Family Testimonials

Family Testimonials

How can we help you?

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Have you register as a member of Herbalife in the past 2 years? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

This HTML form was created by Freedback.

Sunday, August 14, 2011

Mengingat Mati dan Kematian

Bismillah.

Sekian lama asyik mengejar dunia, peninggalan Dr Lo' Lo' memberi peringatan tentang kematian pada ku. Actually aku tak kenal pun beliau. Aku tau die PAS, dan aku tau beliau politician. Noktah. Selebihnya aku dah tatau. Kematian Dr Lo' Lo' right before kami berangkat ke Gold Coast. Dalam van otw tu, Mama pun bacakan artikel Dr MAZA mengenai beliau dan kami menangis di dalam van tu sedangkan kami about to fly to Gold Coast utk percutian percuma Herbalife. Sila baca sendiri panjang2 Dr MAZA dah karang di sini utk artikel yang lebih menyentuh hati, tapi aku hanya akan ulas apa yang telah menyentuh akal dan hati aku yang dah lama lupa ni...


Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz. Dr Lo’ Lo’ meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil. Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau:

“ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah. Kata-kata yang tidak lahir di saat- demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

-Dr MAZA

Ketika itu aku berfikir... kematian PASTI akan tiba. Dan kite tatau pun harini, esok, lusa. Sempatkah aku beranak menantu bercucu pun tak tahu. Selama ni hidup dah cukup banyak disiram dengan mengejar impian2 dunia. Ye, aku sering ingatkan diri aku untuk setiap sesuatu yang aku lakukan itu FISABIILLAH. Herbalife memerlukan pemimpin Islam lebih ramai. Dakwah itu berjalan di dalam Herbalife. Aku memerhatikan lebih ramai muda mudi yang menggunakan masa sebaiknya selepas Herbalife. Aku menyaksikan ramai muda mudi yang lebih mendalami Islam selepas Herbalife. Walaupun pada pandangan mata orang2 Islam luar sana, Islam di dalam Herbalife sangat cetek, tapi pada aku yang telah melihat perubahan Herbalife Malaysia selama 4 tahun ni dah banyak sangat perubahannya. Alhamdulillah. Apa yang akan terjadi lagi next 10 years? Semoga Allah terus memberikan kami kekuatan untuk perjuangan ni.

Aku sering pohon pada Allah supaya setiap kerja ku dalam Herbalife ni ikhlas untuk-Nya. Kadang2 kite terlupa jugak kan. Lagi2 bila first time dapat income RM30k. Ni semua cabaran. Bukan kite perlu musnahkan kekayaan dan hidup di dalam kemiskinan. Kata seorang sahabat di FB semalam, "Fitrah dan nafsu perlu diurus, bukan dilupus."

Selama ni aku hanya focus kepada ibadat..ibadat..ibadat...namun aku terlupa pada final destination kite, KEMATIAN adalah pintunya. Umpama orang Herbalife yang bekerja tanpa GOAL. Kerja kerja kerja, tapi terlupa nak focus untuk hit promotion ini dan itu, pasti kerjanya tidak efisyen. Last sekali pasti tak qualify. Aku, ibadat ibadat, ibadat, namun tak pernah mengingatkan diri tentang kematian, syurga dan neraka.

Bila Dr Lo' Lo' berkata, "saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik", menusuk ke dalam hati aku. Itu dia. Kematian itu bagai selangkah je lg di hadapannya. Dan bayangkanlah jika aku di tempatnya, kematian di depan mata. Apa yang telah aku kejar? Cukupkah amal ibadat aku selama ni? Cukupkah aku berjuang di jalan Allah?

Kalau cuba kejar promotions Herbalife dan tak berjaya achieve, kite boleh menangis dan set next time kena qualify. Kite ada peluang untuk berubah dan achieve goal second time. Tapi bile kematian menjelang, apa2 pun jadi kat akhirat nanti kite tak boleh ada peluang kedua dah. Sekaranglah waktu untuk kite betul betul focus dan achieve PARADISE.

Waktu dah dibuang ke dlm neraka nanti (Nauzubillah), kite pandang mereka yang di dalam syurga, tapi dah takde patah balik. Nak mintak belas kasihan drpd Allah sekarang, bukan nanti. Nak mintak keampunan dr Allah sekarang, bukan nanti.

Andainya kematian di depan mata kita betul2, dah ke kite bersedia?


Abu Bakr As-Siddiq kata, "A servant should be hopeful and fearful, not too confident and not despairing of the mercy of Allah. If you keep my advice, nothing will be more beloved to you than death and certainty it will come to you soon. If you disregard my advice, nothing will me more hateful to you than death and you cannot prevent it."


Sudahkah kita mencintai MATI? Atau takut ia akan kunjungi sedangkan ia PASTI akan kunjungi.

Aku tak reti buat ayat2 merdu bab2 tazkirah ni. Tp cukuplah bg aku dan pembaca semua mengingat kematian yang PASTI. Dan pasti kita inginkan syurga bukan? Kalau ada niat dan lakukan perbuatan dosa, tanyalah diri, "Adakah syurga Allah yang kita sedang jauhi?" "Adakah kita melarikan diri dari syurga Allah?"

Sekian.


1 comments:

husniyah mohamad said...

Hyperlike this entry
Tak sabar tunggu next STS.hehe
Kirim salam kat Asiyah comey:)

Top Entry of the Month

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails