Family Testimonials

Family Testimonials

How can we help you?

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Have you register as a member of Herbalife in the past 2 years? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

This HTML form was created by Freedback.

Thursday, June 16, 2011

Anak, Now or Later?

Bismillah.

Semalam tak cukup tidur. Sebab Asiyah flu, asyik mengamuk je sebab tak selesa tidur. Bermulalah chapter ibu bapa sebenar dalam hidup kami. -tak cukup tidur-

Dua-dua pun lambat bangun pagi tadi.

Mama kata, "Nanti time dah start kelas memang rasa letih sangat lah kalau benda2 mcm ni jadi...bangun pagi dah kena attend kelas..."

Risau bercampur letih dan mengantuk. Sampai jam 7pm tadi, sambil menyusukan Asiyah aku terlelap2. Alah macam kite tersengguk2 dalam kelas lecturer yang bosan2 kan, ha macam tulah aku tersengguk2 susukan Asiyah tadi. Mata pun dah pedih sebab mengantuk sangat. Time susukan pun mencabar jugak sebab hidungnya tersumbat, jadi nak minum pun terganggu. Haa sedih betul tengok. :'(

Dalam kerisauan+keletihan+kemengantukan tu (gagal dah ujian BM. Maaf Cikgu Samsurina. Hehehe), aku pun mencari2 obor untuk aku bakar semua perasaan kerisauan+keletihan+kemengantukan tu dan gantikan dengan perasaan yang lebih indah. Mencari-cari tak jumpa. Asiyah tidur je lepas minum, aku pun makan dinner Abang dah prepare. Kaki pun dah shaking time tu sebab letih. Letih ape pun tak tahu. Kaki tu lenguh macam baru lepas shopping 7 round di MidValley.

Tiba-tiba teringat ceramah "When Adam meets Hawa" di UIA PJ suatu ketika dulu. Tahun 2009 rasanya. Dan sebenarnya aku tak pasti event apa, tapi sebab nama "When Adam meets Hawa" tu paling romantic sedap, aku pun ingat nama event tu je. So let's just assume talk tu pada event "When Adam meets Hawa". Ada 2 penceramah jemputan. Ustaz dan Ustazah. Nama tak ingat.

Ustaz tu yeye promote kahwin awal. Tak jugaklah. Sebenarnya Ustaz tu kata kalau takde sesapa lagi janganlah menggatal cari. Tapi kalau dah ade seseorang yang kite sayang, kahwinlah. Ustazah tu pulak rilek je bertunang for couple of years. Ustazah tu kate jagalah hubungan dlm tempoh bertunang tu. Yang gempak sekali die tak contact langsung lelaki tu direct dalam tempoh bertunang tu. And she was telling the story as if it is so easy to be done.

Gilela. Memang tabik spring kat ustazah tu. Tahukah anda tempoh bertunang adalah tempoh paling sukar untuk menahan kegatalan? Tak menahan je pasangan-pasangan tunang ni nak berkepit all the time, regardless of their religious background. So, suggestion ustazah tu agak merbahaya.

Kami dulu bertunang seminggu. Seb baik seminggu je. Time tulah sibuk nak beli baju pengantin, beli cincin, settle borang A-Z nikah, dan sebagainya. Pendek kata, tak sempat dengar lagu2 syaitan. Alhamdulillah. Semoga Allah pelihara kite semua. Kalau lebih dari seminggu taktaula.

So back to cerita aku awal2 tadi, ~ibu baru yang sedang keletihan~. Fikir jugak, mcm manalah nak balance up bila dah bukak universiti nanti. I know the answer is Allah akan mudahkan segalanya, tapi sajela terfikir jugak. Dah kata manusia.

Pastu tetibe teringat Ustaz ni cakap...

"Bile dah kahwin, saya tak suka fikir taknak ada anak lagi sebab nanti kacau study...sebab mungkin anak yang pada ketika itu beban dan tanggungjawab besar, mengganggu pelajaran kte, tapi suatu hari nanti InsyaAllah anak tu akan bahagiakan kite. Dan tak semestinya kalau kite focus belajar sekarang, tak nak kahwin, taknak ade anak lagi, kite akan confirm berjaya di hari kemudian..."

Betul sangat. Mama dulu kena repeat paper rasanya sebab time exam Mama beranak Kak Ain. She failed. Tapi Mama Abah takde kurangnya pun today achievement compared to people of their age. Alhamdulillah. Janji Allah tetap benar. Asalkan kite buat benda2 yang baik KERANA ALLAH.

Pandang wajah Asiyah dalam2. InsyaAllah jadi menyejuk hati Mama Papa. Tetibe rasa bersinar2 kembali. Hari ni kami kena bangun malam kalau Asiyah lapar. Bersengkang mata kalau Asiyah menangis. Risau sangat kalau Asiyah sakit sampai badan sendiri pun sakit2. Lenguh sana sini.

Inilah investment untuk hari kemudian dan akhirat InsyaAllah. Semoga Asiyah menjadi anak solehah Mama Papa.






So jom baca doa sikit, boleh je kawan2? Bismillah..."Aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya daripada godaan syaitan yang kena rejam" Ameen... (Ali 'Imran: 36)

3 comments:

husnaizzati said...

waa......saya sangat suka quote tue...actually,risau jugak...tapi,Allah tahu yg terbaik kan..anak tu rezeki...apapun,wishing u all the best...doakan saya pulak yg pregnant nanti ye..=D

nurul 'awatif ahmad said...

"apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan dan apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT"

insyaallah..semoga k.Amalina mendapat 'ganjaran' tersebut. barakallahu fik :)

muchang said...

salam, anak sgt comel! Takpe, tabahlah menghadapi hidup baru as parents :) Allah sentiasa ada

Top Entry of the Month

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails