Family Testimonials

Family Testimonials

How can we help you?

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Have you register as a member of Herbalife in the past 2 years? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

This HTML form was created by Freedback.

Wednesday, August 17, 2011

Aku & Cinta

Bismillah...

Haaa... korang bab2 cinta laju je nak bukan kn? Kalau aku bg training, atau tazkirah Jumaat bukan main selowww lagi nak bukak. Ape nak jadi muda mudi zaman sekarang ni? Semalam bukak tv channel tazkirah2 ni (aku kan baik :D) ustaz tu kata masjid sekarang dah kurang orang muda. *tampar diri sendiri* Mane org mude haaaahh?? Nanti Nabi nak bakar rumah kalau tak g!

Artinya : “ Aku berniat memerintahkan kaum muslimin untuk mendirikan solat. Maka aku perintahkan seseorang untuk menjadi imam dan solat bersama manusia. Kemudian aku berangkat dengan kaum muslimin yang membawa seikat kayu bakar menuju orang-orang yang tidak mau ikut solat berjamaah, dan aku bakar rumah-rumah mereka.(HR. Bukhari Muslim)

Isy kalau orang2 extremist baca ni kang dibakarnya betul2. -_-'

Eh korang nak baca pasal cinta kan?

Saje je terkenang. Ehe.

__________________________________________________________


Aku & Cinta

Zaman bujang dulu, semua orang tak caya aku akan kahwin awal. Kata mereka...


"Takyah lah kahwin dulu. Enjoy the freedom..!"

Haitt...kalau tak kahwin tak enjoy ke? Sebenarnya, it depends on kita punya definisi 'enjoy'. Mungkin bg kite enjoy itu adalah melepak dengan kengkawan anytime yang kite nak.





In that case, yes marriage will cast it away. Sebab kalau kau kahwin pun kau still lepak2 ngn member anytime, kesian pasangan kat rumah tu. Mesti die stress. Aku pun taknak ada suami mcm tu. Erkk tapi Abang ni lebih2 plak. Member die ajak main bola. Aku okey je. Tapi die slalu taknak pergi dengan alasan malas, takde mood, nak teman aku. Sekali one day tu kantui aku dengar die cakap dengan member die, "Ahh main bola? Nanti aku tanya bini aku dlu."

Abang!! Memalukan I lah. Tak pernah aku control die tau. Kalau sesapa yang kenal Inchek Abqari Hamid ni, mesti korang tau die super garang. Haram r nak control! Kesian nama aku. Tapi sometimes aku pun buat gak kerja2 tu. "aku takleh g lah, hasben aku tak bg." HeHeHe.

So, in the case nak lepak ngan member memang dah takde freedom. Bukan sebab terpaksa, tapi sendiri mau ingat la. Kalau pergi pun dah tak rasa enjoy cam dulu. Aku lah, aku rasa resah lebih dari enjoy. Bini mithali kn? *teary*

Aku ada definisi freedom aku sendiri. Freedom bagi aku adalah boleh pergi ke mana2 sahaja, bila2 sahaja. Dan benda tu takleh dapat sebelum kahwin. Maklumlah.

Sebelum kahwin.
"Abah, besok nak g Melaka."
"Hah. Dengan sapa? Lalu jalan mana? Janganlah. Bahaya."

See??

Lepas kahwin.
"Abang, jom g Johor?"
"Jommm."

Bestnye. Jangan jeles. Aku berharap je dapat lelaki yang banyak berjalan jugak. Dulu time kecik2 Mama kata, "Haa...bukan semua lelaki suke berjalan mcm Abah tau. Ada lelaki kalau cuti ke duduk depan TV sambil baca paper." Homaigod punyalah aku doa kat Allah supaya dapat lelaki yang tak tengok tv sambil baca paper. So Abang berhenti drive ke berhenti kat memana bukak iPad baca paper. -__-' okelah at least aku boleh berjalan.

Aku juga definisikan enjoy and freedom sebagai boleh buat apa2 je yang aku nak dalam hidup ni. So let say

sebelum kahwin
"Abah, nak duit nak beli ini itu ini."
(giler ke ape aku tak pernah mintak duit kat Abah sebegini tak sopan. So tataula respon die cane. Mungkin menangis dapat anak yang sangat perasan kaya)

selepas kahwin
"Abang nak beli ini itu ini."
"Okey sayang. Kite tengok budget this month kalau ade duit lebih kite beli ye?"
:') Sobsss

Sooo...mane best? Kahwin la. Kalau tak, takdenye orang2 Herbalife kemain sibuk nak kahwin. Senang berjalan, kalau qualify vacation seronok dating2.





Muka semua gatal2 je. Kalau tak kahwin muke suram duduk bawah tangga tau (camtula aku time qualify Cruise dulu tak kahwin lagi). Dahla Herbalife banyak berjalan. Boleh muntah dah naik flight. T__T Tak bersyukur! Astaghfirullah...


Zaman bujang dulu juga depa cakap kat aku...


"Kau ni garang sangat. Orang anti-lelaki mcm kau mesti kahwin paling lambat sekali."

Kihkih. Proven, you are wrong! Firstly, aku bukan anti-lelaki. Aku cuma tak reti nak berlembut. Sejak azali lagi. Tapi sejak kahwin ni jadi lembut sikit sampai Abang kata, "Kasarla sikit mcm awak sebelum kahwin dulu"-kalau cakap dengan lelaki lain. Isy tak perasan pulak. U have melted my heart la Abang. Tapi snanye aku jd lembut sebab lepas kahwin aku dah mula ada naluri 'keibuan'. Jadi bile aku cakap dengan orang dah jadi mcm mak mak skit. Haa..over caring la pulak kan. Tengok pulak downline2 semue mcm anak2.

Sekali sekala tu aku cuak gak kalau doa2 mereka ni termakbul. Alhamdulillah kuasa Allah lebih besar. Allahuakbar.

Sape follower blog aku dari zaman bujang2 dulu mesti tau kisah kat entry ni. Tadi aku baca balik pun senyum sorang2.

Ladies out there, maintain sombong okey! ;)


"Lelaki tak sukalah perempuan yang mcm kau. Hebat, independent, boleh buat semua sendiri, leader..."

Sedihnya hati aku tatkala mendengar statement ni. Balik bilik macam nak nangis guling2. Habistu takkan aku nak quit business aku dan menjadi perempuan yang lemah, mengada-ngada, dependent... Tapi Allah Maha Besar.

Kalau Puteri sehebat Balqis pun ditemukan dengan Raja sehebat Sulaiman, lagikan aku yang tatkala itu hanya Active World Team Herbalife. Businesswomen sehebat Khadijah pun boleh dipimpin dengan Rasulullah. Mana salahnya? Dah kata jodoh, pasti saling melengkapi. Kehidupan yang kaya, berjawatan, bukan bererti hidup tu sempurna. Kan dah kisahkan di entry "You complete me." So wanita-wanita di luar sana, jadilah wanita yang hebat kerana Allah. InsyaAllah dapat lelaki yang hebat yang juga mengabdikan diri kepada Allah.

Memangla aku nampak bossy sikit. Presentation aku selalu mencalarkan ego lelaki. Honestly, sebelum Herbalife dulu aku memang TAKNAK buat apa2 business dengan lelaki. Aku tak reti. Bergaul dengan lelaki bagai ada satu garisan. Kite keras sedikit ego mereka tercalar, kite kurangkan kekerasan tu kite mungkin akan menyentuh hati mereka.



Nampak line merah syaitan tu? Aku rasa syaitanla yang buat lelaki marah kat kita kalau kita kasar, dan lelaki tersentuh kalau kita berlembut. ececeh. Bleh tak pasang teori mcm tu? Well, diorangkan memang dah bersumpah janji nak sesatkan anak2 Adam.

Yang penting tak selesalah. So aku decide utk release market lelaki dan focus sepenuhnya pada market perempuan. Lepas kahwin? Semua aku pass kat Abang. Pheww~


Dulu2 aku takut tak aku ter-control suami aku. Haaaa sekali dapat suami mcm cik Abang saya ni...tidak pun nak kata aku terpaksa tunduk. Tetapi lelaki yang baik untuk perempuan adalah lelaki yang mampu memimpin. Tidak memaksa, tidak juga membiarkan. Tapi suaranya mampu aku dengari dengan hati yang lapang. Nasihatnya aku turuti tanpa merasa beban. Itulah kerja suami.

Dari Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Berpesan baiklah terhadap para wanita, karena wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, Jika engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh karenanya berpesan baiklah terhadap para wanita”.
(Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Dulu aku baca hadis ni, tapi tak dpt bayangkan mcm mana seorang lelaki tu nak deal dengan perempuan tu, make sure perempuan tu boleh dibentuk tanpa mematahkannya? Cakap lembut2 ke? Kalau cakap lembut tapi isteri taknak dengar jugak? Tapi lepas kahwin ni, sendiri rasalah. Alhamdulillah.

So...nampak sangat entry ni entry takde kerja kan? Tengah lepak2 sensorang tetibe teringat benda2 ni. Semoga ada yang membawa pulang kebaikan daripadanya.

Sekian.



3 comments:

joegrimjow said...

13 minit lagi nak berbuka, nasib baik sempat habis. hehe

Zahra Ameerah said...

wahaa, bolehlah sy teruskan sikap anti lelaki ni ye =P

AmiezaLurve said...

Kalau tak kahwin muke suram duduk bawah tangga..*hehehe..*

Top Entry of the Month

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails