Friday, July 19, 2013

Pakaian Muslimah Sri Munawwarah Design

Bismillah.

Ramai yang bertanya sejak bertahun-tahun dah. First time nak blog. 

Sri Munawwarah Design adalah pakaian Muslimah yang amat cocok dengan personaliti aku. Ini personaliti aku. Ada je orang yang tak berkenan dengan design-design Sri Munawwarah ni. Kita semua ada personaliti masing-masing, yang akan membina "Confidence" kita sebagai wanita bila memakai certain pakaian. Dan aku pilih "Sri Munawwarah Design". 





Sri Munawwarah Design. ONLY at Taman Tun.


Butik Sri Munawwarah Design takde online. Kalau nak beli, kena pergi butiknya di Taman Tun. "Takde cara lain ke nak beli?" Jawapannya memang takde. 


Range harganya memang agak mahal. Untuk satu tudung RM100-RM120. Untuk jubah hitam RM380. Dan standard jubah warna lain-lain RM500. Sehelai. Sesetengah orang complain "Kalau tak cukup ribu ribu, memang tak mampu nak membeli belah di Sri Munawwarah ni." Like I said tadi, kalau tak cocok dengan diri kita, memangla kita nampak "Baik beli kat tempat lain." Tapi aku lebih menghargai value yang Sri Munawwarah berikan berbanding harga. Alhamdulillah.

Aku dah berniaga Herbalife since 2007. Tahun 2011 baru mampu beli koleksi tudung-tudungnya. Tahun 2012 baru mampu beli koleksi jubah-jubahnya. Alhamdulillah Allah bagi rezeki. 

Antara "Why Herbalife" aku dulu pun aku tulis, "Nak afford pakaian Muslimah yang cantik-cantik, kemas, dan menutup aurat." 

As a frequent shopper, aku rasa susah sangat nak cari kedai yang baju-bajunya CONSISTENT menutup aurat. Kalau sekali keluar fesyen tutup aurat, kita jatuh cinta, next visit datang lagi sama ada takde fesyen baru ataupun ada fesyen tapi dah discount-discount aurat. Penat la nak cari kedai seterusnya pulak. Dulu selalu beli jubah-jubah hitam Turkuaz. Kemudian satu masa Turkuaz dah tak update stock. Stock jubah-jubahnya semua dah mcm...kurang memuaskan. STRESSNYAAA Ya Allah....

EMPAT TAHUN berpenat lelah memburu. Akhirnya satu masa kami sekeluarga buat keputusan menjenguk Butik Sri Munawwarah pada tahun 2011. Aku dan Mama Millionaire Team. Dalam mind rasa mahal lagi sebab suatu ketika dulu dah pernah datang rasa mahal gila. Lupa pulak income Millionaire Team pun pastinya dah boleh mampu koleksi Sri Munawwarah. Alhamdulillah. 

So, here I am. Selalu sangat orang tanya, "Beli tudung kat mana?" "Beli baju kat mana?" Simple je. Aku dah tak berjalan mana-mana sangat. Dua bulan sehari kami akan spend seharian di Butik Sri Munawwarah ni. Tak payah buat kerja "hunting" pakaian Muslimah dah. Alhamdulillah. Memang tiap masa aku akan doa supaya Allah terus ilhamkan Sri Munawwarah untuk terus menghasilkan pakaian Muslimah yang berkualiti dan tiada diskaun aurat.


Pemilihan pakaian aku yang membuatkan aku selesa dengan Sri Munawwarah:

1- SEMUA pakaiannya menutup aurat tanpa diskaun tapi kemas. Tidak seperti kebanyakan baju yang ketat sedikit bahagian pinggang/punggung, fesyen jarang sedikit, lengan pendek/jarang sedikit. Dan menutup auratnya tu betul-betul cantik bila dipakai. Tak selekeh. So tak payah fikir panjang bab aurat kalau nak beli di Sri Munawwarah.

2- Fesyen yang decent dan tidak terlalu menonjol, tetapi professional dan kemas. Oke I have NOTHING against fesyen Muslimah yang gempak-gempak dan menutup aurat. Tapi aku seriousssss tak confident kalau kena pakai fesyen gempak ni. Kalau di Sri Munawwarah ada special section untuk pakaian gempak ni. Tp invited customers je boleh masuk. Aku ada beli sikit kat section tu. And pakai sekali je sebab rasa lawa sangat tak confident nak pakai. -__-" So stick tu simple jubah jelah.



One colour Jubah.




3- Selesa. Bukan hanya kelihatan kemas dan cantik, perasaan kita yang memakaila paling penting bila nak memilih pakaian. Kalau jubah lawa-lawa tapi nak pakai bawak solat/wudu especially ketika musafir leceh, pun tak best. Jubah Sri Munawwarah semua tidak perlu ada 2nd thought untuk pakaian harian kita. Pakai wudu dan solat pun selesa. 

4- Sesuai untuk Muslimah "pemalas" seperti aku. Pemalas dalam erti kata, aku memang malas fikir nak beli kain - tempah baju - design baju yang nak ditempah. Mama dan Kak Ain dulu selalu membebel tengok kemalasan aku. Takde baju raya pun takpe punya tahap malas. Dah bertahun ni pun baju raya aku memang depends on keluaran Sri Munawwarah je. Kalau takde fesyen lawa-lawa pun, aku pakai je untuk raya. Tahun ni dah beli baju raya Sri Munawwarah. :D

Pendek kata, fesyen jubah dan tudung Sri Munawwarah style aku ni, jenis yang siap 5 minit je. lagi 5 minit pakai-pakai moisturizer dan booster di muka. So total 10 minit je nak siap. *heaven*

 5- Tudung simple dan labuh. Ada je tudung Sri Munawwarah untuk lilit, untuk pusing-pusing, shawl, semua ada. Tapi sebagai ibu menyusu (bakal menyusu lagi InsyaAllah), tudung yang sedikit pendek amatlah tidak boleh diterima pakai. So kalau nak pusing belit sana sini, lilit sana sini, agak mengganggu ketenteraman aku sebagai seorang ibu. Kalau zaman bujang-bujang dulu maybe aku beli jugak yang memusing melilit. 


Casual wear. Tudung Sri Munawwarah 24 hours.



Gold Inner = bcbgmaxazria
Jacket putih dan tudung Gold = Sri Munawwarah
Baju Asiyah = Teddy Tales
Abang = Lords Tailor

On stage. Bangkok. Extravaganza 2013.
Me = Jubah and tudung Sri Munawwarah.
Abang = Lords Tailor


On stage wear. KL. Spectacular 2013.

So okey. Sekian sahaja perkongsian.

Ramai yang bertanya sejak bertahun-tahun yang lalu. Inilah jawapannya. :D

3 comments:

Effa Efzanie said...

Alhamdulillah dapat jugak jawapan dari amalina..selalu tgk tapi segan nak tanya depan2..mmg berkenan sgt dgn setiap tudung yg u pakai...eheheee...tqsm..

Anna Ruslina said...

nak kena melawat lah butik ni. dulu tak pernah nak jengah sbb org kata mahal.

Nadhirah Ahmad said...

jubah grey/ silver mel pkai spectacular tu brp rm?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails