Bismillah.
Siapa yang memang follow blog aku setahun keatas, mesti korang tahu perasaan aku bila sem nak bukak. Kalau mencarut itu bagus, pasti aku dah carut secarut-carutnye. Tapi tak baik untuk ibu dan anak. Istighfarlah banyak2.
Bertambah moody juga bila aku tau ramai downline dan sideline aku tengah final sem and tak lama lagi habis. Ohhh moody nya! 2 more years for me.
Bila SEPTEMBER tiba, ertinya UIA KUANTAN pun sedang menanti kepulangan ku. Cuma kali ini kami dah ber-3. Asiyah pun pertama kalinya akan tiba di Kuantan. Walaupun umur Asiyah baru 3 bulan, tapi pengalaman mengembaranya dah lebih2 pulak. Sebelum bertapak di Kuantan, Asiyah dah pun ke Gold Coast Australia seawal usianya 7 minggu. Tepat 2 bulan Asiyah teman kami ke Umrah Ramadhan. Dan minggu depan ke Korea. Aku harap Asiyah tenang bila tiba2 dunianya yang meriah bising ramai orang menjadi senyap sunyi. Dunianya hanya aku, suami, dan pengasuh.
Ada student yang mungkin happy sangat nak balik Kuantan. Maklumlah 5 bulan di rumah. Kalau cari jodoh di internet pun dah boleh nikah dah. Lama tu 5 bulan! Aku? Suramnya hidup. Dahla filem KARAK released. Hey mangkok bergolek betul la si Yusry KRU ni buat filem hantu Karak pulak. Aku setiap minggu lalu Karak tu 2x tau! Sebab tulah kami sekeluarga tidak dibenarkan menonton filem Karak. Bukan taknak support filem Malaysia, tapi takut terpengaruh plak. hew hew
Kehidupan aku yang gembira selama 5 bulan dah tiba di penghujungnya. Professional Herbalife Wellness Coach-fulltime dah berakhir. Kini part time semula. 24hours freedom of time yang kami ada dah berakhir. Bermula semula kehidupan yang terkawal dengan kelas2 universiti. Aku cuba fokus dalam kelas tapi SERIOUSLY aku tak pernah berjaya!! That's why aku ended up akan coach customers/distributors dalam kelas. Pernah jugak kena sound dengan lecturer. Eheh. Cne ek cne ek? Madam, attention ni sama mcm love. It cannot be forced. It can only be attracted. So be attactive. Wakakakaka. Lempang diri sendiri sebelum lecturer tu lempang aku.
So, after 5 months ape je yang aku dapat?
Anak
Millionaire Team
Gold Coast
Umrah
Raya
Pengalaman yang pelbagai. Tangisan sedih, tawa gembira. Harapan yang terbina, harapan yang musnah. Kepercayaan yang tercalar, kasih sayang yang membukit. Mendapat kemewahan, dan mengagihkan wang dan bantuan. Jatuh dan bangun. Sahabat yang pergi dan sahabat yang datang. Hilang pun dah berganti. Adejugak hilang yang tak berganti...sehingga kini aku penat mengubat hati sendiri. Hoi, perlu ke emo at sini? Tak.
Itulah ringkasan cerita 5 bulan.
TENTANG RUMAH AKU DI KUANTAN
Harini aku mengemas rumah Kuantan ku. Nasib baik cantik rumah ni. Good mood la jugak sebab rumah cantik. Rumah sebelum ni aku boleh ringkaskan dengan description 'Taman Negara'. Dulu time cari rumah aku nak masuk rumah yg RM800 sebulan. Tapi Abang time tu kedekut sikit ekekeke. abah pun nasihat "start from humble beginning". Soo...okela fine la. Tapi takdela humble sangat. Rumah sebelum ni RM500 sebulan. Kire bayar maha hanya untui space yang besar. Tapi usangnya jangan cakap la. Dengan grill yang berkarat semuanya. Kalau Malik Nor tumbuk sekali terus hancur tu pasalla boleh kena rompak senang2 tu.
Pastukan pokok2 menjalar penuh di tingkap dapur, yang juga ada singki dapur. So memang Taman Negara la kan. Pastu banyak sangat cicak yang sihat2. Gemuknya mcm makan Herbalife. Lipas pun sihat2 belaka. Kalau aku pasang paip dapur je singki yang usang tu akan bergerak sikit bunyinya 'gedegang!!!' pastu cicak2 yang tengah menyorok lari2 bertempiaran. Oh serius Taman Negara. Maybe korang rasa aku over kan. Tak caya tanyalah Zaza. Satu malam tu Zaza teman aku tidur sebab Abang ikut trip Pharmacy, so she knows how was it la kan.
Patutla aku moody dulu.
Rumah yang skang ni memang rasela Home Sweet Home. :') Alhamdulillah syukur sangat.
KENAPA KUANTAN?
Au sampai je kat Kuantan ni ramai plak yang bertanya Herbalife dr Facebook dan Emel. Biasanya 3-5 org seminggu. Ni duduk kuantan ada jugak 3 orang sehari. Jadi sambil aku mop lantai, reply2 soalan orang. Jadi tengah2 dalam kesibukan kepenatan kebusukan ni aku pun tetibe terfikir jawapan kepada soalan yang telah lama aku tanya Allah banyak kali. kenapa aku kena sambung belajar??
Sebab aku selalu sangat efisyen, MasyaAllah segala kekuatan itu drpd Allah. Aku sangat efisyen bile aku multitask. The more work I have, the more responsibilities, the more pressure, the better my work. Yes, if u are given one month utk buat assignment, kau tetap akan buat last minute kan. So takdela berdosa sangat kalau bua last minute because you have something beneficial to do.
Okey saya suka Kuantan. sekian. :D
Ps: simple je font kaler semua sbb posted via iPad. Juling mata nak edit guna HTML ni.
Pendaftaran Weight Loss Challenge bermula sekarang!!
Saturday, September 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Top Entry of the Month
-
Bismillah. Harini aku nak kongsi sikit pengalaman membeli rumah pertama. Sebagai young adult umur 23 tahun, banyak sangat2 benda yang ...
-
Bismillah. Sebenarnya aku nak menjawab pertanyaan seorang sahabat; Would you mind sharing with me how did u took herbalife after bersalin?...
-
Ramai betul nak aku update blog pasal kahwin. Dan aku pasti ramai sangat yang nak tanya tentang, pertemuan kami. So hari ni aku nak berc...
-
Bismillah Lately aku semakin banyak mendapat panggilan/mesej yang berkata, "Mel, kite nak buat Herbalife tapi bile dah kerja baru nak star...
-
Bismillah. Adakah anda ibu bapa kepada remaja yang berusia 20-25 tahun? Jika ya, then anda kenalah berjaga2 kalau anak anda nak join Herbal...
-
Bismillah. Semalam, hari yang amat penting bagi org Herbalife kerana EOM (End Of Month), aku ditimpa sakit demam urat susu. Bangun...
-
Bismillah. Aku tak perlulah beralasan kan kenapa aku makin kurang ber-blogging. Bak kata adik Anis Ashaari, aku semakin fokus dengan duni...
-
Salam all Extravaganza Package participants of NutriCity. Entry ini adalah hanya untuk broadcast itinerary Extravaganza Package, COACH na...
-
Bismillah Terpanggil utk tulis entry ni sbb lately banyak sgt TERKEJUT tgk kwn2 yg kurus punya gambar lama. Oke guys so korang pun kena re...
-
Bismillah Herbalife during pregnancy Btw, terima kasih atas semua ucapan2 tahniah dan doa2 anda semue. Atas permintaan sesetengah pihak, a...
1 comments:
nanti buat sts or hom kat kuantan gtau ok. nak plug in dline kat sana
Post a Comment