Monday, February 4, 2013

Luangkan Masa untuk Membaca


Bismillah.

Assalamualaikum semua!!

Hari ini aku nak menggalas misi kerajaan Malaysia sejak tahun 1995, "Mari Membaca Bersama". Zaman2 buku nilam mula dilancarkan, pastu siapa yang paling banyak isi buku nilam tu akan dapat anugerah nilam. Namun kebanyakan student hanya baca muka pertama, muka terakhira (just to get the picture), lepas tu isi buku nilam. -__-" Mesti korg pun pernah buat kan? Lagi-lagi kalau cikgu BM garang.


THIS IS HOW YOU FILL IN BUKU NILAM!! :D




Waktu aku sekolah rendah, English aku amazingly TERUK. I didn't even know how to spell "Dangerous" waktu darjah 6. Nama je anak Allen Peter. Turning pointnya bila Teacher Salmah, teacher English aku hubungi Mama untuk complain status aku, punyalah malu.

I started reading English novels FEAR STREET. Buku Fear Street by RL Stine bertemakan khusus 100% kisah2 pembunuhan di Fear Street dan misteri "Siapakah pembunuhnya?" dan "Mengapa?".






So, bagi aku, sangatlah merangsang keinginan aku untuk membaca. Aku cuba buku yang lebih decent dari ini tapi seriousss bosan. So, okeyla Fear Street ni buku untuk org yang nak membaca tapi tak nerdy. :p Poyo gila term. Oke abaikan. Kalau buku Fear Street yang nipis2, aku habiskan dalam masa 2 jam je sebelum tidur. Paling lama aku ambil masa 3 hari untuk habiskan. Kalau yang tebal-tebal tu, kisah panjang sikit, maybe seminggu. I finished 80 books in 12 months. Lebih kurang 6-7 buku sebulan.

Lepas tu secara tak langsung grammar, sentence structure, simple vocab aku terbentuk. Bila dah banyak membaca, otak kite akan absorb benda yang kite tidak boleh belajar secara teori iaitu struktur ayat. Belajarla sepurnama pun tentang struktur ayat, cara terbaik untuk belajar tetap dengan banyak membaca.


HARI INI, tabiat membaca perlu diteruskan demi menjadi Ibu contoh buat anak-anak. Dan demi terus belajar. Hidup masih muda. Memangla ada banyak masa untuk make mistakes. Tapi kalau boleh avoid mistake by learning from books, kenapa nak langgar dinding jugak? Hidup dah maju, smartphone power, tapi gaya lalui hidup macam org dulu-dulu yang apply knowledge yang belajar dr mulut orang atau dr kesalahan. Teknologi dah maju, jom majukan minda jugak. :)

Bila life kite bergerak agak pantas: Kahwin pada usia 21 tahun, dapat anak usia 22 tahun, lead business usia 20-an. Waktu nilah kite sangat perlu membaca. Untuk lalui perkara-perkara ni pada usia muda adalah luar kebiasaan. Jadi effort kita untuk catch up pun perlu luar kebiasaan. LEARN.


Our Mini Home Library

"Abang's Corner" youuu... bila aku susun buku ni barula aku tau Abang banyak membaca jugak! Tak pernah nampak pun. Mesti die banyak membaca time aku shopping. :s 







Nak membesarkan anak banyak sangat cabaran. Yang akan tenangkan hati aku bila aku baca buku dan belajar yang perkara ini NORMAL dan apakah cara terbaik mengendalikan cabaran membesarkan anak ini. Contohnya yang aku karang di entri TANTRUM.

Ataupun aku mengalami kesukaran me-retail, atau meng-follow up, atau making relationship with new people (perkara tu akan effect follow up bila kita tak reti deal dengan new people sangat), pun baca la buku2 tentang selling. Banyak sangat buku yang ada. Pergi belek-belek sikit, kalau font die best bagi kita, cara penulisan pun sesuai, bacala.

Aku tak habis baca pun semua buku-buku ni. Cuma asalkan ada. Kalau aku perlu, at least kitab-kitab aku lengkap. Kalau tengah stress, boleh baca buku-buku agama, belajar dari inspiring stories of the people in the past. Kiranya, aku baca ikut keadaan aku.

Kitab pregnancy yang memang aku suka sangat sangat adalah "Pregnancy book day by day" (boleh refer gambar). Memang lengkap!! Ikut hari pulak tu. Rasa macam ada orang memahami aku setiap hati sebab every page die akan cerita psl benda yang tepat dengan cabaran aku hari tu. :')

Subhanallah bestnya membaca. :D


PARENTING TIPS: DON'T BUY ANOTHER TOY, BEFORE YOU BUY ANOTHER BOOKS.

Mini Library Asiyah


Permulaannya bila nak introduce BUKU pada Asiyah, aku banyak beli block books. Seperti di bawah.


Packangingnya menarik. Walaupun orang kata "don't buy books from it's cover", aku kena admitla kalau cover tak best, aku pun tak bersemangat tengok benda ni kat rumah aku kan.

Block Books. Selain menjadi BUKU, block books juga menjadi mainan Block. Asiyah dan Nuaym suka menyusun daripada membaca. Tapi takpe, asalkan diorang familiar dengan BUKU.



Buku-buku keras kisah2 Nabi.


Anak awak dah faham ke??

Tak. Memanglah Asiyah umur setahun tak faham lagi bila membaca. Tapi kite yang kena hias rumah kita dengan buku. As she grows older, secara tak langsung dia takde choice lain selain membaca. Asiyah dah faham bila kita belikan buku, it means something that she has to appreciate. So die akan happy. Walaupun budak-budak ni mudah sangat untuk tak suka buku dan sukakan iPad, kita as parents jangan mengalah untuk mendidik mcm mana Mama tak mengalah untuk mendidik kami.

Jangan nak beli buku pun nak perfect je anak tu kena suka buku-buku tu. Tak payah. Beli je banyak-banyak, susun kat rumah. Biar dia membesar dengan environment tu. 

"Sometimes, when I'm too bored reading books, I'll play with them"-Nuaym

 


Almari buku Asiyah memang lagi menarik dari almari mainan dia. In fact, Asiyah tak suka main pun semua mainan die. Kalau tinggal dengan bibik berdua kat rumah, bibik pun baca buku sama-sama. Semoga mendatangkan kebaikan dunia akhirat.

It's so much fun bila kami ada family moment ke KLCC, kami akan singgah Kinokuniya dulu untuk beli 1 buku Asiyah that she choose sendiri, lepastu baru akan pergi Toys R us untuk beli mainan. Itu pun aku beli buku 3, mainan 1.

"Books are fun. If Nuaym is reading, I can't miss the fun too!"-Asiyah




Buku-buku baby ni tak payah complex sangat. Lebih simple, lebih mereka mudah faham. Aku suka avoid buku-buku yang canggih. Avoid buku yang guna battery dan boleh tekan-tekan. Sebab point aku beli buku untuk dia suka buku, bukan suka main. 


Simple books. Asiyah's most favourite of all time selain Block Books.


Perasan tak mothers selalu terlupa beli buku banyak-banyak untuk anak, tapi boleh beli mainan banyak-banyak untuk anak. Tapi bila anak tu besar, membebel kenapa tak suka membaca. Hehe. So it's all back to US.


Kesimpulannya, banyakkan membaca!! Kalau kita tak banyak membaca, kita akan rasa kita tahu semua benda, kita je yang betul, kita memalukan diri kita je. 

Thank you Mama Abah sebab memupuk sifat membaca dalam keluarga. Semua membawa kebaikan dunia dan akhirat hingga ke anak cucu. :)

2 comments:

Cheq Kaq said...

akak macam dah terlambat jer..tapi takper..InnshaaAllah..boleh bermula arini!hoyea!!thanks for sharing dik..

amer akat said...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

Top Entry of the Month

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails