling tak tahan menangis berlanjutan sampai 4-5 pagi. T__T Bulan puasa pulak tu. Mama Papa pun tidur terganggu je setiap malam. T__T

Ya Allah. Sejujurnya beberapa hari saya menangis sebab saya rasa saya ibu yang teruk. PARENTING FAIL.



Sebelum ni Kakak memang sweet heart sangat...

Sebelum tu, buat yang tak berapa kenal Kakak, Kakak sebelum ni sangat baik. Sentiasa tolong kemas rumah, tolong adik kemas diri, banyak jugak buat house chores, sentiasa mengalah dengan adiknya, adik selalu ambik baju2 kakak. -__-" Bila Mama marah adik, Kakak pulak kata "Takpe Mama, Asiyah memang bagi."

Kakak juga sentiasa matang dan memahami apa-apa je yang kami kata. Memang saya selalu kata kat Kakak, "Mama thank you Allah setiap hari sebab Allah bagi anak yang baik macam Asiyah." Sebab saya naklah dia tahu, Mama nya sangat bersyukur dengan kehadirannya dalam hidup.

Dalam hati, memangla bersedia untuk dia meletup jugak. Bukan saya tak bersedia langsung. Tapi bila benda ni betul-betul jadi, bila Kakak mula meletup ni, saya tetap terkejut. Macam mana pun kita bersedia, kite memang takkan bersedia dengan ujian hidup sebenarnya. 

Saya rasa main thing yang buat saya terkejut adalah, saya rasa dah tak kenal dengan anak sulung yang sangat rapat dengan kita ni. 

Yelah, semua trick yang berjaya sebelum ni dah gagal. Semua perbualan yang gelak tawa sebelum ni jadi tak dilayan. Semua benda yang saya cakap jadi salah.


pengedar herbalife kuala lumpur

PARENTING FAIL

Rasanya semua parents dah lalui perasaan ni. Rasa diri Bad Mom. Rasa mcm kita gagal. Rasa macam kita dah zalimi anak. Oh waktu ni stress sangat hari-hari nangis. Bila nangis pasal anak je mesti call my sister. Syukurlah ada Kakak. Sembang setiap hari sampai tenang.

Elok pulak kejadian bulan Ramadhan, bangun Tahajjud pun doa pasal minta Allah bimbing jalan.

Sampaila saya terjumpa satu artikel ni, barulah saya tahu ini bukan isu PARENTING FAIL.

http://www.huffingtonpost.co.uk/2014/08/14/worse-than-terrible-twos-the-stroppy-sevens_n_7329506.html

PARENTING

Sebelum ni, bila kena handle pembesaran cognition baby, kite dah baca banyak. Pasal tantrum 2-3 tahun pun, memang common untuk orang share benda ni. Di Facebook pun selalu tersebar perkongsian tentang tantrum 3 tahun. 

Untuk berhadapan dengan 2-3 tahun yang sedang tantrum, memang saya rasa okey je. Boleh handle. 

Tantrum 2-3 tahun pun lebih simple sebenarnya nak handle. Biasanya dengan eye to eye contact, dengan 100% attention, dengan peluk. Biasanya mengamuk mcm mana pun, kalau peluk dan tanya elok-elok apa perasaan dia, dia akan jawab lepas tu terus okey. 

6-7 tahun ni kompleks sikit. Tak sama jalan guna method budak kecik sebab dorg dah pandai. 


ILMU BARU TENTANG TANTRUM 6-7 TAHUN

Lepas baca baca baca baru faham, rupanya ini fasa normal! Lega sikit bukan parenting fail kan.

Sini saya sertakan beberapa point penting dari artikel tu :

- Tantrum 6 tahun ni memang fasa normal, dan ada sebab psikologi yang sebenar disebalik bad behavior ni. Bukan salah ibu, ayah, mahupun anak tu sendiri.

- Pada usia ni, anak kita telah melalui fasa kematangan minda. Bila dia cukup matang, dia mula membina cara fikiran yang baru, pendapat baru, emosi baru, dan semua cognitive development yang baru ni membuatkan anak tu sendiri confuse - which leads to tantrums.
(kesiannya. Bila fikir macam ni barulah tak marah anak tu. Dia pun confuse dengan diri sendiri)

- Kadang-kadang anak juga akan mula menipu pasa usia ni. Jadi parents kena tenang.

- Bila ditanya kenapa marah/nangis je, selalu jawapannya dia tak tahu kenapa.

- Fasa-fasa tantrum ni adalah transition untuk anak. Perubahan sebenar berlaku dalam cara mereka berfikir. Dan parents akan nampak benda ni sebagai perubahan sikap.

- berubahan ni juga mungkin berlaku disebabkan oleh berubahan dalam keluarga seperti ; pemakanan, parenting style, pindah rumah atau sekolah, keadaan sekolah.

Dalam case kami, bulan puasa ni maybe semua org lapar extra hehe, plus Mama pun pregnant dengan baby baru. Banyak jugak reason untuk emotional break down tu.


TIPS MENGATASI TANTRUM 6-7 TAHUN (saya compilekan apa yang saya dapat dari banyak bacaan)

1. Parents jangan tantrum dulu. Haha. Kena banyakkan ilmu. Kalau kita faham apa yang berlaku, kita takdela rasa anak kita jadi kurang ajar ke, anak kita berubah ke. So parents dulu kena improve.

2. Bila anak tengah tunjuk poor behavior, kena tunjuk boundry jugak. Bila anak dah tenang, duduk dengan anak dan explain family rules, dan apa yang boleh apa yang tak boleh. Contohnya marah mcm mana pun tak boleh pukul adik, atau marah macam mana pun dia tak boleh bossing her parents around, kena dapat apa yang dia nak je. It wont happen.

3. Explain consequences dari sikap mereka. Explain yang hidup jauh lebih baik kalau dia bersikap baik.

4. Reward good behavior. (contoh sini : Facebook Amalina Peter)

5. Bad behavior get banned from TV or fun family time.

6. Stick to rules. Kalau kite longgarkan je, anak pun tak respect dan die tahu takde consequences pun kalau ada bad behavior.

7. Lengkapkan keperluan asas anak. Sometimes bila anak dah 6 tahun ni kite ambik ringan keperluan mereka berbanding adik yang lebih kecil. Benda macam makan, minum, rehat, penting untuk dilengkapkan.

8. Ajar anak "it's okay to feel negative emotions". Pastu kena ajar macam mana nak handle.

It's okay to feel angry. It's okay to feel sad. It's okay to feel frustrated. It's okay to say 'No'. It's okay to feel tired. But you're still not the boss. And you can't hurt others.

So kena ajar anak acknowledge perasaan tu, dan bantu die untuk handle perasaan tu. Bukannya kata yang dia salah sebab rasa sedih/marah/penat.

Sebenarnya samala macam orang besar pun. Kite nak org dengar je, nak org akui je yang apa yang kite lalui tu menyedihkan. Kite sendiri perlukan EMPATHY. Samala macam anak. Cuma cabaran kat sini Mak ambik masa beberapa hari nak identify apa masalah anak ni sebenarnya? Marah tiba-tiba. Rupanya emosi. Huhuuu. Blur betul!


Sedikit perkongsian dari apa yang saya buat dirumah yang amat membantu Kakak lepas tu...

Baca knowledge satu. Nak apply tu lagi satu. Huru hara minda. Since ni Kakak sulung, so banyak implementation pun sesuai dengan keadaan anak sulung.

So I taught her few things.

1. It's okay if you don't want to share.

2. It's okay if you don't want to give to adik your things/foods/etc.

3. It's okay if you're tired helping your sister.

4. You have the right to say No.

5. You have the right to tell us how you feel about something.

I also started to give her more attention. Sebelum ni fokus Adik je sebab Adik kecik. Tak sedar yang Kakak ni pun kecik jugak.

RECOGNIZE YOUR EMOTIONS

Selalu adult pun kena lalui benda ni. Kena ada orang bgtau kita "Memang penat pun jadi Mak. Kau bukan bad mom."

"I know you're sad. You know you can talk to me about it anytime okay?"

"It's really okay to feel angry. Next time just talk to me if you feel angry. It's totally normal to feel that way."

Dear Diary Home Activities

Teringat dalam satu episode Supernanny by Jo Frost. Seorang mak ni berhadapan dengan masalah 10 year old tantrums, kakak sulung jugak, yang sangat pemarah. Lebih kurang macam Kakak, this girl banyak pendam perasaan dan rasa diri dia paling kurg disayangi berbanding adik-adik. Memang cabaran kakak sulung kot. Kesian pulak.

Bezanya, budak dalam episod ni dah pendam bertahun-tahun. 

So Jo Frost mula dengan minta budak ni tulis surat tentang apa yang dia rasa setiap hari. Express. 

Saya pun adjust sikit bagi sesuai untuk level 6 tahun. Saya ajak Kakak belajar English. 

"Harini kite belajar pasal Emotions"

First, saya senaraikan semua emosi yang possible dihadapi oleh budak 6 tahun. Lepas tu saya explain satu-satu. Waktu nak buat aktiviti ni pun Kakak tengah moody sebenarnya. Tapi saya ignore je sebab nak harap kakak betul-betul tenang memang impossible in the past few days. 

She always, ALWAYS, have something yang buat dia tak puas hati. Huhuuu. 

pengedar herbalife kuala lumpur

So saya tanya Kakak, "What do you feel right now?" Minta dia tunjuk.

Dia pun tunjuk pada emosi 'Frustrated'.

Lepas tu saya minta Kakak lukiskan 4 sebab each emotion, yang selalu dia rasa. Buat mini comic la kira. Waktu tu lama Kakak pandang muka saya.

"Asiyah tak tahu kenapa Asiyah rasa Sad atau Frustrated atau Angry. Asiyah cuma rasa je mcm tu."

Ahhh sedih betul dengar time ni. Betullah, dia pun confuse. Tapi nak explode. Pastu saya pun explain la apa yang berlaku in the past few days, dan saya buat dia fikir apa perasaan dia each time dia tantrum tu. Pastu saya suruh dia lukiskan dalam buku.

"What makes you sad?"
"What makes you frustrated?"
"What makes you angry?"

Diary kakak tu saya tak post sini, sebab itu privacy Kakak jugak.

Pastu kami akhiri aktiviti tu dengan page cerita harini. Tu just saja-saja la bagi positive pulak sebab tadi dia buat cerita negative emotions je kan. Nak bg hala tuju positive balik hehe.

"Today I am happy because...

pengedar herbalife kuala lumpur

Alhamdulillah lepas buat few improvement in my own parenting styles, dan ajak tentang emosi tu, my sweet girl back to normal.

Masih marah, tapi boleh express.
Masih sedih, tapi boleh express.

Takdela berlarutan sampai 4 jam as previously.

Most importantly, she started to get back her sweet smile, cheeky, mula bergurau balik, mula main mcm biasa. Pheww Alhamdulillah.

Walaupun saya takdela expect untuk Kakak ni perfect je all the time. But for now, bertambahla sikit few knowledge tentang anak 6 tahun.

TIPS FOR MOMMIES

Get support. Saya rasa penting sangat untuk kita cerita pada ibu lain. Ibu yang ada empathic sikitla. Jangan cerita kat orang yang jenis perfect je "Ehh anak I baik je." atau "Anak I ikut cakap." atau apa-apa la lagi yang tak membantu tu. Buat org down je hahah. Kalau ada kawan/keluarga yang ada anak nakal/rebel jugak, seronok sikit sembang cara mengatasi sama-sama. 

Good luck Mommies!!
pengedar herbalife kuala lumpur

KAMI MERUPAKAN COACH TURUN BERAT BADAN HERBALIFE

- sejak tahun 2007


Lebih lanjut tentang Program Turun Berat Badan kami : PROGRAM TURUN BERAT BADAN HERBALIFE

Anda mencari Coach Kurus khas WANITA? : COACH TURUN BERAT BADAN WANITA


Dapatkan produk Herbalife dan Coaching dari kami : 
Whatsapp 013628514 
Whatsapp 013628514 
Whatsapp 013628514 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...