Amalina Peter in Intagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 25 Jun 2013

Herbalife di bulan Ramadhan

Bismillah. 

Mendekati Ramadhan ni, memang banyak emel yang aku terima bertanyakan produk Herbalife untuk kekal sihat dan bertenaga di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, ramai rupanya orang yang mencari solusi menjadi lebih sihat.


Kebanyakan golongan yang bertanya adalah:



1- Guru tadika. 



Guru Tadika


Sebagai guru tadika aku faham pekerjaan anda sangat memenatkan. Nak kena kejar budak-budak, bawak ke tandas, jaga ini dan itu. Kalau aku yang baru jaga seorang anak ni pun kena ada bibik, lagikan guru-guru tadika yang kena jaga lebih 10 kanak-kanak berusia 3-6 tahun. Sangat penat. Maka sangat wajarlah bagi guru-guru tadika sekalian mula mencari solusi untuk kekal bertenaga sebagai guru tadika walaupun berpuasa. Nanti lepas habis tadika, nak terawih, lepas tu besoknya bangun pagi-pagi nak sahur pulak. 


Tadika Upin Ipin




2- Ibu sepenuh masa/Ibu menyusu/Ibu Bekerja


Group ni pun memang power sangat MasyaAllah. Agak ramai juga yang nak gunakan Herbalife untuk menjadi ibu yang lebih sihat dan bertenaga menjaga anak-anak yang super active Alhamdulillah. Ibu-ibu sangat memerlukan nutrisi seimbang!



Super Mom
Kalau aku yang fulltime Herbalife bekerja dari rumah plus ada Bibik ni pun perlukan Shake Herbalife, apetah lagi yang tiada Bibik? Yang bekerja luar rumah? Yang bali lewat malam? Lepas tu nak spend time dengan anak pula. Tambah pula masih menyusu anak. Janganla stress-stress. Minumlah Shake banyak-banyak InsyaAllah rasa lebih bertenaga. 


3- Student-student IPTA, IPTS, dan sekolah.



Lecture Hall IPTA


Aku sendiri memulakan Herbalife product ketika status aku "Pelajar SPM". Dan memang aku memulakan Herbalife sebulan sebeluum Ramadhan. Memang Alhamdulillah membawa kesan menjadi student yang bertenaga dan tak rasa macam puasa!


Kemudian aku meneruskan status aku sebagai pelajar IPTA. 2 Ramadhan di CFS IIUM, 3 Ramadhan di UIA Kuantan. Alhamdulillah walaupun puasa, tak macam puasa. Dan sebagai student IPTA nilah perniagaan Herbalife aku berleluasa. Setiap hari ada je student yang nak consume Herbalife sebab nak tenaga. 


Kat IPTA ni, sama ada Ramadhan atau tidak, lagi ramai yang mencari Herbalife untuk kesihatan daripada untuk lose weight. Tapi tu zaman aku tahun 2007-2010. Kalau zaman-zaman sekarang ni aku rasa ramai yang perlukan lose weight je. Zaman berubah, kegemukan pun bertambah. :s 



4- Dan semua golongan!! 


Banyakla pulak kan aku nak explain satu-satu gologan. Cuma 3 golongan di atas adalah top yang paling banyak contact kami untuk lebih bertenaga, especially sempena Ramadhan. Tapi aku tahu ramai je lagi orang lain yang nakkan energy jugak. Selagi namanya manusia, akan ada je yang tak sihat dalam sesuatu golongan tu, tak kira kerja kan. 



So okey. 


Bagaimana nak sihat bertenaga di bulan Ramadhan?



This?






Or this?


Jadual makan Herbalife Ramadhan.


1- Untuk Turunkan Berat Badan



As shown in the gambar above, Sahur dengan ALOE, TEAM dan SHAKE. Kalau ada duit, belila Formula 3 sekali letak dalam Shake tu. Power Shake jadinya hee.


Soalan: Kenyang ke nak puasa dengan Shake je sahur?

Jawapan: Belum cuba belum tau kak. Sahur dengan shake memang kuantiti nampak sikit comared to nasi. Tapi kualitinya MasyaAllah. Kenyang, bertenaga, rasa macam tak puasa kadang-kadang. Lebih bertenaga berbanding kalau sahur dengan nasi! Alhamdulillah. Kalau tak percaya, cubala dulu. 


Soalan: Kenapa bukak puasa pun makan Herbalife jugak? Tak lapar ke?

Jawapan: Time bukak puasalah segala kerakusan yang tidak digalakkan Islam akan berlaku. Time tu kita lapar. Segala benda kita nak bantai. Jadi, elokla bukak puasa tu minum je Shake dulu. Pastu solat Maghrib. Perut kita sempat tenang dan kurang rakus. Lepas Isya' baru makan normal meal nasi dan lauk yang seimbang. InsyaAllah sihat dan lose weight healthily sepanjang Ramadhan, dan during Raya nanti badan kita dan seimbang dengan nutrisi. Kalau badan kita seimbang, weight gain during Raya pun dapat dielakkan!! :)


2- Untuk Kesihatan, Maintain Berat Badan


Ni macam aku dan Abang. Kami punya program Herbalife untuk maintain berat badan sama ada taknak gain weight atau taknak lose weight during Ramadhan. Yang penting nak sihat. InsyaAllah.





So ni cara pengambilan aku. Bukak puasa mulakan dengan Aloe dan Tea dulu. Lepas tu bantai normal meal. Which untuk orang-orang yang tak perlu turun berat badan macam kita ni, biasanya system badan kita pun tak melahap jugak. Sebab tulah we don't need to lose weight. So just 1 plate of nasi dan lauk. 2-3 biji kuih. Lepas tu Maghrib, Isya dan Terawih.


Lepas Terawih, aku akan minum Shake lagi sebab biasanya dah boleh lapar balik. (Ingat ye time berbuka makan 1 pinggan je bukan 3 pinggan. 3 biji kuih je bukannya 10 biji). Pukul 9.30 PM minum Shake, lepas tu aku akan makan carbohydrate snacking seperti putu mayam, sandwich, cereals, kuih-muih yang berlebihan, dan lain-lain. Apa-apa pun, JANGAN AMBIL BERLEBIHAN ye apa-apa pun. Bukan aku yang cakap, Nabi yang cakap. Berhenti sebelum kenyang! :)



Soalan: Setiap kali Ramadhan berat saya akan turun mendadak dan saya akan jadi terlalu kurus, dan sakit. 

Jawapan: Okeyy aku pun mcm ni jugak. Simple je. Make sure bila Ramadhan bermula anda dah ada 1 jadual "komitmet makanan" ketika Ramadhan. Shake Herbalife kekal MINIMUM 2 kali sehari walaupun berpuasa. Penambahan dari jadual di atas hanyalah (A) Bangun awal sikit sahur untuk makan carbo dan protein meals sebelum Shake. WAJIB AMBIL SHAKE JUGA. (B) Bukak puasa makan normal meal seperti gambar. (C) Lepas Terawih minum Shake, dan makan 1 heavy meal jugak. 


Fuhh okey!!


PENGUMUMAN: PERTANDINGAN MENURUNKAN BERAT BADAN (WEIGHT LOSS CONTEST) NUTRIWALK WANGSA MAJU MASIH BERJALAN SEPERTI BIASA WALAUPUN RAMADHAN. MALAH ROUND-ROUND YANG AKAN BERJALAN SEPANJANG RAMADHAN NI AKAN LEBIH BANYAK KEJUTAN UNTUK SEMUA PELANGGAN!! -nak membantu Misi Kurus sebelum Raya lah katakan. Jangan bertangguh lagi!! Segera hubungi kami untuk menyertai pertandingan ini!! (Not open for anyone who already has any attachment with Herbalife. Harap jelas)


Akhir kata, selamat membuat yang terbaik sempena Ramadhan ini!! 






COACH INA AB 0136280514
FACEBOOK : AMALINA PETER
INSTAGRAM: @amalinapeter_coach

FACEBOOK PAGE: COACH INAAB