Family Testimonials

Family Testimonials

How can we help you?

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Have you register as a member of Herbalife in the past 2 years? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

This HTML form was created by Freedback.

Monday, June 13, 2011

Pantang aka Confinement

Bismillah.

Can you believe someone yang tak pernah duduk diam kat rumah macam aku ni finally sit still at home now for almost 2 weeks already. Okeyla. Private time dengan baby Asiyah.

Time 4 bulan mengandung...

Mama, "Mama book Kak Nurul tukang urut la untuk jaga Ina time pantang?"

Aku, "Okey ma..." - Iyekan aje. Ape salahnye kalau ade orang nak urut. Honestly aku takdela rasa yakin sangat dengan kepentingan mengurut. And aku mati2 imagine Kak Nurul ni datang semata-mata untuk mengurut.


Time 8 bulan mengandung aku dapat tahu...

Mama, "Kak Nurul kata die mandikan baby sekali tau."

Aku pun pelik, oh, pakej mengurut ade pulak inclusive mandi baby sekali? Cooool...ape2 lah.


Time dah bersalin...

First day lepas bersalin. Badan rasa ringan. Obviously, 10kg yang aku gain tanpa menggemuk tu telah pun terbuang semula. Hormone pregnant aku pun dah takde so takde dah sakit2 belakang yang boleh membuatkan aku menangis sepanjang malam. Tidur nyenyak sungguh. The first thing yang aku teringin lepas bersalin adalah.... SHAKE CHOCOLATE. Serius pelik! Sebab time pregnant nak minum shake pun pujuk2 hati demi kesihatan diri dan anak. Lepas bersalin je, lidah cari shake. Banyak pulak tu aku makan. Shake 400 ml. Pastu Milo 250ml. Pastu roti 2 keping. ceh banyak la sangat. Sebab tu aku slim. Makan pun camtu. :p

One more thing, lepas bersalin kena pantang air sejuk. So shake aku suhu biasa, which I have never drink shake yang tak sejuk selama ni. Boleh muntah! Tapi lepas bersalin tu tengok air sejuk memang tak lalu. Rasa geli2 urat. (tipu sangat). Sedap je shake suhu biasa yang aku minum tu...

Tapi yang tak bestnye sehari lepas bersalin. Luka jahit...sakit!!! Berjalan tu berhati2. Takyahla berdiri banyak2, rasa mcm nak terjatuh je uterus ni. Bila mandi pun suami kena teman (awww...I told you, walaupun suami tak merasa sakit, tp boleh mati wooo kalau cik Abang takde....). Tengah2 mandi shower happy2 boleh plak dunia aku hitam tiba2. Pitam rupenye. Bukak mata je tengah duduk kat kerusi, Abang dah bwk. Bahaya betul sorang2. -_-

Nak buang air macam scarrryyyy kan. Tapi okey je snanye. Kalau tak buang lagi scary. Kalau tahan2 kang bloating lalu menyebabkan jahitan semakin stretch. Sila rasa sakit sekarang.

Kalau bersin. Hoh. Macam terkoyak je rasa.

Aku percaya semuanya akan hilang bersama masa. Cewah. Natural recovery la kononnnya. Pastu minum shake bebanyak. Badan tengah membaiki 1001 kerosakan ketika bersalin.

So...pastu tibalah masa tukang urut datang selepas 7 hari aku bersalin. Kak Nurul. Tukang urut modern. Sangat tidak ortodox. So aku pun lega untuk isu tu. Takut jugak aku rasa tak selesa kena jumpa Kak Nurul ni 44 hari kalau die punya style pun tak ngam dengan aku. Alhamdulillah sekepala. Kelakar betul orangnya. Cerita kelakar Kak Nurul ni kalau die boleh buat blog mesti dah jadi bidan paling femes. Eceh over plak promote kan.

Sampai hari pertama tu, Kak Nurul mandikan Asiyah. Aku pun tengok je.

Step 1: Mandi Baby


Pastu dah selesai tu, Kak Nurul kata, "Amalina, nanti tangas dulu, pastu mandi air yang kak nurul dah sediakan tu."

Okey jap. Tangas? Mandi air? Tangas ni ape plak?

Aku, "Ta...ngas?"

Kak Nurul, "Aah. Tangas. Tau tak?"

Aku, "Ehe..tak..."

Lalu ditunjukla Kak Nurul cemana nak bertangas. Punyalah aku tak tahu apa2.


Step 2: Tangas

Kau duduk kat atas meja berluban ni, pastu periuk yang dah dimasukkan air+bahan2 herba panas2 dibukak kat bawah tu. Pastu wapnye naik ke atas. So kau jadi macam kena stim pun ada.

Tapi aku takde kerusi canggih cam ni. Kerusi aku guna yang lubang2 macam orang2 Herbalife selalu pakai kat booth tu je.

Alhamdulillah lepas bertangas je jahitan tu kurang sakit kian hari. Lepas 7 hari bertangas Alhamdulillah dah tak sakit langsung. Kalau tak jaga, bekas jahitan tu boleh luka, membengkak, dan bernanah. Tangas ni efektif dlm mengurangkan bengkak tu. *teori aku*


Step 3: Tungku

Min Amalina, sila jangan marah. Aku tak tahu pun tungku ada. hahah. Haritu Min datang rumah tanya, "Nanti kena tungku smue ke?" Confidentnye aku jawab, "Taklah." Sebab aku ingatkan Kak Nurul urut je. HeHeHe. This is my first time confinement remember? TAk pernah tau ada benda2 ni.


Step 4: Massage

Tak teruk sangat pun. Urut2 sikit je. Tak sempat tidur.


Step 5: Bengkung Lilit 10 meter

Ini paling lucu sekali. Aku ni tak tahu pape gi cakap kat Kak Nurul,

"Orang2 kampung pantang siap ikat2 bengkung ye kak?"

Kak Nurul, "Haa Kak Nurul pun ade ni dalam plastik tu akak bawak. Jap lagi kamu pun kena ikat." T_T

Akak, saya kan dah cukup slim. Ceceh. Kak Nurul pun cakap, takde berat nak diturunkan ni. Kecuali part perut yang tak berapa nak in shape sebab daripada besar terus jadi kecik. Takkanla perut tu cantik tetibe kan.

Kak Nurul kata antara kebaikan bengkung adalah naikkan uterus (ceh bahasa nak anatomy je). Okeyla kalau macam tu.

Kalau bengkung ni bleh membantu untuk kurus dan slim, mesti orang2 melayu takkan gemuk. So, bengkung tu ikatlah 50meter sekali pun, makan perlu jugak jaga. :) So meh jawab soalan Messi, HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY?


Sejujurnya, ape aku rasa kebaikan bengkung, adalah body support. Hahaha. Tak pasal2. Sebab dililit berkali2, badan pun jadilah keras macam orang kena semen sebab patah tulang ke apa kan. Oke merepek.

Selepas 7 hari berpantang dengan pantang yang betul, aku boleh cakap tiap2 hari aku rasa badan makin sihat dan makin sihat. Alhamdulillah. Kalau 4 hari lepas aku kena ambik masa 3 hari untuk habiskan 1 blog entri. Harini aku duduk menulis dari awal sampai habis. Berpantang dengan pantang yang betul sangat membantu untuk segarkan badan dan sihatkan badan dengan lebih cepat.

Berpantang dengan Herbalife? Mengelakkan masalah sembelit. Alhamdulillah.

Nak mengeluarkan satu makhluk Tuhan yang begitu besar bukannya senang2. Berapa banyak urat2 terputus, kulit yang terkoyak rabak, (ayat biar scarry. Kawan2 aku ramai bujang), darah yang keluar (Abang kata satu baldi darah aku).

Special kan ape yang Mothers kena lalui? Kak Ain kata kalau lelaki kena get through all the pain, boleh mati agaknya. Hehe. Sebab tulah kena jadi Wife Support. Team up!


And yet we, Mothers, never regret a new miracle in our life.

p/s: LOVE OUR MOMS. Go to your mom now and say thank you, although it is not mother's day!

2 comments:

Sumijelly said...

Full detail of ur story....

biaslaah anak pertama segala2 nya baru....

kak sumi dah nak masuk 4..ujung bulan july bersaliln dan kali ke 3 pula untuk bedah...hik3...

Yang penting dalam pantang memang kene ikut cara pantang.. sebab memang tak rasa sakit skrg... dia akan ras asakit selepas berbulan2 lamanya..

masa tu nanti rasa sejuk, kebas dan memacam la...

Eh.. apa2pun... selamat menjadi IBU dan selamat BERPANTANG!!

Sumijelly.com

Doctor To Be (dengan izin ALLAH) said...

serious scary nak beranakk...

akak pantang cam lepak gile pulak :D

send my regard to baby Asiyah comey

Top Entry of the Month

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails