Bismillah.
Ever wonder apakah batas2 kehidupan kite? Semua benda ada batasnya. Tapi dalam hal lain aku terfikir, ade juga benda yang unlimited kalau itu yang Allah kehendaki. Okey, intro aku terlalu general.
Aku terfikir, tentang arak. Sudahlah haram, penggunaannya juga merosakkan kesihatan kita. Dan seseorang yang minum arak tanpa batasan juga akan terbatas bila suatu hari nanti dia disahkan sakit kronik, or worst, mati. Itulah batasnya. Walaupun mengambil masa berpuluh tahun, batasnya tetap ada untuk mengakhiri bad habit itu.

Begitu juga rokok. Merokok hari2 tanpa batasan, tapi lagi banyak batang yang digunakan sehari, lagi cepatla kau mati. Pun ada batasan. So kalau taknak sakit teruk sangat, merokok sebatang sehari je, boleh tak macam tu? Aha okey whatever la.
Tapi pernah terfikir sifat2 buruk, mana batasnya? Jika kita membenci seseorang, mana batasnya? Ada? Takde... Jika kita terlalu menyukai seseorang, mana batasnya? Takde...boleh jadi gila kalau sukakan seseorang, kan? Kecuali kalau Allah kehendaki, kite akan mendapat petunjuk, bagaimana dengan jika Allah mengizinkan kite terus menerus dalam sifat2 buruk tu? Na'uzubillah...
Perkara yang paling membunuh manusia: EGO.

Ego manusia tidak ada batas, jika itu yang Allah mengkehendaki untuk kamu. Na'uzubillah. Perasaan ego, riak, dan sombong, boleh berterusan sampai bila2. Mungkin kerana Allah membiarkan, mungkin juga kerana kita mengabaikan peringatan2 yang Allah berikan di tengah2 jalan... takde batasan. Sebab tulah Fir'aun boleh melambung sombongnya sampai menganggap dirinya tuhan. Titanic boleh melambung sombongnya hingga Allah tunjukkan kuasa Allah dengan menghancurkan Titanic hanya dengan ice burg. Kecil betul ciptaan manusia...
Melainkan Allah mengkehendaki, Allah juga akan menghantar manusia untuk menegur kamu, atau peringatan dari pelbagai sudut pun, supaya kamu kembali kepada-Nya. Dan jika Allah mengkehendaki, kamu juga akan sedar dengan peringatan itu, bukan mengabaikan.
Batas-batas sifat2 buruk manusia ni, hanya Allah yang mampu membatasnya. Kalau Allah nak kite terus sesat dengan akhlak2 buruk tu, Allah akan biarkan. Kalau Allah nak kite menjadi orang yang lebih baik, Allah akan membataskan untuk kite supaya kite kembali kepada-Nya. Perlukah kita mintak pada Allah untuk menjadi insan yang lebih baik? Ya.

Kadang2 ade orang tegur kita, kita marah. Kita rasa orang tu tak faham kita. "We didn't really mean it that way. Sape suruh kau translate differently." Yelah bukan kata semua orang kite kena dengar. Ada orang menegur ikhlas, ada orang memang kaki cari salah orang. Sometimes just consider, listen to our heart, close our eyes and pray to Allah to allow us to think rightly. Mungkin boleh menjadikan kite hamba Allah yang lebih baik.
Entri ini mungkin meninggalkan teka-teki bagi sesetengah orang. Pernah dengar tak,
"I blog not for you, but to remind me of things I might do or I might forget."
Thank you for allowing me to become a better person. Yes, YOU. Thank you.
2 comments:
bace dari awal takde pun rase teka-teki mel. tapi ayat last kau tu, serius penuh tanda tanya hahah
amalina wat la entry bout ur fashion,,mna u slalu shopping...suka tgk ur fashion..hehehe
Post a Comment